Wednesday, February 11

Berita Baik: Tarif Elektrik Turun 2.25 Sen/kwj Mulai Mac @KhairyKJ @MpKotaBelud @AzwanBro


Mesyuarat Kabinet baru sahaja melabuhkan tirainya. Selepas bermesyuarat Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri telah tadi memutuskan untuk menurunkan kadar tarif elektrik pada ICPT 2.25 sen/kwj bagi pengguna di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa 1 Mac depan hingga 30 Jun 2015.

Gesaan Pemuda UMNO supaya kerajaan menurunkan tarif elektrik mendapat perhatian jemaah Menteri. Menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Maximus Ongkili, pengguna domestik bakal nikmati pengurangan bil elektrik dalam lingkungan RM13.50 sehingga RM45 dalam bil bulanan dengan penjimatan ICPT ini.

Berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung telah dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj (atau 14.89 peratus) daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj.

Penurunan ini selaras dengan makluman dikeluarkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebelum ini, bahawa satu kajian berkaitan tarif elektrik telah pun siap dan sudah diserahkan kepada kabinet untuk dibuat keputusan.

Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahathir Khalid memberitahu kajian berkenaan melibatkan jumlah sebenar penjimatan kos terkini yang boleh dilepaskan (cost pass-through) dalam masa terdekat kepada pengguna elektrik TNB.

"Kertas kajian itu akan diserahkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk pertimbangan. Segala-galanya bergantung kepada jemaah Menteri,"" ujar beliau.

Beliau berkata, penurunan harga minyak pada ketika ini tidak banyak memberi kesan kepada kos penjanaan elektrik kerana 55 peratus daripada loji janakuasa di Semenanjung menggunakan gas dan gas asli cecair (LNG).

Menurut Mahdzir, selain menggunakan gas dan LNG, loji-loji janakuasa di negara ini menggunakan arang batu, kuasa hidro dan tenaga diperbaharui seperti biomass, solar dan lain-lain.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) menimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik selaras dengan penurunan harga minyak pada masa ini.

Khairy berkata demikian dalam status terkini yang dimuat naik dalam laman Facebooknya.

"Pada masa yang sama, mungkin TNB juga perlu pertimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik. Sebab hari itu mereka minta Jemaah Menteri naikkan tarif sebab input kos bahan bakar naik. Sekarang dah turun," katanya.

Dalam status yang sama, Khairy berkata dalam keadaan harga minyak menurun, pengguna harus memainkan peranan dan menekan peniaga untuk menurunkan harga barang.

"Saya rasa mesej yang penting ialah kuasa pengguna. Use your power as consumers (Gunakan kuasa anda sebagai pengguna). Engage with consumer groups and activists (Jalin kerjasama dengan kumpulan dan aktivis pengguna). Name and shame traders that charge exorbitant prices on social media (Siarkan nama dan malukan peniaga yang mengenakan harga tinggi di media sosial)," katanya.

Khairy berkata beliau telah mengarahkan Biro Kualiti Hidup Pemuda UMNO untuk menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan berkaitan kepenggunaan untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang kuasa mereka sebagai pengguna.

Katanya Pemuda UMNO juga akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengenal pasti kedai-kedai yang menjual barang pada harga yang adil dan berpatutan.

"Kedai-kedai ini akan diiktiraf sebagai fair price shops di bawah KPDNKK dan akan dipromosikan," katanya

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive