Monday, February 11

PERNAHKAH PERDANA MENTERI SEBELUM INI MAKAN DI GURNEY DRIVE........? @NajibRazak


Orang ramai yang berada di kawasan Persiaran Gurney, terutama di gerai makanan, terkejut apabila dihampiri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan tinjauan mesra di kawasan itu Ahad malam.


Dalam tinjauan itu, perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra dan bersalaman dengan pengunjung serta peniaga.

Najib dan isteri turut menjamu selera beberapa makanan seperti sate, laksa, pasembur dan air kelapa yang dijual di gerai yang terdapat di situ.


Terdahulu, Najib berjalan kaki kira-kira 100 meter dari Hotel G ke Persiaran Gurney selepas menghadiri jamuan malam sempena Tahun Baharu Cina bersama media Pulau Pinang.

Seorang peniaga laksa, Rosni Mohd Yusof berkata beliau berbangga kerana perdana menteri dan isteri memilih gerainya untuk menjamu selera.



Beliau yang berniaga di situ sejak 10 tahun lepas berkata ini kali pertama pemimpin nombor satu negara datang menikmati makanan di kawasan itu yang menjadi antara lokasi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan.


"Seronok la pertama kali perdana menteri mai (datang) makan laksa kat sini. Rasa bangga, rasa seronok...tak pernah orang besar macam ni mai makan kat sini," 



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penglibatannya dalam penghasilan klip video sambutan Tahun Baharu Cina bertujuan mahu membuat kelainan pada sambutan perayaan itu tahun ini.

Perdana menteri berkata klip video itu juga sebagai tanda penghargaan dan hormat terhadap kebudayaan masyarakat Cina di negara ini, oleh itu beliau juga mahu setiap masyarakat agar saling menghormati budaya setiap kaum.


"Tadi kita tengok video yang sangat berlainan daripada biasa, mungkin ada yang bertanya kenapa saya buat video ini. Sebabnya ialah saya mahu buat kelainan tahun ini.

"Ia memberi mesej kepada kaum Cina bahawa saya menghormati budaya Cina. Seperti mana anda juga harus menghormati budaya Melayu, anda juga harus menghormati budaya India... kita juga harus menghormati budaya Cina," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas pada majlis Malam Media Tahun Baharu Cina bersama Perdana Menteri di Hotel G di sini Ahad malam.

Dalam klip video berdurasi kurang satu minit itu, Najib membuat penampilan khas dengan memalu gendang tradisional Cina.

Najib juga menegaskan beliau mahu bersama dengan masyarakat di Pulau Pinang kerana umpama permata, negeri ini penting.

"Saya berjanji kepada rakyat Pulau Pinang, kami mahu menangani masalah perumahan dan lalu lintas di Pulau Pinang. Percayalah, janji ini janji ditepati," katanya.

Pada majlis itu Najib meluangkan masa beramah mesra bersama kira-kira 300 pengamal media, penyelaras dan ketua bahagian Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive