Thursday, February 12

Tak suka Malaysia, pergi negara lain - @RRAFIZAL


Perghhhh kenyataan berapi keluar dari mulut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang...? Adakah ini wajar dan perlu dilakukan apabila bakal berhadapan dengan PRK Permatang Pauh. Diatas kapasiti Ketua tindakan sebegini boleh dipertikaian oleh pihak pembagkang kelak.

MKP mengambil pendekatan SETUJU WALAUPUN TIDAK BERSETUJU dengan kenyataan yang telah dikeluarkan.


Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini menyelar kenyataan tidak bertanggungjawab Timbalan Angkatan Muda Keadilan, Dr. Afif Bahardin yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana tidak dapat menerima keputusan yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan.

Beliau sebagai wakil rakyat sepatutnya tidak menghasut rakyat supaya turun ke jalan raya kerana kononnya mahkamah tidak boleh dipercayai lagi, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim.

"Amat memalukan dan mengecewakan, Afif yang juga merupakan seorang ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dilantik oleh rakyat Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan bodoh.

"Beliau sepatutnya menilai kembali perjalanan kes Anwar di mana mahkamah telah memberi peluang yang seluas-luasnya kepada Anwar sehinggakan mengambil masa bertahun-tahun dan ditangguh berpuluh-puluh kali," ujarnya.

Menurut Rafizal, Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang memandang berat terhadap kenyataan Afif yang boleh menimbulkan huru hara dan mendatangkan bahaya kepada keharmonian negara.

"Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin memohon kepada pihak Polis Di Raja Malaysia supaya menyiasat kenyataan ini di bawah mana mana akta yang berkaitan. Tindakan segera perlu di ambil supaya perkara yang tidak diingini boleh dielakkan," katanya.

Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin menggesa Afif serta seluruh rakyat Malaysia supaya akur dengan keputusan mahkamah dan menghormati undang-undang negara.

"Jadilah rakyat Malaysia yang yang berpegang kepada Prinsip Rukun Negara:Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

"Sekiranya tidak, elok lah keluar saja daripada negara ini dan carilah undang-undang negara yang bersesuaian dengan selera masing-masing," katanya.

KEKADANG MENEGUR TAK BERERTI BENCI AKAN TETAPI BERFIKIR SEJENAK DEMI UNDI SIMPATI YANG BAKAL DIMAINKAN BILA PRK PERMATANG PAUH...

3 comments:

Anonymous said...

Kalau dulu.

Seronok le Firaun dulu kalau ada penyokong bee dn kasi idea ni kat dia.

Suruh Nabi Musa keluar klu x suka negara tuh.

Otak kat mana?

Anonymous said...

Antara ciri Firaun ialah dia shj yg betul, org lain semua salah. Sama la mcm KETUM & para pencacainya. Spesis Firaun.

Anonymous said...

Bodoh gila perumpamaan kau, seperti soal golongan yahudi terhadap Nabi Musa A.S. Telah diberi bukti yang cukup tentang Keesaan Allah SWT dan kebenaran tapi ko tetap tidak percaya dan tidak berpuas hati. Semoga Allah swt bagi hidayat pada kau.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive