Friday, July 15

Kami Tidak Berbangga Menentang Seseorang Yang Sudah Melepasi usia 90-an.


Barisan Nasional (BN) menyambut baik kelahiran satu lagi parti politik di negara ini dan ia merupakan lambang proses demokrasi yang sihat, kata Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Abdul Rahman Dahlan.

Mengulas penubuhan parti dan pakatan baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau berpandangan , perkembangan terkini itu hanya akan tambah melemahkan pembangkang dan mengukuhkan peluang BN mencatat kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang."BN sedia menghadapi apa juga keadaan," katanya

Semalam Dr. Mahathir dalam sidang akhbar yang dihadiri pemimpin pembangkang antara lain Lim Kit Siang dan Datuk Mahfuz Omar mengumumkan parti baharu yang akan menggerakkan kerjasama dalam kalangan parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun tidak menamakan presiden parti baharu itu selain menyatakan pendiriannya tidak berminat untuk bertanding dalam piihan raya kelak.

Menurut Abdul Rahman, pengumuman tidak mengejutkan banyak pihak kerana ia berkemungkinan disebabkan Dr Mahathir sudah bertahun lamanya `menyerang’ BN atau mungkin juga sebahagian besar wajah yang menyertai sidang media di Putrajaya semalam adalah mereka yang mempunyai pertikaian dengan pimpinan semasa.

Katanya, rakan pakatan baharu itu tidak mempunyai agenda sama untuk Malaysia sebaliknya mereka hanya memiliki `ikatan berbahaya’ berdasarkan kekecewaan melampau dan kegagalan menguasai sokongan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, BN akan mematahkan setiap langkah mereka hingga ke akhirnya dan jika pun ada kekesalan yang timbul dalam keseluruhan episod ini ialah BN terpaksa menentang Dr Mahathir yang sepatutnya menghabiskan sisa usianya sebagai seorang negarawan.

"Kami akan terus mempertahankan prinsip dan perjuangan parti. Kami akan mempertahankan pencapaian selama ini. Kami telah mengharungi pelbagai kepayahan dan cabaran lebih hebat sebelum ini.

"Kami berjaya mengharungi setiap satu daripadanya. BN akan terus mendekati rakyat dan meyakinkan mereka untuk tidak meletak kepercayaan terhadap pakatan rapuh diterajui oleh seorang individu yang hanya memiliki satu tujuan, iaitu menggulingkan Perdana Menteri sedia ada dengan apa cara sekalipun," katanya.

Namun, kata Abdul Rahman: "Percayalah, kami tidak berbangga menentang seseorang yang sudah melepasi usia 90-an. Bagaimanapun, memandangkan gendang sudah dipalu, BN akan berdepan sesiapa saja, tanpa mengira masa atau tempat demi tanah air tercinta."

6 comments:

Unknown said...

Relakslah bro..........kan kamu tak berbangga menetang
orang tua umor 91. Baling gelas pun tak pecah kata chief
Nazri, so jangan banyak-banyak sangat komen.
Nampak sangat macam dah ketar lutut.
Just diam.
Diam seribu bahasa, lebih bermakna.
Bila bising, cakap tak heran, tak berbangga, tak kisah,
tak berkudis, takda makna dan seribu lagi TAK, itu maknanya
kamu semua on the defensive, cuba menutup ketakutan.

Anonymous said...

Kami tak sabar menunggu parti Tun Mahatir yang baru.
Parti lama kami iaitu UMNO.
Kami ucapkan boleh belah...
Pimpinan korupsi..
pemimpin rasuah...
pemimpin ego..
bye... bye... UMNO

Anonymous said...

Harap parti pakatun menang besar nanti....
Klu kalah...macam2 songeh org tua tu nanti...bosan
Spekulasi dan ramalan sejak dia kluar parti pon dah tak boleh pakai....semuanya tak benar belaka.Dia bukan wali....:)
Mgkin para kroni dia perlu melabur kumpul dana utk parti pakaToon...maklumlah mrk dulu kaya krn mahdey.
Klu menang...masyuuuk lah.Iyelah...bnyk yg kena tutup oleh 1mdb...;) Entiti yg buat puak kaya raya nie meroyan sampai lupa mrk kini digelar munafik....

Anonymous said...

Salam

Maaflah tuan2 semua, sejak era Madey memerintah, saya dah benci cara dia mentadbir Negara dan dialah punca segala kerosakan yang berlaku di Negara ini.

Saya tak taulah macam mane penjilat madey boleh taksub dengan dia malah saya tengok penjilat2 ni sanggup buat ape saja untuk menyokong madey.

Sekarang kalau Madey nak tubuh parti atau nak join PAN dan lain2 parti pembangkang... saya tergelak besar pasal penjilat2 madey sanggup menyokong nye.

alahai alahai ... korang tak tau ke macam mane pembangkang kutuk giler org tua ni dulu ...ada yang panggil dia Mahafiraun ..... hahaha

kelakar kelakar ......last last org tua ni setuju nak bergabung dengan musuhnye dahulu yg kutuk gile2.

Nak kata nyanyuk karang penjilat madey marah lak ... tapi kenyataan bro2 penjilat .. ape nak buat madey no choice..." aku rela menjilat ludah ku. Buat pekak je la.. janji penjilat2 aku akan bersama aku "

Madey genius? ahahah kelakar kelakar.... kepala hotak genius.


Saya hanya tersenyum dan dalam hati berkata "padan muka ko madey"

Buat penjilat madey .. kamu semua tunggu le drama madey seterusnya.

Saksikan seterusnya bagaimana dia menjilat anu si mat Sabu, anu Lim Kit Siang, anu Maffuz dan anu Anwar?? ..... hahahah


Anonymous said...

Dah 91 tahun..agak agak bolih tahan macam umur nabi Noah tak...kalau macam tu punya panjang bolih kita pakat sokong..takut tak sempat jer lagi.

Anonymous said...

Mahathir memang geniuos.. sesiap pun tk boleh nafikan.. yg benar itu benar.. terbukti 22 tahun memerintah sebuah negara berbilang kaum.. jgn perkecilkan kegeniuosan manusia bernama mahathir.. sesiapa yg tak ngaku benda tu, mmg saja tanak ngaku.. sbb meluat kat dia..
Tetapi.. mungkin di penghujung ini.. nafsu dah kuasai diri..
Sedih sy dia mcm ni.. patutnya dia pergi sebagai wira negara dan dihormati.. tetapi dia cuba menjadi wira yg tk diperlukan pd akhir hayat beliau.. masyaAllah.. nafsu
Sedangkan kita kalau dah berumur.. kita islam lebih tahu apa yg patut kita lakukan dan hayati di hujung hayat ni.. drpd layan duniawi..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive