Saturday, February 2

GUAN ENG CUBA CETUSKAN PERKELAHIAN DIANTARA KAUM INDIAN MUSLIM......


Alhamdulilah, Setelah 2 minggu pihak India Muslim mencari siapa dalang yg memasang (gantung) banner (banting) yg isi kandungan seperti di dalam gambar ni (WARGA INDIA MUSLIM SOKONG YAB LIM GUAN ENG DALAM ISU KALIMAH ALLAH) setelah pihak pemuda menerima aduan berkenaan banner ini dipasang di beberapa kawasan di Pulau Pinang

Ketua pemuda sendiri dapat melihat dengan mata sendiri dan cuba mendekati 3 org yang berbangsa cina sedang pasang banner ini.

Tetapi mereka sempat melarikan diri dengan sebuah kereta waja warna meroon number pendaftaran di wilayah, Sejurus itu Pihak Pemuda telah pun membuat aduan kepada pihak polis jalan petani pada pukul 2.00pagi , Untuk pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Untuk maklumat anda semua pihak ngo2 India Muslim Pulau Pinang telah membuat sidang media dan mengatakan bantahan terhadap pengunaan kalimah allah kepada orang yang bukan islam.

SEKALI LAGI KAMI INGIN TEGASKAN JANGAN SESEKALI BERPOLITIKAN KALIMAH ALLAH.
GEORGETOWN  - Pemuda Liga Muslim Pulau Pinang mencadangkan semua Jabatan Mufti, Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam negeri mewartakan kalimah Allah dalam perundangan sivil negeri dan persekutuan. 
Ketuanya, Noor Mohamed Mohamed Abdullah berkata, tindakan mewartakan kalimah ALLAH dalam perundangan sivil bertujuan meletakkan nilai eksklusif penggunaan kalimah hanya untuk orang Islam sama ada dalam bentuk cetakan atau pertuturan. 
"Kami memohon dan merafak sembah agar Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mengesyorkan kepada Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama mewartakan kalimah ALLAH ini supaya kalimah itu tidak diguna pakai sewenang-wenangnya orang bukan Islam," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. 
Beliau berkata pihaknya bersama 13 badan bukan kerajaan (NGO) negeri yang lain akan bekerjasama menyediakan memorandum untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat. 
Noor Mohamed berkata, pihaknya juga membantah sebarang penggunaan kalimah ALLAH dalam apa juga bentuk cetakan yang bukan diterbitkan untuk orang Islam. 
"Jika dibenarkan penggunaan kalimah ALLAH untuk tujuan tersebut, ia akan menyebabkan pengaruh pluralisme yang membawa kepada kesamarataan agama di negara ini," katanya. - Bernama


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive