Monday, February 18

APAHAL TUDUNG SITI NURHALIZA DIKAITKAN NGAN POLITIK........?


Siti Nurhaliza tidak pernah berniat untuk bergiat aktif dalam dunia politik sebagaimana sesetengah artis wanita lain yang telah berhijrah dan menutup aurat.

MKP rasa satu macam punya perli ayat Siti Nurhaliza nie perli Abby Albody ke? Jika benar padan muka Abby Albody...Memang patut digelarkan ostazah muka tak malu baru aje pakai tudung, Konunnya masuk PAS tapi dah pandai mengata orang itu dan ini...

Siti Nurhaliza memberitahu niatnya memakai tudung adalah ikhlas seperti mana dituntut oleh agama Islam dan bukan kerana faktor-faktor lain.
"Saya tidak pernah terfikir untuk bertudung kerana politik tetapi berniat untuk menutup aurat telah lama dibuat dan Alhamdulillah pada ulang tahun ke-34 Januari lalu hati saya telah dibuka Allah untuk berbuat demikian," jelasnya

Siti turut menjelaskan setakat ini belum ada pihak daripada mana-mana parti politik yang memintanya untuk menyampaikan ceramah di majlis-majlis tertentu dan tidak berniat untuk berbuat demikian.

MKP berharap jugak kalaulah Siti Nurhaliza berceramah di pentas UMNO agaknya berapa yang hadir untuk mendengar ceramah tersebut.....




No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive