Friday, October 28

Polis Pun Kata DAP kurang Akal



Ketua Trafik Polis Negeri, ASP Ahmad Ezzely Razali memberi amaran, hanya pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sahaja yang mempunyai kuasa untuk merantai mana-mana kenderaan yang diletakkan di kawasan yang tidak dibenarkan menggunakan alat sita yang diwartakan.
Liew ketika bertindak demikian Isnin lalu tidak mengendahkan arahan polis yang bertugas di kawasan itu agar membuka semula rantai yang dipasangnya pada kenderaan milik kerajaan negeri itu.
“Sebagai pembuat undang-undang, ahli-ahli dewan sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dengan mematuhi undang-undang. Adalah tidak adil jika hanya kenderaan persendirian sahaja yang disita jika melakukan kesalahan dengan meletak kenderaan di kawasan yang tidak digazetkan sebagai petak parkir sedangkan kenderaan milik kerajaan bebas berbuat demikian,” 
Sambil menafikan yang tindakannya itu adalah bermotifkan politik atau untuk mendapatkan gimik publisiti, Liew menegaskan beliau hanya bertindak selepas pihak majlis perbandaran gagal bertindak tegas dan segera.
“Saya sendiri yang menelefon bahagian penguatkuasa MPPP menjelang tengah hari tetapi selepas tidak ada yang datang dan setelah memberi masa yang secukupnya kepada mereka, saya terpaksa mengambil tindakan di atas tangan sendiri kerana kenderaan kerajaan negeri itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas,” ujarnya lagi.
Liew juga mendakwa, terdapat sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan kenderaan yang diletakkan di tepi Leboh Light pada waktu itu sehingga menyebabkan kesesakan pada waktu tengah hari.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive