RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...
Monday, May 30
BIAR KURANG CERDIK , JANGAN PULAK KURANG AJAR.......
Memang tak siapa pun boleh menghalang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar melalui pelbagai media sosial tetapi janganlah sampai menggunakan perkataan kesat baik untuk mana-mana parti yang bertanding.
Siapa pun yang disokong, berkempenlah dengan cara berhemah daripada terus mencaci dan menghina secara terbuka di laman-laman seperti facebook, Instagram dan sebagainya.
Sebagai rakyat, kita diberi peluang untuk menzahirkan ketidakpuasan hati melalui sistem demokrasi yang akan berlaku pada hari pengundian pada 18 Jun ini.
Tidak ada pemimpin yang sempurna dan tidak ada pemimpin yang mampu memuaskan hati rakyat sepenuhnya.
Ingatlah bahawa mencaci atau mengeji calon tidak akan membawa sebarang faedah kepada sesiapa sebaliknya boleh mencetuskan suasana tidak harmoni sepanjang kempen berjalan.
Suka atau tidak, biarlah calon berkempen melalui media multimedia online dari rumah serta mewakilkan anaknya bertemu dengan rakyat secara langsung seperti kebiasaannya.
Jika benar ada niat untuk membantu calon yang disukai melalui media sosial, janganlah berkempen dengan mengeluarkan kata-kata kesat sebaliknya berkempenlah dengan cara berhemah.
Pencalonan isteri kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Kahir-il Anuar Wan Ahmad iaitu Datin Mastura Mohd Yazid tidak menyalahi melanggar batas agama dan adat orang Melayu Islam hanya kerana beliau dicalonkan atas cadangan daripada pihak lain.
Bagaimanapun Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata beliau tidak dibenarkan untuk keluar berkempen termasuk keluar ke masjid untuk berkempen sehingga tempoh edahnya berakhir.
“Tiada masalah untuk Mastura dicalonkan sebagai calon PRK di Kuala Kangsar. Beliau cuma tidak boleh keluar berkempen. Masa penamaan calon atau pengumuman keputusan PRK pun dia tak boleh keluar.
"Bagaimanapun beliau masih boleh keluar kalau dia nak mencari makanan, pergi ke hospital mendapatkan rawatan dan meluaskan perniagaannya,” kata Harussani
Mengulas lanjut mengenai pencalonan itu Harussani berkata sebelum kerajaan memutuskan untuk mencalonkan Mastura hal tersebut telah dirujuk kepada beliau terlebih dahulu.
“Memang Perdana Menteri merujuk kepada saya dahulu, dia tanya bolehkah Mastura dicalonkan sebagai calon PRK Kuala Kangsar. Saya kata boleh. Menteri Besar Perak pun ada tanya saya dan saya kata boleh,” katanya.
Friday, May 20
WAKIL RAKYAT PUN KENA TIPU....... @PetraJayaMP
Wakil rakyat Pulau Pinang kena kapur mengenai Jambatan Ketiga Pulau Pinang.
Berikut adalah kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengenai dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya kerajaan Persekutuan menolak permohonan membina jambatan ketiga negeri itu.
Kenyataan Media Menteri Kerja Raya
Saya terkejut dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mendakwa Kerajaan Persekutuan telah menolak permohonan kerajaan negeri atau memberi kesukaran kepada mereka untuk membina jambatan ketiga Pulau Pinang berbanding terowong bawah laut.
Saya telah membuat penelitian di kementerian saya dan mendapati tiada permohonan seumpama itu mahupun perbincangan dengan kementerian ini bagi membina jambatan ketiga Pulau Pinang.
Selain itu. tiada sebarang rekod akan sebarang permohonan atau perbincangan mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang di mana ia turut memerlukan kelulusan daripada kementerian saya sebelum ia dibina atau dibuka kepada laluan trafik.
Mungkin pihak Ketua Menteri dapat memberi penjelasan bila permohonan itu dibuat dan bila kementerian ini menolak permohonan mereka untuk membina jambatan ketiga Pulau Pinang.
Saya amat berharap Kerajaan Pulau Pinang mengendalikan masalah politik dalaman antara gabungan Pakatan Harapan atau skandal, dan tidak cuba mempergunakan Kerajaan Persekutuan sebagai helah dan menyelamatkan diri.
DATO' SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
Menteri
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Wednesday, May 11
Prasarana Mahu Tingkatkan Perkhidmatan Tren Metro Mekah @azmiaziz60 @NajibRazak
Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan operasi Al-Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL), Mekah yang lebih mantap semasa musim haji tahun ini.
Bagi musim haji 2016, perkhidmatan MMMSL akan bermula pada 8 September atau 7 Zulhijjah dan berakhir pada 14 September bersamaan dengan 13 Zulhijjah. Menggunakan 15 tren 12-gerabak, perkhidmatan MMMSL akan mengendalikan lebih 350,000 penumpang sehari khususnya pada dua hari kemuncak haji pada 9 dan 10 Zulhijjah.
"Seperti yang kita sedia maklum, operasi sebenar perkhidmatan Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro ini adalah untuk tujuh hari sahaja tetapi, persiapan yang kami lakukan adalah berterusan sepanjang tahun berdasarkan jadual kerja yang telah ditetapkan.
"Ini termasuk operasi pra-percubaan selama 30 hari sebelum operasi, percubaan selama 60 hari dan Pelan Tindakan Kecemasan atau ERP (Emergency Response Plan) yang telah kami rancangkan pada 1 September ini.
Untuk operasi musim haji 2016 ini, perkhidmatan MMMSL akan bermula pada pada 8 September, bersamaan dengan 7 Zulhijjah, dan berakhir pada 14 September ataupun pada 13 Zulhijjah.
"Ketika tempoh operasi itu, kami akan mempunyai lebih 7,000 orang petugas termasuk kira-kira 400 rakyat Malaysia khususnya daripada Prasarana dan anak-anak syarikatnya," tambahnya.
Menurut beliau, kerja-kerja penyelenggaraan tren sebenarnya telah berjalan berterusan selepas musim haji yang lepas tetapi pada kadar minimum dan meningkat mengikut jadual tugasan. Dengan rangkaian sepanjang 18.1km yang menghubungkan lokasi-lokasi ibadah haji, laluan MMMSL mempunyai sembilan stesen – Arafah 1, Arafah 2, Arafah 3, Mudzalifah 1, Mudzalifah 2, Mudzalifah 3, Mina 1, Mina 2 dan Mina 3 (Jamarat).
"Secara am, terdapat cuaca yang tidak menentu di Mekah pada ketika ini kerana perubahan musim dengan terdapat beberapa kejadian hujan lebat dan ribut pasir di sekitar Arafah. Kami difahamkan bahawa cuaca ketika musim haji di bulan Zulhijjah nanti diramalkan panas," katanya.
Friday, May 6
Mengapa Kos Kertas Kerja Cecah RM305 juta @MpKotaBelud
1. Pada November 2015, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dari Pulau Pinang mengemukakan usul pada Sidang DUN supaya semua projek tambakan laut di negeri itu dibentang untuk pendengaran awam sebelum dimuktamadkan.
Bagaimanapun, lima ADUN PKR tidak mengundi manakala seorang wakil rakyat DAP menyokong usul berkenaan.
Insiden itu menimbulkan kemarahan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang mendakwa tindakan enam ADUN itu sebagai ‘menikamnya dari belakang’.
2. Susulan itu, Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang memecat dua ADUN PKR berkenaan daripada menjadi pengerusi anak syarikat Kerajaan Negeri pada Februari 2016. Tempat mereka diganti oleh dua Ahli Parlimen DAP, masing-masing dari Negeri Sembilan dan Selangor.
3. Pada 24 Februari 2016, seorang daripada ADUN PKR yang dilucutkan jawatan, YB Cheah Kah Peng, mendedahkan kepada media, antara sebab enam ADUN PKR dan DAP memutuskan untuk tidak menentang usul BN adalah berikutan Laporan Jalan Utama dan Projek Terowong yang disediakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam negeri.
Laporan berkenaan menyatakan, Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang bersetuju membayar RM138, 971, 572.61 bagi laporan kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk apabila laporan kebolehlaksanaan Terowong Pulau Pinang serta laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) tidak disiapkan.
YB Cheah dilaporkan berkata, ramai ADUN mendapati sukar membuat justifikasi terhadap bayaran sebesar itu bagi kajian kebolehlaksanaan.
4. Berdasarkan kajian kami dan kenyataan umum Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang, kami percaya bayaran itu adalah sebahagian daripada sejumlah RM305 juta yang diperuntukkan untuk kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk terperinci dan laporan EIA bagi projek Terowong Pulau Pinang serta tiga laluan berkaitan.
5. Kami berkongsi kebimbangan 6 ADUN berkenaan yang menyifatkan RM305 juta adalah harga yang amat tinggi untuk dibayar bagi sekadar kertas kerja dan laporan. Tambahan pula, keperluan pelaksanaan projek itu masih diragui susulan pergerakan trafik di Jambatan Pulau Pinang yang secara umumnya masih rendah.
Kami yakin, peruntukan sejumlah RM305 juta boleh dimanfaatkan untuk kebajikan penduduk Pulau Pinang. Jumlah RM305 juta adalah dua kali ganda berbanding RM176 juta yang dibelanjakan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang dari tahun 2009 hingga 2015 bagi Program Kebajikan Emas khusus buat warga tua, ibu tunggal, mereka yang mempunyai keperluan khas, pelajar, suri rumah, bayi baharu dilahirkan dan mahasiswa.
6. Lebih-lebih lagi, Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang melantik Consortium Zenith BUCG (CZBUCG) untuk menyediakan laporan kebolehlaksanaan ini bagi menentukan kesesuaiannya. CZBUCG adalah syarikat sama yang akan melaksanakan projek itu jika didapati bersesuaian.
Jelas sekali, Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang tidak memahami istilah “percanggahan kepentingan.”
Malah, syarikat subkontraktor pertama yang dilantik oleh CZBUCG pada tahun 2013 bagi melakukan kajian kebolehlaksanaan ialah Astral Supreme Construction Sdn Bhd, yang mengakui gagal menyiapkan laporan itu pada Ogos 2014.
Pemeriksaan lanjut di Pendaftar Syarikat (RoC) mendedahkan CZBUCG adalah pemegang saham utama yang mengawal pemegang saham Astral Supreme — sekali lagi menampilkan berlakunya percanggahan kepentingan.
Ketika projek berkenaan dianugerahkan pada tahun 2013, CZBUCG dilaporkan berkata, laporan berkenaan dijangka siap menjelang April 2014.
Selepas banyak kali tertangguh, kami kini dimaklumkan laporan kajian kebolehlaksanaan itu ditunda lagi ke tarikh yang tidak dinyatakan – gambaran bahawa keseluruhan projek itu akan ditangguh.
Beberapa laporan media menyatakan paling awal keseluruhan projek itu dapat disiapkan ialah pada tahun 2025.
7. Laporan kepada Bursa Malaysia oleh Ewein Berhad bertarikh 31 Mac 2015, mengesahkan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang membuat pembayaran pertama pada 17 Februari 2015, dalam bentuk kawasan perdana di tepi laut. Berdasarkan maklumat Bursa, syarikat usaha sama syarikat Ewein telah membeli kawasan tanah berkenaan daripada CZBUCG.
8. Pendedahan lanjut oleh Ewein Berhad menunjukkan dua perjanjian bertarikh 28 Disember 2015 dan 15 Januari 2016 telah ditandatangani untuk membeli dua lagi plot kawasan perdana tepi laut berhampiran Gurney Drive daripada CZBUCG.
Jika dihitung, ketiga-tiga perjanjian ini membabitkan pembelian tanah bernilai RM3.14 bilion daripada CZBUG yang sudah atau akan diberi oleh Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang sebagai bayaran projek walaupun kajian kebolehlaksanaan belum disiapkan.
9. Difahamkan, kos RM6.3 bilion bagi keseluruhan projek akan dibiayai oleh Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang menerusi bayaran dalam bentuk tanah perdana tepi laut kekal yang dikenal pasti seluas 110 ekar, dinilai mengikut harga tahun 2013.
Apa yang menimbulkan persoalan ialah mengapa Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang menetapkan harga tanah perdana mengikut harga tahun 2013 bagi projek yang hanya akan disiapkan 12 tahun akan datang iaitu pada tahun 2025?
Oleh kerana tanah perdana pinggir laut Pulau Pinang adalah aset cepat meningkat nilainya, ini bermakna kawasan seluas 110 ekar itu akan bernilai dua atau tiga kali ganda menjelang tahun 2025 – bermakna projek itu akhirnya akan menyebabkan rakyat Pulau Pinang menanggung kos RM20 bilion atau lebih.
10. Sebagai tambahan kepada membiayai sepenuhnya kos RM6.3 bilion itu, Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang turut memberi CZBUCG konsesi selama 30 tahun untuk mengutip tol bagi terowong berkenaan.
Ini jauh berbeza dengan amalan biasa perjanjian konsesi yang mana syarikat konsesi akan membiayai projek dan mengutip tol bagi memperoleh kembali pelaburan mereka.
Dalam hal ini, nampaknya Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang akan membiayai keseluruhan pembinaan bagi membolehkan syarikat terbabit mengaut keuntungan dan menikmati keuntungan pada masa depan menerusi kutipan tol.
Dan bukankah jalan bertol bertentangan dengan manifesto Pakatan?
11. Pendedahan berterusan berkaitan Taman Manggis dan banglo Ketua Menteri di Jalan Pinhorn yang dijual pada harga lebih rendah berbanding nilai pasaran, menarik tumpuan terhadap pelbagai perjanjian tanah negeri itu oleh Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008 bernilai RM40 bilion atau lebih.
1) Jelaskan mengapa kos keseluruhan pelbagai kajian mengenai projek itu yang pada dasarnya adalah kertas kerja, boleh mencecah sehingga RM305 juta?
2) Apakah penganugerahan untuk melakukan kajian ini dibuat secara tender terbuka? Jika ya, tolongan jelaskan mengapakah kajian kebolehlaksanaan awal dianugerahkan kepada pihak yang tidak melantik perunding atau pakar sepatutnya untuk melengkapkan tugas itu sebelum mengakui ia tidak boleh dilakukan.
3) Mengapa syarikat swasta itu menerima bayaran pendahuluan berjumlah RM139 juta walaupun kajian belum disiapkan?
4) Jika kajian kebolehlaksanaan mendapati projek tidak sesuai diteruskan, apakah Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang akan memperoleh kembali RM139 juta yang sudah dibayar?
5) Apakah syarikat swasta itu didenda kerana kegagalan menepati tarikh akhir projek yang dipersetujui?
6) Walaupun bersetuju membiayai sepenuhnya kos pembinaan, mengapa Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang bersetuju memberi konsesi tol selama 30 tahun kepada syarikat terbabit.
7) Mengapa Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang bersetuju membayar dengan menggunakan 110 ekar tanah perdana di tepi laut – bernilai RM6.3 bilion pada tahun 2013 – bagi projek yang hanya akan disiapkan paling awal pun pada tahun 2025, dengan mengambil kira kawasan yang telah dikenal pasti ini mungkin bernilai dua atau tiga kali ganda berbanding RM6.3 bilion pada tahun 2025?
Apakah ini bermakna kos sebenar projek bagi rakyat Pulau Pinang boleh melonjak tiga kali ganda dan mencecah RM20 bilion?
Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional
Sunday, May 1
Kerja Adalah Satu Ibadah & Anugerah Adalah Satu Tanggungjawab @azmiaziz60 @MyRapidKL
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia (Prasarana), Dato’ Azmi Abdul Aziz, yang dinamakan sebagai Tokoh Mahir 2016, berkata kerja adalah satu ibadah dan anugerah adalah satu tanggungjawab.
Menzahirkan rasa syukur atas pemberian Anugerah Perdana Menteri - ‘Tokoh Mahir 2016’ bersempena sambutan Hari Pekerja tahun ini, Dato’ Azmi berkata pengiktirafan daripada Kerajaan itu akan menguatkan lagi semangat beliau dan Prasarana untuk memperhebatkan usaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan pengangkutan awam negara.
“Warga kerja Prasarana tidak melihat kerja sekadar satu pekerjaan. Sebaliknya, kerja merupakan ibadah yang dilakukan dengan penuh keikhlasan demi meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam untuk rakyat. Usaha gigih ini menjadi pemangkin kepada Kumpulan Prasarana untuk memberi mutu perkhidmatan awam yang terbaik.
“Anugerah yang dikurniakan hari ini merupakan amanat dan tanggungjawab Prasarana untuk melipatgandakan usaha dalam memperkasakan lagi industri pengangkutan awam ini,” kata Dato’ Azmi.
Beliau sebelum itu telah menerima daripada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak trofi ‘Anugerah Perdana Menteri – Tokoh Mahir 2016’ pada majlis sambutan Hari Pekerja Kebangsaan 2016, yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Anugerah berkenaan turut membawa hadiah wang tunai RM15,000, yang Dato’ Azmi akan salurkan sepenuhnya kepada Badan Kebajikan Islam Kumpulan Prasarana (BAKIP), yang mana beliau menjadi Penaung.
Diperkenalkan pada 2014 sebagai ‘Anugerah Tokoh Mahir’ sebelum dinaikkan taraf pada tahun ini kepada Anugerah Perdana Menteri: Tokoh Mahir, anugerah berkenaan diadakan selaras dengan peranan JPK dalam mengarusperdana latihan kemahiran dan meningkatkan kualiti sumber manusia mahir secara berterusan.
Selain menghargai peranan, sokongan dan sumbangan individu dalam memartabatkan bidang kemahiran di peringkat nasional dan antarabangsa, Anugerah Perdana Menteri: Tenaga Mahir juga adalah sebagai satu galakan dan motivasi kepada penggiat-penggiat kemahiran untuk meningkatkan kualiti dan kepakaran tenaga kerja mahir.
Kata Dato’ Azmi, Prasarana sentiasa bekerja rapat dengan JPK dalam memperkasakan tenaga mahir di bidang pengangkutan awam termasuk mengadakan program-program dan kursus-kursus di bawah kendalian Akademi Rel dan Akademi Bas milik Prasarana.
Di bawah kepimpinan Dato’ Azmi, Prasarana telah dilantik oleh JPK sebagai badan peneraju industri bagi sektor pengangkutan ‘Greater KL’ dengan pentauliahan kepada Akademi Rel dan Akademi Bas sebagai Pusat Bertauliah jabatan berkenaan.
Sehingga hari ini, lebih 1,500 kakitangan Prasarana telah memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui pelaksanaan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Di samping itu, Prasarana turut membantu membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standards) bagi sejumlah 19 bidang pekerjaan.
“Ini adalah satu transformasi besar dalam sistem latihan kemahiran. Program-program ini bukan sekadar menaikkan status pekerjaan mereka ini; tetapi turut memudahkan mereka untuk berkembang maju dalam karier masing-masing khususnya untuk mendapatkan diploma dan ijazah dalam bidang kerja mereka sekarang,” kata Dato’ Azmi.
Dengan pengalaman di bidang pengangkutan awam menjangkau 30 tahun, Dato’ Azmi menyertai Prasarana pada 2 Januari 2015 sebagai Pengarah Urusan Kumpulan. Sebelum itu, beliau pernah bertugas di Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd (PUTRA), KLRT Consultancy & Engineering Services, Rapid KL Sdn Bhd., Scomi Engineering Berhad dan di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) di mana beliau menjadi Ketua Pegawai Pembangunan.
“Secara ikhlas, saya merasa bertuah untuk berkhidmat di bidang pengangkutan awam ini. Ia adalah sesuatu yang amat memuaskan hati (satisfying) secara peribadi. Di sini, anda bekerja untuk tolong orang dengan menyediakan pengangkutan awam, yang rata-rata diperlukan oleh semua orang.
“Orang menggunakan pengangkutan awam untuk bekerja dan mencari rezeki yang halal; untuk mengejar ilmu di sekolah dan instutusi pengajian tinggi, untuk merapatkan hubungan kekeluargaan, persahabatan dan talian silatul-rahim dan pelbagai urusan harian.
“Dengan perkhidmatan LRT, monorel dan bas yang kami sediakan, bisnes dapat bergerak dan ekonomi negara dapat dijanakan. Lebih mantap pengangkutan awam, bermakna lebih tinggi produktiviti sekali gus meningkatkan ekonomi negara. Kerana itulah, saya sentiasa mengingatkan semua staf Prasarana dan anak-anak syarikatnya bahawa kerja ini adalah satu ibadah,’ tambah beliau.
Dengan rangkaian pengangkutan tren dan bas Rapid KL serta bas Rapid Penang, Rapid Kuantan, Rapid Kamunting dan Bas Rapid Transit-Laluan Sunway, Prasarana kini menggendalikan lebih satu juta penumpang sehari. Jumlah ini dijangka bertambah dengan pembukaan penuh Projek Penyambungan LRT untuk kedua-dua Laluan Ampang dan Kelana Jaya, yang dijadualkan pada 30 Jun ini.
“Program-program transformasi pengangkutan awam negara ini akan kita teruskan di Prasarana. Kerana, ini adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami. Kami juga akan terus memperkasakan nama Malaysia di pentas global,” kata Dato’ Azmi.
Prasarana buat julung kali telah mengendalikan operasi dan perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) di Tanah Suci Mekah pada musim haji tahun lepas. Prasarana turut menyediakan kepakaran teknikal untuk membantu dalam ujian sistem semboyan MRT Purple Line Bangkok di samping menjalinkan kerjasama teknikal dengan MRT Jakarta
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Shiha dan Ieda Zikir Dinobat Juara Famili Duo Musim Keempat - SHAH ALAM – Persembahan bertenaga dan memukau pasangan adik-beradik Shiha Zikir dan Ieda Zikir melayakkan mereka merangkul gelaran juara musim keempat Fami...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com