Sunday, February 17

PAS BAKAL DIKUBURKAN OLEH AKAR-UMBI............


Di saat Anwar Ibrahim begitu yakin dengan peluangnya untuk menduduki Putrajaya selepas pilihanraya umum ke-13, semakin ramai pula yang dahulu penyokong tegar pakatan pembangkang tampil dan bangkit bagi menyuarakan sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional dan Umno.

Perubahan paling ketara, bila mana semakin ramai ulama, golongan professional, pengikut dan penyokong tegar Pas yang dahulunya memberikan sokongan atas nama perjuangan Islam mengeluarkan kenyataan menolak perjuangan pakatan pembangkang.

Terbaru bekas anggota Jawatankuasa Ulama PAS Prof Madya Mohd Noor Idris menyeru agar umat Islam di negara ini bersatu dalam memberikan sokongan terhadap kerajaan BN yang dipimpin oleh jemaah Islam. Beliau turut mengatakan adalah menjadi kewajipan bagi orang Islam bergerak di bersama kumpulan jemaah Islam sebagai satu usaha untuk mengelakkan perpecahan yang lebih besar lagi.

Selain daripada beliau, banyak lagi pertubuhan Islam yang tampil menyatakan sokonga terbuka kepada Umno. Dan dianggarkan tidak kurang dari seribu orang yang telah mula menjauhkan diri dan keluar dari perjuangan Pas ekoran tindakan parti itu yang dilihat mula tersasar dari perjuangan asal.

Sejak Pas mula bersama dengan DAP dan PKR mereka mula menilai, dan melihat bagaimana Pas hanya menjadi alat tunggangan pihak tertentu. Pas yang dahulunya sinonim dengan perjuangan Islam, mula bertukar arah sedikit demi sedikit semata untuk terus relevan dan selari dengan parti-parti gabungan dan menganut pelbagai fahaman seperti Sekular (DAP) Sosialis (PSM) dan Pluralisme (PKR).


BACA SETERUSNYA KLIK

1 comment:

Anonymous said...

Haron Din bakal dipecat PAS!!! haha.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive