Dan di sebalik jasa-jasanya kepada Karpal Singh selama Pengerusi DAP itu hidup, ahli-ahli keluarga Karpal Singh langsung tidak mempedulikannya.
C. Selvam tidak dapat mengadakan wang jaminan RM5,000 sepertimana yang telah ditetapkan oleh mahkamah.
Anak ketiga Karpal, Ramkarpal Singh Deo yang turut berada di dalam kenderaan yang sama ketika kemalangan itu berlaku berkata, mereka tidak dapat membayar wang jaminan memandangkan mereka adalah saksi kejadian.
"Saya telah disapina sebagai saksi pendakwa untuk perbicaraan ini, Jadi, kami tidak boleh terlibat dalam menjamin Selvam," katanya.
Ramkarpal, 38, telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei selepas kerusi tersebut kosong ekoran kematian Karpal Singh pada 17 April.
C.Selvam, seorang warganegara India, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kampar pada 9 Julai kerana memandu secara cuai dan merbahaya. Dia bagaimanapun, mengaku tidak bersalah.
Insiden yang meragut nyawa Karpal Singh berlaku di KM306.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar pada 17 April.
Semenjak itu, C.Selvam telah direman dan dilokapkan. Kini, dia gagal pula menyediakan wang jaminan, sekaligus memanjangkan lagi tempohnya di dalam penjara sehingga tarikh perbicaraan.
Agak aneh kerana keluarga peguam Karpal Singh langsung tidak dapat mencari jalan membantu mengeluarkan C.Selvam.
Atau sebenarnya mereka memang tidak peduli dengan untung nasibnya?
5 comments:
Kalau ram tak boleh kerana berada di tempat kejadian, kenapa gobind sing deo, jagdeep singh deo tak boleh? Dorang berada di tempat lain pada waktu tu. Nampaknya keluarga bai ni dh mula tuding jari salahkan pemandu mereka sendiri.
jadilah peringatan kpd org lain yang sedang mejadi kuli pd puak2 pembangkan ni,ketika tenga diperlukan mereka perah habis2an bila dah jadi mcm tu terimalah,,,,,,
Boleh ke warga India dibayar gaji untuk jadi pemandu?
Anak 2 karpal singh satu pun tak bole pakai. Mereka harus bertaubat......
Depa pun tak tau apa itu taubat..kari kot?
Post a Comment