SALAH UMNO ke apabila ada individu-individu tertentu bertindak keluar daripada parti tersebut. Mengapa kesalahan itu tidak ditunding pada individu-individu berkenaan, yang berkemungkinan mempunyai hasrat menyertai atau menyokong parti lain?
Mengapa parti yang telah mendukung suara keramat orang Melayu selama 72 tahun sejak sebelum merdeka lagi dipersalahkan pula.
Apatah lagi, mereka yang keluar UMNO itu telah diangkat menjadi individu hebat dan diberi kuasa serta jawatan selama bertahun-tahun.
Sebagai penyokong UMNO dan pemerhati politik, jujurnya saya sedih dengan tindak-tanduk bekas pemimpin-pemimpin yang keluar parti lebih-lebih lagi individu seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dilihat cukup konsisten dengan UMNO.
Namun, apabila mengenang jasa UMNO kepada Parlimen Jeli yang diwakili Mustapa, saya kecewa, kecewa yang tidak terzahir kerana bukan kecil sumbangan UMNO pada kawasan yang diwakili oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.
Sedih mengenangkan betapa banyaknya janji-janji yang ditabur oleh Mustapa kepada pengundi-pengundi UMNO semasa bersama parti tersebut.
Apa sudah jadi sekarang? Mustapa sendiri yang telah ‘membunuh’ janji-janji yang ditaburkan selama ini. Lupa tentang ikrarnya kepada pengundi-pengundi UMNO yang telah mengangkat beliau selama 40 tahun dalam UMNO?
Pada saya, baik Mustapa, Datuk Seri Anifah Aman dan mana-mana bekas pemimpin UMNO yang keluar parti tetapi kekal bebas – inilah golongan yang telah menjatuhkan martabatnya sebagai ahli politik.
Mereka inilah golongan yang gagal memegang janji-janji yang dibuat kepada pengundi-pengundi dan para penyokong UMNO.
Mereka jugalah yang merosakkan integriti dan moral sendiri, andai benar bertindak keluar parti dan kemudiannya sertai parti lawan.
Dalam Islam, golongan yang mungkir janji atau tidak berpegang pada janji digelar munafik.
Jadi, masih mampukah golongan pemimpin seperti ini untuk senyum dan ketawa atau sekurang-kurangnya angkat muka untuk terus berada pada kerusi yang dimiliki UMNO?
Janganlah jadi ‘political animal’ – berpolitik sekadar untuk suka-suka, demi kepentingan peribadi dan kuasa. Cukup-cukuplah, usah jadi musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan atau Si Kitul.
Tetapi fikir-fikirlah nasib Melayu, Bumiputera dan negara bangsa yang dilaung-laungkan anda sebelum ini.
Ini kerana, laungan, ikrar dan janji yang dibuat bukan sahaja didengar oleh para pengundi dan penyokong tetapi turut dihisab oleh Allah.
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...