Thursday, April 2

"Tuanku lu punya Raja ka? Cilaka lu" ADUN DAP PERAK TRONOH

"Tuanku lu punya Raja ka? Cilaka lu" - patut ke seorang YB yang dipilih rakyat Tronoh berkelakuan begini?

Memang celaka punya Adun Tronoh mewakili DAP di Perak. Kalau dah hina Sultan macam nie takkan orang Melayu masih lagi boleh berdiam diri. Nasiblah kalau apa-apa terjadi pada Adun kurang ajar macam nie.


Sudahlah pada Selasa buat Sultan Perak murka, hari Rabu masih lagi nak main politik rendah moral ADUN-ADUN DAP dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

Ini berlaku dalam DUN Perak yang kecoh apabila pertikaman lidah pada sesi perbahasan hampir mencetuskan pergaduhan.

Ia bermula apabila Yong Choo Kiong (DAP-Tronoh) mempersoalkan tindakan pihak kerajaan mengkritik tindakan pembangkang berpakaian hitam ketika istiadat pembukaan sidang DUN Perak semalam.

Persoalan itu dilemparkan ketika mencelah sewaktu Datuk Khusairi Talib (BN-Slim) membahaskan usul menjunjung kasih terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Khusairi dalam ucapannya menyatakan tindakan berpakaian hitam ketika istiadat perasmian adalah perbuatan kurang ajar kerana jelas dalam surat jemputan meminta ahli dewan memakai pakaian rasmi nombor satu, tambahan pula ia adalah acara rasmi pertama di DUN Perak selepas Sultan Nazrin dimasyhurkan sebagai Sultan Perak.

Choo Kiong kemudian mencelah menyatakan tiada dalam Perintah Tetap mengenai cara berpakaian sambil menyindir hari ini ramai ahli dewan yang memakai jaket hitam dan bertanya berkabung untuk siapa yang mati.

Tindakan itu membangkitkan kemarahan Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup) dan meminta Choo Kiong bertemunya di luar dewan dan ditenteramkan oleh Khusairi.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) kemudian menyatakan sesuatu ketika mikrofonnya ditutup sehingga membangkitkan kemarahan ramai penyokong kerajaan termasuk Shahrul Zaman yang bertindak keluar dewan sebaik melihat Koo Ham keluar dewan.

Ia mengakibatkan ramai anggota keselamatan turut mengekori kedua-duanya, menyangka akan berlaku pergaduhan, bagaimanapun ia tidak berlaku apabila dua ahli dewan itu pergi ke haluan masing-masing.

Sementara itu, di luar DUN juga suasana 'panas'... ini setelah lebih 300 pemimpin dan ahli pelbagai NGO berkumpul  bagi membantah tindakan 'biadap' ADUN pembangkang terhadap Sultan Perak pada Selasa. 
 
Wakil pembangkang semalam bertindak biadap dan tidak menghormati sidang DUN yang dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah apabila tidak memakai pakaian istiadat, sebaliknya memakai sut atau baju Melayu serba hitam.
 
Mereka berkumpul di laluan pintu utama masuk ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (gambar atas)  sambil melaungkan Daulat Tuanku! Hancur Pembangkang.
 
Kumpulan berkenaan turut memegang kertas bertulis Pembangkang Jangan Biadap, Kami Membela Tuanku, Jangan Pijak Institusi Raja dan DAP, PKR PAS Jangan Biadap

5 comments:

maae said...

Tuanku Sultan Perak boleh sahaja dalam kapasiti mengambil tindakan terhadap kebiadaban rakyat nya yang melebihi batas. Ia tiada kena mengena dengan politik tetapi atas kapasiti Demokrasi Raja Berparlimen. Hak baginda merasmikan dewan.

Harap perundangan dari Istana bagi pihak mengemukan tindakan saman - menghina dan menghasut. Pembangkang terutama kaum cina ini memang selalu biadab. Mereka pula menjadi raja ! Berkelakuan menyanggah Pemimpin yang secara rasmi termetri dalam Peraturan dan Perlembagaan Malaysia.

Anonymous said...

mohon penyokong pas terasa dengan tindakan rakan pemimpin mereka ni...nak harapkan pemimpin mereka,sory la, memang jelas tidak sama sekali.

Anonymous said...

Mereka ini berani KURANG AJAR sebab tengok Pak Lebai2 dan Tuan Tuan Guru pun dah sokong mereka, pasang lilin macam mereka. Mereka ambil kesempatan atas lemahnya UKWAH orang Melayu.

Anonymous said...

Apa dah jadi dgn PAS kenapa jadi kaldai DAP. Sedih..

Anonymous said...

Aku tengok ahli politik kita, dah macam budak-budak. Aku jadi meluat tengok perangai memperbodohkan diri mereka.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive