Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna
-
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna Pengumuman U Mobile dianugerahkan sebagai
pembekal...
Friday, September 4
7 PEMIMPIN UMNO BAKAL DIPECAT.......
Mutakhir ini pergolakan dalaman UMNO menjadi buah mulut dikalangan Rakyat. MKP pun ditanya mengenai pergolakan ini. Jawapan MKP amat mudah "saya hanya ahli biasa bukan boleh masuk mesyuarat Majlis Tertinggi pun". Yang pastinya setiap keputusan perlulah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi.
Tapi MKP agak terkilan jugak kerana sampai sekarang isu besar sebegini masih lagi belum selesai dimeja perundingan. Jika berlarutan kelak yang hancur adalah UMNO itu sendiri.
Pemimpin datang dan pergi akan tetapi UMNO kekal dengan reputasi yang kurang meyakinkan rakyat. Siapa yang rugi...? Pihak pembangkang mengambil kesempatan hanya mengapikan sedikit melalui media yang dikuasai mereka. Ayat menyedapkan hati adalah mungkin ada kebaikan disebalik kemelut yang berlaku sekarang ini.
Pada zaman ini dimana ramai asyik bergayut pada handphone dan melayari internet sekelip mata saja siapa saja boleh cetuskan khabar angin yang merebak luas.
'Tembak' satu cerita,lempar masuk mana-mana whatsapp group maka akan menjalar dengan pantas hingga kerap kali ada kisah orang yang segar bernafas terkejut dia dikhabarkan sudah dikuburkan.
Terbaru paling hangat ialah penyebaran di media sosial senarai tujuh orang pemimpin UMNO konon akan dipecat pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan pada Rabu,9 September ini.
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sepatutnya diadakan pada 31 Julai lalu.Namun ia dibatalkan kerana dikatakan untuk sejukan keadaan selepas rombakan kabinet dibuat.
Rombakan itu agak panas bila melibatkan penguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Macam mana senarai yang disebar tak jadi panas.Ia membariskan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO,Shafie Naib Presiden dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru,Datuk Aziz Sheikh Fadzir,Ketua UMNO Bahagian Kemaman,Datuk Ahmad Said,bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO,Datuk Hamidah Osman dan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar,Sabah,Datuk Jumat Idris.
Jika betul bagai disebar UMNO/BN akan kehilangan empat kerusi Parlimen yakni Muhyiddin di Pagoh,Johor ,Shafie di Semporna,Sabah,Aziz di Kulim Bandar Bharu,Kedah dan Jumaat di Sepanggar,Sabah.
Dua kawasan Dewan Undangan Negeri pula Ahmad Said di Kemaman,Terengganu dan Mukhriz di Air Hitam,Kedah.
Sekalipun tidak diketahui siapa yang 'tembak' tetapi penyebaran senarai itu telah mencetuskan tandatanya.Betulkah?
Ada yang berkata mana lojiknya cerita yang disebar berasaskan situasai politik semasa.
Dalam pada itu ada juga yang merasa cerita itu sengaja 'ditembak' oleh pihak tertentu untuk menghangat suasana dalam UMNO menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
Apapun ia telah mendorong Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia,Tan Sri Mohamad Aziz yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor adakan sidang akhbar Khamis mengenai hal berkenaan.
Beliau antara lain kata jika benar Majlis Tertinggi 9 September ini hendak ambil tindakan memecat atau gantung keahlian Muhyiddin dan Shafie ia keputusan tidak bijak dan tentu akanm mencetuskan kemarahan ahli parti.
Mukhriz pula yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Alor Star Khamis enggan mengulas mengenai kisah kononnya beliau akan dipecat dari parti itu.
Katanya setakat ini beliau sendiri belum dapat apa-apa makluman dari UMNO Pusat mengenai hal berkenaan.
"List ni macam-macam, ...tetapi selagi benda itu tak jadi kenyataan, saya tak boleh la nak bagi respon.
"Saya sendiri ada tengok macam-macam dihantar melalui WhatsApp dan sebagainya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa kenyataan daripada mana-mana pihak khususnya pimpinan UMNO Pusat,"katanya.
Sementara itu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga ditanya wartawan semasa satu majlis di Batu Pahat Khamis.
Baginya senarai yang disebar itu konon Muhyiddin dan Shafie hendak dipecat atau digantung keahlian UMNO adalah khabar angin yang tidka berasas.
"Jika ada pihak tertentu yang mahu terus percaya khabar angin berkenaan, terpulanglah tapi saya sendiri pun masih tidak tahu apa agenda mesyuarat ( Majkis Tertinggi UNNO ) itu nanti.
"Malah mesyuarat Majlis Tertinggi juga sebenarnya adalah tertutup dan apa saja agenda yang dibincangkan juga tidak perlu dibincangkan umum, jadi saya nasihatkan tidak perlulah sebar khabar angin yang bukan-bukan seperti ini," katanya.
Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil pula ingatkan ahli UMNO tidak terpengaruh dengan penyebaran senarai seumpama itu.
Ketika ditanya mengenainya dalam sidang akhbar selepas Ketua-ketua Wanita UMNO Bahagian adakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC Khamis,beliau berkata," kalau lihat trend sekarang setiap hari ada senarai baru."
Agenda Daily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Beto Kusyairy Berdepan Cabaran Fizikal Dalam Filem Biopik Gayong - KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Beto Kusyairy mendedahkan beliau kini menghadapi masalah sakit tulang belakang (slip disc) yang membataskan pergerakan teru...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2015
(151)
-
▼
September
(21)
- SIAPA NAK KAUT UNTUNG NI? @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Ham...
- PRASARANA KAJI SEMULA OPERASI MAKKAH METRO UNTUK M...
- MMMSL Berakhir, Prasarana Puas Hati @NajibRazak @a...
- CABARAN MENANTI PETUGAS #MakkahMetro @NajibRazak @...
- @MYRapidKL Persiapan Terakhir Sebelum Rel Mekah Me...
- BERKAT DOA RAKYAT MALAYSIA KUOTA HAJI DITAMBAH 2100
- BAJU MERAH Sedia Bayar RM50,000 @mariachin @tonypu...
- ‘Baju Merah’ Sah Tiada Bau Busuk Air Kencing......
- AL-FATIHAH JENAZAH JEMAAH INSIDEN KREN TUMBANG DIT...
- ALKISAH "MIKE TYSON' MALAYSIA YANG SADIS
- RAKYAT MALAYSIA CUMA CEDERA #PrayForMakkah
- HANYA MINTA MAAF SETELAH PIJAK MUKA PM..... @zahid...
- PERSIAPAN @MyRapidKL MENJELANG WUKUF #MakkahMetro ...
- BATU RONSON & SIKAP BURUNG UNTA AHLI UMNO.......
- @MariaChin Bersikap Kebudak-Budakkan @DAPMalaysia ...
- ORANG MELAYU & SIFAT (PHD)
- JAHAT SUNGGUH Wartawan The Malaysian Insider. @MpK...
- 7 PEMIMPIN UMNO BAKAL DIPECAT.......
- MANA DAPAT DANA RM2.4Juta
- Tun M DISIASAT POLIS #Bersih4
- #Bersih4 GAGAL!!!! TERNYATA CINA DAP........?
-
▼
September
(21)
7 comments:
Belum tahu sahih atau tidak berita ini.
Tapi, satu saya nak cakap. Korang yang duduk kat tampuk kepimpinan parti, cubalah berkerjasama sikit. Jangan masing-masing tunjuk kepala batu. Ahli-ahli dan rakyat tengok gelagat korang dengan penuh menyampah. Buat nama saja tua, perangai macam budak-budak. Nak kata bingai, nanti marah melenting.
Mesti ada jalan terbaik, ikutlah adat resam dan cara orang Melayu. Berbudi bahasalah sikit. Kalau kau tak setuju dengan ketua, duduklah tepi dahulu. Kalau ketua tak nak timbang pendapat kenkawan, fikirlah orang lain sama. Sama-sama, jangan letak kepentingan diri sendiri di depan.
Korang tahu siapa musuh sebenar orang Melayu - bangsa Cina yang nak rebut kuasa. Mereka berpakat, tak kira yang di luar atau di dalam kerajaan. Dengan tindak-tanduk kita sekarang, nescaya akan merugikan Melayu. Orang tua kutuk bekas PM 22 tahun itu pun satu hal, tak tau dia nak apa lagi. Usah bising-bising, kalau dia nak masuk duduk di rumah Seri Kenangan tu, izinkanlah.
yg byk buat taik kat umno sapa, awat org lain nak kena pecat..patut pecat diri sendiri sbb diri sendiri la yang buat taik sampai umno and kerajaan tanggung bahana nya...dia ngan bini buat hal orang lain nak kena pikiaq untuk sampaikan kat rakyat...buang la semua nanti senang xpening nak pala dah sebab jd pembangkang...ni lah susah bila rasa diri selalu betul orang lain salah..
Setuju dgn anon 3:49,
Sesapa yg ada jwtn dlm MT perlulah menggerakkan sesi perbincangan utk memulihkan kembali keadaan Pedulikan si tua kutuk yg tak habis2 menyalak serata negara dan dunia tu!!!Rakyat biasa yg bijak dpt membaca agenda tersirat yg dimainkan hampir setahun ini.Apa yg telah diperjelaskan kpd dia bagai mencurah air di daun keladi..tak satu pun yg sangkut.Dpd dia menjadi semakin munafik mengata orang...baik tak payah dilayan.
Kpd puak yg berangan2 kerusi presiden angkara percaturan tua kutuk tu...muhasabahkan diri dan ikhlaslah demi parti.Kegilaan yg melampau menjadikan anda mcm badut politik.Masalah perlu diselesaikan dgn segera dan buang rasa ego dan kepala batu semua tu.Siapa rasa bersalah, tak perlu malu memohon maaf dan redakan keadaaan demi parti.Parti yg menjadi tunjang bangsa, agama dan negara.
Kpd tua kutuk yg perangai dah mcm si banduan sg buluh...udah2 la woi!!!!Baik diam dan berehat..Kami taknak sumpahan seorg ulama kpd dia menjadi kenyataan....
sebelum ni gosip nak buang Ts Muhyiddin dari TPM lps tu betul kena buang,gosip nak buang shafie apdal pun betul,kata Jho lo tak terlibat langsung dgn 1mdb lps tu keluar gambar di atas kapal dengan jibby,kata tiada masuk akaun peribadi lp tu ada..ni satu lagi macam mana pemecatan anina tidak melalui MT!!celaka sungguh buat parti macam mak bapa korang yg punya..
#pecatJIbby
#selamatkanUmno
PUKIMAK BAPAK KAU!!
Ahli pening, perlu kekal atau keluar, dah jadi buah mulut ramai. Teruskanlah buang semua orang hingga tinggal beberapa orang yg yes man shj. Umno harta bapak mereka.
Sedihhh...sbb umno, bn bakal tersungkur ke bumi pru 14 nanti...
Post a Comment