Tak berapa kebal kuasa Menteri sekarang kerana akta Hasutan memang telus dan sesiapa sahaja boleh didakwa sekiranya melanggar akta ini. Bagi MKP ini adalah demi kebaikan pada semua rakyat Malaysia.
Rukun Negara telah jelas mengatakan setiap Rakyat Malaysia patuh pada rukun tersebut, Kesetian pada Raja dan Negara. MKP juga tertarik dengan MESEJ UNTUK RAKYAT MALAYSIA dari DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?
Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.
Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.
Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.
Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.
Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.
Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.
Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.Polis akan menyiasat Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan susulan kenyataan yang dibuatnya terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ) baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Nazri dan mengesahkan pihaknya akan merekod kenyataan daripada menteri itu tidak lama lagi.
"Bukan Akta Hasutan, tetapi di bawah Seksyen 505b Penal Code," kata Khalid
18 comments:
Menteri perangai samseng.
Jika bangsa lain hina Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja Melayu tak lah secepat ini tindakan diambil. Hingga sekarang pun masih belum selesai.
Dia hanya beri ingatan, supaya Institusi Raja jangan turun kebawah dan BUAT kenyataan seolah-olah Najib itu takut untuk berhadapan dengan TUN. Ada kah Tengku Mahkota sahih yang Najib dan seluruh Kerajaan yang ada sekarang ini bersalah tentang 1MDB.
Padahal kerajaan yang ada sekaranglah yang menjunjung Institusi Raja-raja dan Yang DiPertuan Agong.
Mungkin cara penyampaian Nazri boleh dipertikaikan namun kenyataannya bolehkah dipersoalkan.
Bukan setakat menghasut tapi siap mengugut sekali. Tak pernah dibuat orang.
Menteri samseng yang amat angkuh dan sombong.
Menteri ni dah lama buat perangai macam ni kat Tun M. Kalau buat kat TMJ, ko memang silap besarlah wahai menteri yang bongkak. Apa yang menteri ni pertahankan? Isu 1MDB, kalau ko ada jawapan tolonglah bagitau, ramai rakyat nak tahu macamana ko orang tadbir duit negara.
Tepat sekali saranan TMJ, jawatan menteri tu hanyalah amanah rakyat. Janganlah nak bongkak sangat. Denda untuk akta hasutan adalah RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. Kalau sabit bersalah, jawatan menteri samseng ni terus boleh hilang. Jadi, janganlah sombong sangat. 1MDB memang bermasalah sehingga Najb nak sampai hujung tahun untuk selesaikannya. Ko sanggup tunjuk samseng kepada sesiapa saja yang menyuarakan isu negara?
Menteri yang samseng, angkuh.
Kalau dengan raja pn dia punya bahasa macam tu.., ingat dia sopan ker dengan rakyat biasa..??
Ini dia menteri puk*mak yg patut dibaling dgn telor busuk.Bravo TMJ Daulat Tuanku
Kpn buat lawak..dapigs chercha Dan hasut Muslim ok Je. ..berani dengan Melayu je tak chukop
Cuba tengok balik kenyataan tmj.. lebih menghina pm dpd teguran..itu yg tak betul..kenapa dia pun tak hormat ketua negara..
..ko tendang corner flag pun ia melantun balik la.. hehe.. biasa la kalau tak tau hujung pangkal jgn nyibok..
Najib x patut dituduh menyembunyikan segalanya sedangkan banyak jawapan mengenai 1MDB telah diberikan. Mengenai isu nothing to hide, sukaguam patut dipersalahkan kerana membuatkan majlis jadi kacau bilau. Majlis itu sepatutnya tertutup untuk Najib bersama NGO2 yg dijemput sahaja. kenapa TDM yg x dijemput dibenar masuk dan kawalan keselamatan yg x terkawal. Sukaguam memang x profesional. Kasihan Najib, lain makan nangka lain kena getah.
Kalau Najib tak ada benda yang nak disembunyikan, tak adalah isu 1MDB ni jadi tanda tanya yang paling lama begini. Satu syarikat yang berada dibawah kawalan PM mempunyai hutang yang begitu besar, hasil yang sangat sedikit sehingga untuk membayar faedah pun tidak cukup. Layakkah dia bergelar PM kalau dia membiarkan 1MDB membayar faedah saja RM2.4 Billion. Belum tahu bila nak bayar pokoknya pula. BETULKAH KITA MASIH BOLEH TERIMA DIA SEBAGAI PM?
NAZRI MEMANG SAMSENG, ANAKNYA PUN SAMSENG....DULU ADA KES JENAYAH....PDRM HANYA JADI BARUA NAJIB MAIN WAYANG ..KALAU DARI PKR DAH SIAP KENA TANGKAP...NAJIB HANYA PANDAI SAMAN NGA KOR MING...DENGAN TUN M DIA TERBERAK....
Najib berbekalkan rasa bersalah/guilty conscious tak sanggup, tak mampu, kecut telur & goyah untuk bersemuka dgn Tun Mahathir & mantan menteri besar Trengganu yg teraniaya dilucutkan jawatannya kerana enggan menggadaikan minyak Trengganu seperti yg dikehendakki Najib sipelahap.
Anak samseng si Nazti yg nganggur pun mampu pakai kereta mewah.. apa cerita....???? Dulu era Tun Mahathir pun dia ada kes songlap tembolok permit taxi.
Bila kena dengan DAP atau Pakatan Rakyat yang berkuasa nanti barulah TMJ atau yang lain-lain tu tahu yang mana intan yang mana kaca. Pihak mana yang mempertahankan Institusi Diraja dan pihak mana pulak yang hendak menghapuskannya.
bila buat kenyataan..bila ada orang lain tak setuju,,mesti lah ada orang lain tegur...tegur menegur apa salah nya...biarlah berlaku adil..barulah rakyat akan hormat kpd pemimpin2 melayu
Post a Comment