Wednesday, January 27

TIADA JALAN MUDAH TANGANI ISU KESELAMATAN @MyRapidKL


Semalam tersebar satu video yang memaparkan seorang lelaki berbangsa cina telah memasuki stesen LRT milik Rapid KL. Untuk maklumat setiap stesen dikawal oleh Polis Bantuan Prasarana mengawal jika ada pencerobohan yang dilakukan oleh orang awam. Sebagai langkah berjaga-jaga jika ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Umum tahu bahawa amaran awal telah dikeluarkan oleh pihak PDRM sebelum ini supaya setiap tumpuan awam perlulah diberikan kawal selia yang amat ketat, bagi mengelakkan kejadian seperti yang berlaku di Jakarta tempohari.


Ketika urusan kerja di Sarawak 2 hari lepas setiap lapangan terbang dikawal oleh tentera dan polis, bukan mahu menakutkan sesiapa akan tetapi ianya adalah langkah berjaga-jaga, tiada kompromi didalam keselamatan rakyat malaysia. Jika sesuatu yang buruk berlaku sudah pasti ada pihak yang dipersalahkan. 

Berbalik kepada isu di stesen LRT bagi pendapat MKP tindakan Polis Bantuan Prasarana adalah wajar menyekat sesiapa sahaja yang ingin masuk selepas waktu operasi, Jika lelaki berkenaan meletakan sesuatu dan insiden berlaku sudah pasti beliau dipertanggungjawabkan. Pihak Prasarana tidak mengambil mudah setiap aduan yang dilaporkan dan siasatan perlu dilakukan.

Naib Presiden Eksekutif, Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana, Lim Jin Aun berkata, pihaknya sedia maklum rakaman yang tersebar itu dan siasatan sedang dibuat dari segenap sudut.

“Kita sedang menyiasat kes itu kerana ia merupakan insiden yang jarang-jarang berlaku.
“Ia merupakan kejadian terpencil dan tidak perlu diperbesar-besarkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Lim meminta orang ramai agar menghentikan spekulasi yang tersebar meluas di Facebook berhubung penyebaran rakaman aksi pertengkaran itu sementara menunggu kes yang disiasat mendapat jawapannya.

“Kita minta spekulasi ini dihentikan. Kita akan mengambil tindakan sekiranya dakwaan itu benar,” tambahnya.

Dalam pada itu, Lim menjelaskan, polis bantuan yang mengawal setiap stesen LRT mempunyai kuasa untuk menghalang sesiapa sahaja daripada mengutip sampah atau membuat sebarang aktiviti di mana-mana stesen tanpa kebenaran.

Katanya, aktiviti mengutip sampah telah diserahkan kepada kontraktor pembersihan dan pihak lain tidak dibenarkan mengutip atau mengambil apa sahaja benda di stesen LRT kerana dibimbangi akan mengakibatkan kecederaan atau mengotorkan kawasan awam sekiranya mereka berbuat demikian.

“Polis bantuan kami mempunyai kuasa untuk menghalang sesiapa sahaja daripada melakukan sebarang aktiviti di stesen LRT atas faktor-faktor keselamatan dan bagi menjaga tempat awam,” ujarnya.

2 comments:

Transformasi UMNO said...

Bahagian 2 - Projek Rasuah terbesar Dato Seri Zahid Hamidi di Imigresen
Setelah jurublog dedahkan Projek Rasuah Dato Seri Zahid Hsamidi bahagian 1, kini jurublog akan menceritakan seterusnya apa yang telah dibuat oleh konco-konco Dato Seri Zahid Hamidi untuk menipu rakyat dan untuk kayakan majikan mereka.

Jurublog ingin perkenalkan seorang yang sangat penting dalam hidup Dato Seri Zahid Hamidi. Nama watak penting ini adalah Shekh Ruzi. Bila disebut nama ini, sesiapa yang mengenali Dato Seri Zahid Hamidi akan tahu siapa dia dan apa peranan dia dalam kehidupan harian DS Zahid.

Shekh Ruzi adalah ‘gatekeeper’ Dato Seri Zahid Hamidi. Sesiapa sahaja yang ingin berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, mereka harus mendapatkan restu atau ‘appointment’ melalui Shekh Ruzi. Tanpa kebenaran beliau tiada siapa dapat berjumpa dengan DS Zahid. Kecuali menantu Zahid seperti yang telah jurublog ceritakan di bahagian 1 tempohari.

Baru-baru ini Shekh Ruzi telah membawa Dato Seri Zahid Hamidi dan Datin Seri Hamidah ke Korea melalui jet peribadi. Ruzi telah membawa kedua suami isteri ini dari Sabah dan terbang terus ke Korea. Shekh Ruzi menjaga apa sahaja yang dikehendakioleh Dato Seri Zahid. Isteri Ruzi, Datin Cindy pula ditugaskan untuk menjaga Datin Seri Hamidah yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

Shekh Ruzi dan isteri Datin Cindy, cina masuk Islam memang pakar dalam menjaga kepentingan Timbalan Perdana Menteri dan isteri. Apa saja dikehendaki mereka akan ditunaikan. Dari shopping hingga ke makan ditempat mewah dan membuat ‘facial’ semuanya akan ditanggung sepenuhnya oleh Shek Ruzi. Jurublog juga ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia. Dato Seri Zahid baru saja membuat rawatan muka di Korea. Jurublog sertakan gambar terbaru Timbalan Perdana Menteri ini untuk tatapan rakyat Malaysia dan lihatkan sendiri perbezaan sebelum dan selepas rawatan muka ‘botox’ untuk menegangkan kulit muka yang kendur.
Baca sambungannya di Blog: http://transformasiumno.blogspot.my/
Page FB: https://www.facebook.com/umnotransfom

Anonymous said...

Assalamualaikum. bahru coba masuk blog ini

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive