Menurut sumber lagi, dari 'The Philippine Star' mereka sudah di tanah air mereka, jadi mengapa harus mereka kembali ke Filipina? Pemberita Filipina menemu ramah di kediamannya di Taguig, Filipina.
Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Kikirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata, tenteranya meneruskan perjuangan mereka walaupun sampai titisan darah yang terakhir.
Katanya lagi, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah 'Gencatan Senjata' yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara 'Serang dan Lari' terhadap pasukan keselamatan Malaysia. Menurut laporan, Kiram berkata, adik lelaki kepada Sultan Sulu, Agbimuddin Kiram dn pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa telah melarikan diri.
Idjirani juga mendakwa, Agbimuddin dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengan Agbimuddin pada malam Sabtu lalu. Katanya, tentera Diraja yang pada masa ini mempunyai 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu.
Kalau setakat serang dan lari, apa barang. Kalau berani berdepanlah dengan tentera-tentera kami yang berani mati.
Lagi pun, bila masa pulak kerajaan Malaysia menerima 'gencatan senjata'? arahan dari Perdana Menteri, terus gempur dan usir penceroboh-pencroboh tersebut dari bumi Sabah.
Kepada Jamalul III, jangan le nak berangan nak ambik Sabah balik dari Malaysia.
Langkah mayat kami rakyat-rakyat Malaysia dulu. Kenapa tak lantik Anwar Al-juburi jadi penasihat bagimana nak serang hendap tentera-tentera kami.
Anwar kan pakar buat serang hendap dari belakang dan suka main belakang?Memang lawak tahap gaban depa nie...
p/s Gambar diatas sekadar hiasan dan bukannya dari lahad datu. Harap maklum...
2 comments:
Setakat tentera yang sultan takda negara, tentera Malaysia sikit pun tak harian. Kami percaya Angkatan Tentera Malaysia yang diwakili oleh anggota yang berbilang bangsa dan agama takan berundur setapak pun dari bumi Sabah. Setakat askar yang tua2 kalau sungguh nak perang dalam seminggu saja ATM akan bereskan semua bala tentera yg tak ada negara.
Saya tahu gambar di atas hanya sekadar hiasan. Namapun hiasan lebih baik letakkan gambar lain daripada letak gambar yang boleh melukakan hati waris yang ditinggalkan. Fikirkan kesedihan anak, isteri dan ibu mereka yang terkorban. Tolong jaga hati dan perasaan mereka.
Post a Comment