Tuesday, December 25

NIK AZIZ TAK SEMPAT JADI JURUNIKAH PADA Apex-Nur Eilunie


Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat menikahkan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada Jumaat ini ekoran urusan rasmi yang perlu hadiri.

Menerusi Facebook, Nik Aziz berkata, jemputan majlis nikah Apex-Nur Eilunie bertembung dengan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri bersama Sultan Kelantan pada hari yang sama.

"Susulan pertanyaan banyak pihak berkenaan dengan kesediaan Tuan Guru menjadi jurunikah perkahwinan penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat Jumaat ini, adalah dimaklumkan bagi pihak Tuan Guru bahawa beliau tidak berkesempatan untuk memenuhi undangan keluarga pengantin kerana bertembung dengan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri 1/2012 bersama Sultan Kelantan pada hari yang sama," kata mesej dipetik daripada Facebook Nik Aziz.

Bapa kandung kepada Nur Eilunie Natasha atau Leuniey, Jaafar Mohamad, terkilan tidak dijemput menghadiri majlis pernikahan anak sulungnya itu dengan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), Jumaat ini.

Katanya, beliau sedih tidak dapat menyaksikan anaknya dinikahkan Imam Besar Masjid Pasir Pekan di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, pada jam 10 pagi.

“Dia (Leuniey) satu-satunya anak perempuan saya. Sebagai seorang ayah, besar harapan saya untuk melihat sendiri ketika anak diijabkabulkan, namun saya tidak dijemput untuk menghadiri majlis pernikahan itu.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive