Monday, July 22

TAK MAU MINTA!!! TAPI KALAU BAGI SEBAT AJELAH.......... #PRKKualaBesut


Pengundi Kuala Besut diingatkan supaya tidak terperangkap dengan helah PAS yang mendakwa parti itu tidak berminat menjadi Menteri Besar sekiranya berjaya menyamakan jumlah kerusi dengan Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mustahil bagi pembangkang untuk tidak menimbulkan kekecohan jika mereka berjaya mewujudkan situasi 'DUN tergantung'.
"Ini satu lagi perangkap yang bakal memerangkap keadaan politik di Terengganu.
"Jangan terjebak dan termasuk dalam perangkap itu kerana mustahil mereka tidak menuntut sebarang kerusi jika kedudukan kerusi DUN berada dalam keadaan 16:16," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak berminat untuk merebut jawatan Menteri Besar jika berjaya memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.
Menerusi ceramahnya Jumaat lalu, Abdul Hadi berkata PAS sanggup memberi laluan kepada BN untuk berkuasa di Terengganu walaupun mereka mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak.
Mengulas lanjut Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pengundi di Kuala Besut perlu memahami implikasi jika berlakunya situasi DUN tergantung di Terengganu.
Katanya, situasi berkenaan hanya akan menggugat kestabilan politik di negeri ini terutama dalam menentukan pihak mana yang berhak membentuk kerajaan.
"Pengundi Kuala Besut cukup penting bagi menentukan masa depan Terengganu kerana kalau kerajaan tergantung, kerajaan tidak boleh dibentuk.
"Akan berlaku kekecohan mengenai siapa boleh bentuk kerajaan kerana masing-masing mempunyai kerusi yang seimbang.
"Sebab itu saya menyeru dan merayu pengundi supaya jangan terjebak dengan kempen-kempen yang berbentuk sebegini, berikan kepercayaan kepada BN bagi menentukan kerusi yang ke-17," katanya.AP

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive