Thursday, October 31

NADIA AF BERKEMPEN UNTUK UMNO #PRKSgLimau


Artis muda kelahiran program realiti  Akademi Fantasi (AF), Nadia Hasnan berpendapat artis-artis muda perlu menyokong UMNO yang dilihat berperanan membantu golongan seni di negara ini.

Lebih dikenali Nadia AF,  gadis genit itu berusia 23 tahun itu bertekad menjadi ahli Pergerakan Puteri UMNO seterusnya menyumbangkan tenaga membantu parti pemerintah.


“Saya sudah lama sebenarnya mengikuti program-program Puteri UMNO di Kuala Lumpur dan sedikit sebanyak sahaja rasa terpanggil menyertainya,” ujarnya ketika ditemui bersama beberapa artis veteran yang beramah mesra dengan penduduk Guar Cempedak dekat Sungai Limau, Kedah semalam.

Turut hadir ialah Datuk Mustapa Maarof, Hail Amir, Abon, Badul, Norlia Ramli,  Aznah Hamid dan Pengerusi Karyawan, Datuk Zaienal Abidin Omar.

Kesemua mereka mengikuti program bersama-sama BN berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

Pada majlis yang sama, Nadia yang terkenal dengan lagunya, Histeria itu dipakaikan jaket Puteri UMNO oleh Naib Ketua Pergerakan Puteri Malaysia, Zahida Zarik Khan.

Sebelum itu, Ngasriah Nasri atau lebih dikenali sebagai Anne menjadi artis wanita muda pertama memenangi jawatan Naib Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive