Thursday, September 3

MANA DAPAT DANA RM2.4Juta


Hebat jugak DAP nie. Anjur perhimpunan haram dapat sumbangan dana RM2.4juta. Kalau macam nie MKP pun nak anjur perhimpunan haram jugaklah. Bukan apa kalau dah dapat 2.4juta tak payah susah hati lagi, Almaklum dah kaya-raya. Bukan senang nak dapat duit sebanyak itu. Tapi hakikatnya adalah indah khabar dari rupa. 

Kalaulah pihak kerajaan Barisan Nasional yang dapat dana sebanyak itu sudah tentu riuh satu Malaysia umpama malaysia nak kiamat atau dilanda Tsunami. 

Penganjur Bersih 4 enggan mendedahkan kepada polis sumber dana RM2.4 juta untuk menganjurkan protes anti-kerajaan itu hujung minggu lalu.

Pengerusi Bersih Maria Kencing Abdullah dan enam rakannya disoal mengenai butiran rancangan dan pelaksanaan himpunan dua hari itu termasuk dana RM2.4 juta yang dikatakan hasil sumbangan awam serta penjualan baju T kuning sempena demonstrasi itu.

Yang kurang enaknya pulak,Penganjur Bersih terus tunjuk keras kepala.Mereka tidak mahu bayar bil kerja-kerja pembersihan ekoran perhimpunan haram itu pada hujung minggu lalu sebanyak RM65,000.

Ini ekoran kenyataan Menteri Kesejahteraan,Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai bayaran berkenaan yang perlu dibuat oleh penganjur kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Menurut menteri itu selain kerja pembersihan ada peserta yang buang air kecil merata-rata di kawasan perhimpunan.Pengerusi penganjur,Maria Kencing Abdullah kata mereka akan dapatkan nasihat perundangan jika terima bil berkenaan.

Dia minta bukti mengenai keperluan membayar bil itu dan dakwa kerja pembersihan adalah tanggungjawab DBKL.Dia mendakwa kerja-kerja pembersihan banyak diuruskan oleh petugas sukarelawan mereka sepanjang perhimpunan selama 34 jam itu.

Senang aje jawapan yang diberikan oleh Maria Kencing nie. Yang buat kotor itu adalah peserta bersih namun bila bab sampah orang lain pulak kena tanggung. Bersih menuntut keadilan namun bila kena batang hidung pandai pulak bermain wayang. 

Ditanya mengenai siasatan polis,Maria kata mereka ambil langkah diam diri pada sebahagian soal termasuk mengenai penganjuran himpunan itu.

Katanya setakat hari ini mereka boleh dikenakan sebarang dakwaan.Dia kata kemungkinan pendakwaan akan dibuat kemudian.

7 comments:

Anonymous said...

Bodohnya, rakyat dermalah, t shirt orang beli. Umno bolehlah suap duit, t shirt dan lain-lain untuk hadir perhimpunan. Analisalah sikit bila nak cakap.

Anonymous said...

yg Bersih dpt collect, itu baru betul derma....bukan auta mcm najib, yg seorg arab derma 2.6bil terus kat akaun dia. pastu takder nak umum kat rakyat, mengelupur bila WSJ keluarkan cite ini....tgk BERSIH, dari awal siap declare brp dpt....najib patut contohi ideologi Bersih

Anonymous said...

Sokong anon1:52. Cuba najib bagitau dulu dekat timbalan dia. Dia sembunyi sampai orang luar bongkar. Jawatan kuasa sendiri tidak tahu, bila tanya kena buang. Wang untuk umno biarlah orang umno tahu. Kata wang umno, tapi masuk bank singapura sampai kena beku. Swiss bank pun dah beku wang 1mdb. Kerana seorang dan gengnya, malu satu negara.

Anonymous said...

haha.. kalau betol derma, kenapa x istihar mana dpt duit tu. ni nk suruh najib istihar 2.6 b, tp duit derma bershit diam2 pulak. rm30b & 7.6b pun xda bunyi ni.. takkan diam kot.

Anonymous said...

jualan 70,000 tshirt x 20 = 1.4juta (dikutip dlm 2 minggu pertama).....BTW, lebih dr 70k tshirt dijual.....nak tau lebih lagi,gi tanya maria chin.....Bersih setakat nak declare no hal, najib kalau disuruh declare, kena gugur keahlian la, gugur kerusi disandang la, mcm2 kerenah....

Anonymous said...

Kerana nak betulkan kelemahan sendiri cari kesalahan orang . Anggaplah bersih bodoh, jadi kita yang pandai dedahlah penggunaan 2.6 tu. Beri sebab kenapa masukbbank singapura kalau wang itu utk umno.

Anonymous said...

Maria chinchong tu betul ikhlas masok islam atau sengaja jadi musoh dlm selimut jalang jalanan nih..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive