Thursday, July 18

POLIS TRAFIK DILANGGAR OLEH PELAJAR HINGGA PUTUS KAKI..... #PRKKualaBesut


Satu kemalangan melibatkan pegawai Trafik didalam PRK N01 Besut. Kejadian belaku di Hadapan SK Alor Peroi, Kuala Besut lebih kurang pada pukul  4.40petang semalam ianya melibatkan motosikal Peronda Trafik jenis VFR bernombor pendaftaran WPV 2542 dan Kereta proton bernombor pendaftaran TAR 9252 . 

Kejadian itu berlaku semasa G/17408 FARID HASNI BIN MAMAT (33 thn) dari KONTINJEN MELAKA dan ditugaskan di Kuala Besut sempena PRK Kuala Besut.Mangsa ditugaskan membuat rondaan bersama Asp Zainal dengan menaiki motosikal. Dari apa yang telah diceritakan oleh FARID ketika selesai rawatannya Kuala Terangganu. Sebuah kereta dari arah jalan Semerak datang dengan laju memotong kenderaan lain (double line). 


Asp zainal yang berada dihadapan mengelak (sedikit bergesel), namun mangsa yg brada di belakang motosikal Asp Zainal tidak sempat mengelak (bertembung), motorsikal dan mangsa tercampak ke kiri jalan dan melanggar tembok sekolah (kaki kanan putus . dijumpai diruntuhan tembok) manakala mangsa dan motor melambung 10 meter dari runtuhan tembok. 

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dengan ambulan. Pemandu Kereta bernama Mohd Burhanuddin bin Mohd 19 tahun masih lagi pelajar akan ditahan untuk siasatan lanjut.

1 comment:

Anonymous said...

Ya Allah, bantulah pegawai polis En. Farid malang kita ini, apalagi di bulan Ramadhan mulia ini dan Aldilfitri yang akan menjelang. Saya harap K'jaan BN/UMNO akan bantu beliau dan keluarganya dengan sepenuhnya.

Yang pelajar tu, apasal macam si penagih dadah? Samseng betul!

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red Beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive