Monday, September 7

ORANG MELAYU & SIFAT (PHD)


Sejak dari kecil kita dimomokan dengan cerita sifat serta hasrat dengki orang melayu, Ini bukanlah cerita yang direka oleh MKP akan tetapi ramai yang telah merasai sendiri. Jika berniaga sudah pasti benda sebegini diperhebahkan "amalan dukun serta bomoh".

Sejarah memperlihatkan empayar dan tamadun Islam jatuh disebabkan berlakunya khianat, hasrat dengki dan benci-membenci malah ada yang sanggup berkompromi dengan musuh.

Khianat, hasrat dengki dan benci-membenci ini akan kurangkan juga akan mengikis kekuatan, agama dan perpaduan dalam kalangan orang Melayu terutama kita ahli UMNO. Ini yang berlaku sekarang.

Ketentuan untuk meletakkan kedudukan seseorang itu adalah urusan Allah dan hambaNya tidak sepatutnya mempersoal ketentuan itu dengan mempunyai sifat hasad dengki.

Kedudukan seseorang itu sangat jelas, kita boleh berusaha dan tawakal kepada Allah sebab qada dan qadar itu boleh ditukar dengan doa.

Tetapi hakikatnya apabila seseorang diletakkan di tempatnya, sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri atau pusat, maka sokongan dan dokongan perlu diberi secara padu.


Perpecahan di kalangan anggota UMNO kerana menyokong pemimpin tertentu perlu ditamatkan serta-merta dan anggota Umno di setiap peringkat perlu bersatu di bawah satu sokongan dengan menyokong satu kepimpinan.

Sifat itu perlu dihapuskan segera kerana anggota UMNO sudah tidak mempunyai masa lagi untuk berbalah sesama sendiri memandangkan pilihan raya umum ke-14 sudah semakin dekat bagi memastikan UMNO kekal memerintah bagi membela nasib rakyat.

UMNO pada masa ini menghadapi 'peperangan' persepsi dan dihukum melalui 'mahkamah' pendapat umum, justeru anggota parti perlu menggunakan minda mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini.Perpecahan di kalangan anggota UMNO boleh menimbulkan persepsi yang negatif terhadap parti keramat orang Melayu.

Dahulu kekuatan politik di zaman penjajah berdasarkan kekuatan senjata, kini politik dipengaruhi kekuatan minda, apabila persepsi negatif diwujudkan akan jadi negatif, bila positif akan jadi positif, seseorang itu telah dihukum terlebih dahulu melalui persepsi.

Anggota Umno perlu lebih kuat terutamanya dalam menguasai media sosial bagi menangkis segala serangan musuh politik parti. Jangan kita gagal dalam peperangan minda melalui media sosial, jangan sesekali ada anggota UMNO yang 'menembak' sesama sendiri dalam media sosial, hentikan segera.


1 comment:

Anonymous said...

Tolong jangan dengki kalau ada pemimpin Melayu yang terima derma RM2.6b. Kita sama2 Melayu patut tumpang gembira. Hidup Melayu! Takbir!

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive