Tuesday, July 23

ABE KU DISIMBAH CAT KERANA SAKIT HATI #PRKKualaBesut


Ini adalah bukti bahawa PAS terdesak dengan kekalahan di kuala besut pada hari pembuangan undi esok. Provokasi sebegini biasa pada PRK namun kali ini berbeza kerana ini adalah provokasi kali kedua setelah provokasi membakar bendera tempohari tidak berjaya. Poster PAS jugak ada namun tidak terusik. Kesian Abe Ku kena simbah cat...


Pemberian minyak petrol secara percuma oleh calon Pas yang bertanding di pilihanraya kecil Dun Kuala Besut, adalah menyalahi peraturan kempen pilihanraya yang tidak membenarkan unsur-unsur rasuah dilakukan sepanjang tempoh berkenaan.

Perbuatan calon berkenaan yang dilihat seperti menyogok minyak petrol kepada golongan belia di Kuala Besut, merupakan sesuatu tindakan yang kurang sihat.


Ramai yang berpendapat, pemberian minyak petrol percuma kepada penunggang motorsikal disini tiada bezanya dengan perbuatan merasuah pengundi muda.

Walaupun Pas beralasan bahawa pemberian minyak petrol tersebut adalah ikhlas dan sekadar mahu membantu rakyat setempat, ianya tetap dianggap sebagai satu imbuhan kepada pengundi supaya memangkah calon Pas pada 24hb nanti.

Selain minyak petrol percuma, anak-anak muda yang hadir di stesyen minyak berkenaan turut dihadiahkan sehelai T Shirt berwarna hijau yang berlogo Pas. 


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive