Sunday, February 10

SKETSA NUJUM PAK BELALANG PRU-13.....


Teka teki Nujum Pak Belalang
kebenaran BN kepalsuan PR.......

Soalan 1 Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih , bagaimanakah kita mahu tahu yang mana PR dan yang mana BN..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah PR dan yang menegak ke atas itulah BN..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??' 

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti PR hampir tenggelam manakala BN makin tinggi kedudukannya...'

Soalan 2,Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah PR dan yang manakah BN..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik kedalam bekas berisi air, yang mengejar itulah BN dan yang lari itulah PR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh BN hanyalah PR yang patut kita kejar.. Bukan Parti Gurka di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'

Soalan 3,Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah, jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang,Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'PR!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli PR memang banyak dalam negara ini...Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli PR yang banyak itu...Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi PR yang mahu mendengar suara ahlinya...'

Soalan 4,Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana PR..?? Dikerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana PR bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan PR hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana PR begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Sosial, toyol dari Demontrasi Jalanan, toyol dari Isu2 basi..Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana PR nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

'Biasalah... PR akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan..

Soalan Extra Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!!Apakah yang ada di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... UNDI BN !!!..' — 

1 comment:

Anonymous said...

Good joke.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive