Dalam kolumnya di The Malaysian Insider kelmarin, naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim menuduh “Umno stormtroopers” sebagai berlagak seperti lasykar-lasykar (“brownshirts”) pada zaman Nazi Hitler (“Third Reich”).
Rencana Tunku Aziz berjudul ‘Open season on Lim Guan Eng‘.
Tajuk tersebut membayangkan ekoran ‘musim terbuka’ – serangan terhadap Guan Eng – sedang berlangsung sekarang natijah matlamat menghalalkan cara (fitnah dan asakan bertalu-talu).
Tunku Aziz berkata kempen perang propaganda untuk memburuk-burukkan Guan Eng sedang dikelolakan oleh golongan ‘Melayu Baru’ (mamak*) — “a bunch of bloody-minded, misguided ‘constitutional’ Malays who have been manipulating the Malays for ages”, pada hematnya.
Nota: Tunku Aziz tidak menyebut perkataan ‘mamak’ atau ‘Melayu Baru’ secara khusus. Saya yang sebut.
Waima sesetengah pihak mendakwa gelaran ‘mamak’ adalah “politically incorrect” maka di sini saya menggantikan dengan istilah ‘Melayu Baru’. Alasan saya ialah golongan terbabit mungkin sudah tidak lagi melihat diri mereka sebagai kaum India. Maka dengan itu untuk terus menggelar mamak sebagai “Indian Muslim” tidak tepat.
Dia menuding jari kepada Melayu Baru yang mengeksploitasi isu masjid di Bayan Mutiara.
Tunku Aziz menggambarkan seteru Guan Eng sebagai “hanya Melayu mengikut Perlembagaan” tetapi bertutur bahasa Tamil di rumah.
Katanya: “For all their professed Malayness I am told the majority speak Tamil at home”.
Tunku Aziz mempertahankan Guan Eng dengan berkata:
“Guan Eng can always hope for the best but he knows deep inside as long as he continues to make a success of his stewardship of Penang, and as long as he has no truck with unethical practices, he will continue to be harassed and even physically threatened by Umno thugs.”
Dia juga menggambarkan Guan Eng sebagai seorang pemimpin yang beretika, bersikap terbuka, tidak bermain kotor macam Umno serta telus dan bertanggungjawab (“accountable”).
Setpol Guan Eng, iaitu Zairil Khir Johari yang membekalkan kononnya suara Melayu bagi DAP, pun sealiran pendapat dengan Tunku Aziz.
Kata Zairil beberapa hari lepas dalam satu kenyataan akhbar:
“Keselamatan diri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak boleh diambil ringan oleh pihak berkuasa ekoran fitnah bahaya dan rasis yang dimainkan Umno, TV3 dan Utusan Malaysia kononnya tanah masjid dilesapkan.
“Susulan daripada itu, Guan Eng telah diancam secara peribadi oleh pertubuhan perkauman Perkasa dan pemimpin-pemimpin Umno yang mengugutnya dengan keganasan dan bahasa yang penuh kebencian.”
(Sumber: ‘Ketua Menteri Pulau Pinang diugut,pihak berkuasa tidak boleh pandang ringan’ di Roketkini)
Sebenarnya orang DAPlah yang kerap menyindir ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin dan sesetengah ahli pertubuhannya sebagai “Nigerian” yang tidak cukup syarat keMelayuan mereka walhal orang Melayu Tanjung sendiri tidak mengutuk.
Misalan kata kita rujuk Dr Zambry Abdul Kadir yang diejek oleh seorang evangelis DAP dengan jolokan “hitam metalik”.
Zambry adalah Adun Umno. Ini bermakna parti Melayu tersebut mengiktiraf Zambry sebagai Melayu.
Rakan-rakan sejawat Zambry di DUN menerima kepimpinannya sebagai Menteri Besar Perak. Malahan Sultan Perak berkenan untuk menabalkan Zambry sebagai MB.
Perlembagaan negeri Perak menuntut supaya jawatan MB disandang seorang Melayu dan seorang Muslim selain kalau Sultan memberi pengecualian mengikut budi bicara baginda.
Zambry diterima oleh Sultan sebagai Melayu tetapi para DAPster masih tidak habis-habis dengan cemuhan mereka — mengata warna kulit Zambry (yang memang tidak dinafikan kelihatan agak gelap).
Bukankan DAP yang selalu mencanangkan parti mereka ‘buta warna’ dan ahli-ahli DAP yang paling ghairah bercerita bagaimana “kita semua bersaudara”?
Berbalik kepada Umno dan kawan-kawan Kimma di Pulau Pinang: Sekiranya masyarakat Melayu sendiri menerima mereka sebagai Melayu, kenapa pula DAP menyampuk dan mencelah?
SUMBER DARI HALEN ANG.
MKP Ayat Sempoi ; DAP nie ibarat menyemarakkan api perkauman,Siapa lebih rasis UMNO atau DAP.DAP dahulu yang telah menyebabkan 13may.Jika isu mamak ini dimarakkan lagi nescaya DAP akan kehilangan undi dari geng mamak..........MKP pun lebih kurang mamaknya.
Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
-
Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin PN
Ibarat lebih sudu dari kuah, isu calon perdana menteri dari Perikatan
Nasional...
No comments:
Post a Comment