Beto Kusyairy Berdepan Cabaran Fizikal Dalam Filem Biopik Gayong
-
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Beto Kusyairy mendedahkan beliau kini
menghadapi masalah sakit tulang belakang (slip disc) yang membataskan
pergerakan teru...
Monday, August 29
Akhirnya Mahathir Bertemu Buku Dengan Ruas..
Menurut Tengku Razaleigh, satu cara untuk mengalahkan Mahathir adalah dengan membiarkannya sahaja beliau dan jangan berlawan dengannya. Dia kemudiannya akan jatuh dengan sendiri tanpa sebarang sebab.
Memanglah ketika itu Tengku Razaleigh sedang melawak dan orang sekeliling gemar akan kenakalannya. Tetapi, Pak Wan, bapa Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang pernah berkhidmat untuk Mahathir, berkata yang orang tua itu sukakan kontroversi dan suka berlawan. Jika tiada kontroversi atau sebarang pertelingkahan, dia akan menjadi bosan dan seterusnya cuba memulakan perbalahan. Mahathir tidak boleh bertahan lama tanpa terlibat dengan sebarang jenis pertelingkahan.
Inilah wajah sebenar Mahathir, yang pernah digelarkan sebagai ayam sabung (yang mana masih wujud di sebahagian Malaysia – iaitu sabung ayam). Siapa yang belum Mahathir cabar?
Mahathir bertelingkah dengan orang Cina pada 1969 (dan kalah pilihan raya umum pada tahun yang sama apabila orang Cina mengundi Yusuf Rawa daripada PAS sebagai pengajaran untuk Mahathir).
Mahathir bertelingkah dengan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman, yang digulingkan pada 1970. Mahathir bertelingkah dengan Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn, dan mengambil alih sebagai Perdana Menteri keempat. (Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak, meninggal dunia pada tahun 1976 sebelum sempat Mahathir bertelingkah dengannya – jadinya dia bertelingkah pula dengan anak Tun Razak).
Mahathir bertelingkah dengan orang Amerika, British dan Australia, sama seperti yang dilakukan oleh Idi Amin semasa dia memerintah Uganda. Malah, ramai yang menggelar Mahathir sebagai Idi Amin Malaysia, yang mana bukanlah satu pujian memandangkan Idi Amin dikatakan seorang yang gila dan berada di tangga kedua selepas Adolf Hitler.
Mahathir bertelingkah dengan Ketua Hakim Negara dan juga hakim-hakim yang lain. Mahathir bertelingkah dengan Seri Paduka Baginda Agong dan sembilan raja-raja negeri yang lain. Rasanya senarai dengan siapa yang Mahathir tidak bertelingkah adalah lagi pendek berbanding dengan yang dia pernah bersengketa.
Musuh kegemaran Mahathir adalah Singapura. Beliau menggelar Singapura sebagai Israel Asia dan orang Singapura tiada bezanya dengan Yahudi (ya, Yahudi kerana bagi Mahathir memusuhi Yahudi bakal menjadikannya popular dan terus kuat.
Benda yang Mahathir paling benci dalam dunia ini adalah kekalahan. Dia mesti menang dengan apa cara sekali pun, sama ada dengan adil ataupun tidak. Jika dia kalah, dia akan mati, secara literal mahupun kiasan. Bagi Mahathir, kekalahan lebih teruk daripada kematian.
Itulah yang terjadi kini. Mahathir sedang kalah. Dan dia tidak boleh menerima kenyataan itu. Perdana Menteri Najib Tun Razak tahu akan perkara itu. Oleh itu, Najib tahu cara yang terbaik untuk mengecewakan Mahathir. Setiap kali Najib mengecewakan Mahathir, dia akan melenting dan dia akan menjadi gementar.
Ketika dia membuat keputusan untuk menggulingkan Perdana Menteri kelima pada Jun 2006, Mahathir mengambil masa kurang daripada 3 tahun untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi kini telah lebih daripada 3 tahun, dan Najib masih lagi kuat. Bukan itu sahaja, Najib juga kini lebih kuat berbanding sewaktu mula-mula proksi Mahathir bertindak ke atasnya 2 tahun dahulu pada tahun 2014.
Sejak 2 tahun yang lepas pada tahun 2014 sehingga kini, Mahathir masih memperkatakan tentang isu 1MDB, tetapi Najib masih lagi kukuh. Najib sepatutnya jatuh setahun yang lepas pada Julai 2015, tetapi itu tidak berlaku. Nampaknya seperti tidak akan terjadi, tidak kiralah betapa bersungguhnya Mahathir mengungkit isu 1MDB.
Mungkin Mahathir tidak pernah mendengar kata-kata Albert Einstein : “Gila ditakrif sebagai melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali, tetapi mengharapkan hasil yang berbeza” (“The definition of insanity is doing the same thing over and over again, but expecting different results”).
Jika isu 1MDB sehingga kini masih lagi tidak mampu untuk menjatuhkan Najib, ia bermaksud isu itu tidak akan menjatuhkan Najib sehingga bila-bila pun. Sesungguhnya sangat jelas sekarang, pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil serentak di Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan bahawa 1MDB tidak boleh melakukan apa yang diharapkan oleh Mahathir. Adakah ianya tidak gila untuk Mahathir melakukan perkara yang sama berulang kali tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza?
Mahathir risau ini akan menjadi titik akhirnya. Secara realistiknya, Mahathir tidak mempunyai masa kerana usianya dan juga masalah kesihatannya dan Parti Pribumi barunya juga memerlukan masa untuk membuktikan keberkesanannya – jikalah ianya mampu sekali pun.
Parti Tengku Razaleigh iaitu Semangat 46 mempunyai peluang yang jauh kebih tinggi tetapi walaupun selepas 8 tahun, ianya masih tidak mampu berbuat apa-apa selain menguasai Kelantan. Selepas 8 tahun tidak kemana-mana, akhirnya Tengku Razaleigh membubarkan Semangat 46 dan menyertai semula Umno bersama-sama penyokongnya. Semangat 46 Tengku Razaleigh jauh lebih kuat daripada Parti Pribumi Mahathir.
Sebenarnya, kebimbangan Mahathir sama ada ini mungkin pengakhirannya adalah tidak kena pada tempatnya. Permulaan kepada pengakhiran Mahathir sebenarnya pada tahun 2013 apabila anaknya Mukhriz gagal untuk memenangi jawatan Naib Presiden Umno. Mahathir sepatutnya sedar ketika itu, tetapi dia tidak berbuat demikian, bahawa kegagalan Mukhriz mencerminkan hakikat bahawa era Mahathirisme telah sampai ke penghujungnya.
Sudah tentu, Mahathir menyalahkan Najib kerana kekalahan Mukhriz. Jika Najib telah mengarahkan sepupunya, Hishammuddin Hussein, untuk berhenti maka Mukhriz akan menang tempat ketiga dan bukannya keempat. Tetapi jika seseorang diperlukan untuk menawarkan Mukhriz kemenangan percuma sebelum dia boleh menang, ini bermakna nama Mahathir tidak lagi memberi apa-apa kesan.
Inilah realiti yang patut Mahathir sedar, tetapi tidak. Sebaliknya, dia menyalahkan Najib kerana kekalahan Mukhriz dan bukannya menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia telah meninggalkan Mahathirisme sebagai nota kaki dalam sejarah.
Oleh kerana kekalahan Mukhriz pada tahun 2013, Mahathir mula merancang serangan ke atas Najib sama seperti bagaimana Jepun merancang serangan ke atas Pearl Harbour. Dan Mahathir akan menggunakan 1MDB sebagai isu serangan hendap. Rancangannya mudah sahaja. Sabotaj IPO dan sekat pinjaman yang diperlukan 1MDB. Tiada syarikat di dunia yang mampu selamat daripada serangan jenis ini.
Ia mungkin kesilapan Najib, sama seperti kesilapan yang dibuat Amerika pada Disember 1941 apabila tidak menjangkakan pengkhianatan Jepun. Najib tidak menjangka akan dikhianati oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Cawangan Khas (SB), Timbalan Perdana Menteri beliau sendiri (Muhyiddin Yassin), Shafie Apdal (Naib Presiden Umno) , Peguam Negara (Gani Patail), T. Ananda Krishnan (yang sedang berurusan dengan 1MDB, termasuklah IPO), dan sebagainya.
Selepas serangan hendap itu – sama seperti selepas serangan hendap Jepun ke atas Pearl Harbour pada Disember 1941 – Najib melakukan serang balas. Sebagai contoh, Khairuddin Abu Hassan, atas arahan Mahathir, membuat laporan polis terhadap 1MDB pada bulan Disember 2014. Dalam tempoh sebulan Khairuddin telah diisytiharkan muflis dan rumahnya telah dilelong. Beliau kemudian hilang kedudukannya dalam Umno Bahagian Batu Kawan.
Tamparan ini ditujukan buat Mahathir dan bukannya pada Khairuddin. Ia adalah untuk menunjukkan bahawa Mahathir bukanlah sekuat yang difikirkan dan dia tidak mampu untuk melindungi orang-orangnya. Najib kemudiannya menyerang Muhyiddin, Gani, Shafie, Mukhriz, dan ramai lagi. Akhirnya, semua orang-orang Mahathir ditumpaskan dengan keadaan Mahathir tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melihat sahaja.
Apabila Mahathir sedar yang perjuangan ini akan menjadi tegang dan akan berakhir dengan kekalahannya sendiri, dia dengan senyap memberitahu Najib yang dia ingin menggantung sementara peperangan mereka pada 20 Januari 2015. Najib bersetuju walaupun para penasihatnya merasakan ianya hanyalah sekadar memberi Mahathir masa untuk merancang strategi seterusnya.
Para penasihat Najib menjangkakan lebih banyak pengkhianatan, tetapi sementara itu, layankan sahaja orang tua itu dan lihat apa yang dilakukannya. Mahathir tidak mahukan peperangan secara terbuka. Dia mahu perang gerila di mana dia boleh membaling batu tetapi tangannya tidak dapat dilihat. Mahathir mahu menampar Najib tetapi dia tidak mahu ditampar kembali. Itulah sebabnya dia perlu menggantung sementara peperangan mereka, untuk merancang langkah seterusnya.
Mahathir sedar bahawa serangannya perlu di lakukan secara senyap-senyap dan bukannya secara terang-terangan. Apabila dia menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi dia melakukannya secara terbuka. Tetapi dia tidak boleh melakukannya untuk kali kedua. Pertama sekali, dia menyerang Abdullah dan kini dia menyerang Najib. Orang akan berkata masalahnya ialah Mahathir dan bukannya Najib dan Umno akan menyokong Presidennya merangkap Perdana Menteri dan bukannya dia. Jadi perlakuan Mahathir tidak boleh dilihat maka dia perlu menggunakan proksi untuk melawan bagi pihaknya.
Dan yang lebih penting, ia mesti dilihat seperti Umno mahu Najib disingkirkan. Jadi Mahathir memerlukan orang dalam Umno untuk menyerang Najib. Jika pembangkang menyerang Najib maka Umno akan bersatu dan berdiri teguh di belakang Najib. Dan kuasa-kuasa anti-Najib dalam Umno tidak boleh bekerjasama dengan pembangkang atau dilihat berkhidmat demi kepentingan pembangkang. Ini adalah sangat penting untuk membolehkan plotnya berjaya.
Apabila Tengku Razaleigh, Musa dan sebahagian daripada Umno, iaitu Team B, menentang Mahathir, maka beliau membalas serangan itu dengan mengharamkan Umno, kemudian membuka parti baru (yang juga dipanggil Umno), dan tidak membenarkan lawannya menyertai parti baru itu. Oleh itu, Tengku Razaleigh dan pasukannya terpaksa menubuhkan parti mereka sendiri dan terus menyerang Mahathir dari luar Umno atau sebagai sebuah parti pembangkang yang bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain.
Itulah sebabnya Tengku Razaleigh gagal dan selepas lapan tahun, beliau menyerah kalah dan menyertai semula Umno.
Najib, bagaimanapun, jauh lebih bijak. Daripada melakukan apa yang Mahathir lakukan pada 1987-1988, Najib memerangkap Mahathir menyebabkan dia menggelabah sehingga dia sendiri meletakkan jawatan daripada Umno dan menyertai pembangkang. Apabila Mahathir melakukan hal itu, dia akan melakukan harakiri dan tidak akan lagi menjadi ancaman kapada Najib mahu pun Umno.
Dan pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini dan juga pilihan raya kecil serentak di Sungai Besar dan Kuala Kangsar membuktikan bahawa Najib adalah betul. Dengan meninggalkan Umno dan dengan bekerjasama dengan pembangkang, Mahathir sudah pasti berada di jalan yang membawa kepada kemusnahan diri.
Apa yang Mahathir tidak sedar adalah dia melakukan sebagaimana yang Najib mahu dia lakukan. Sebab itulah Najib hanya berdiam diri selama dia diserang. Pengkritik Najib mengatakan bahawa Najib mesti bersalah jika dia hanya berdiam diri. Kebenarannya adalah tindakan berdiam diri adalah terbaik untuk Najib dan tidak baik untuk Mahathir. Adakah Jepun membuat bising sebelum mereka menyerang Pearl Harbour? Mereka hanya menyerang tanpa sebarang amaran.
Bagaimanapun, Mahathir bercakap terlampau banyak. Dia juga bersuara sebelum dia bertindak. Pada mulanya, dia berlakon seperti tidak tahu-menahu tentang 1MDB. Menurutnya, apa yang dia tahu hanyalah apa yang dia diberitahu. Menurutnya, dia menentang Najib kerana terlampau ramai pemimpin Umno yang meminta pertolongannya secara rahsia. Sekarang dia nampak seperti tahu begitu banyak dan memberi sebab-sebab lain mengapa dia bertindak terhadap Najib.
Memandangkan cubaan untuk menjatuhkan Najib dari dalam Umno akan gagal, Mahathir menukar taktik dan kini cuba untuk menjatuhkan Najib dari luar Umno, dengan bantuan pembangkang, seperti apa yang Tengku Razaleigh cuba lakukan selama lapan tahun dan gagal.
Mula-mula Mahathir mendapatkan sokongan pembangkang dengan melancarkan Deklarasi Rakyat (People’s Declaration), dan juga kempen Selamatkan Malaysia (Save Malaysia). Pada permulaannya, ia menerima sambutan yang baik daripada pembangkang yang merasakan mereka boleh menggunakan Mahathir untuk menjatuhkan Umno. Tetapi apabila mereka sedar Mahathir yang cuba untuk menggunakan pembangkang, dan sebenarnya beliau mahu menjatuhkan Umno dan Najib supaya anak lelakinya dapat diselamatkan, pembangkang mula menjauhkan diri.
Kemudian, pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil serentak di Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan Mahathir telah ‘hilang taringnya’. Malah, Mahathir mungkin menjadi liabiliti jika dia dibenarkan menyertai salah satu parti pembangkang.
Pembangkang kemudiannya mengumumkan yang mereka sedia bekerjasama dengan Mahathir jika dia menubuhkan partinya sendiri. Ini cara halus pembangkang untuk menghapuskan Mahathir. Mereka tahu yang jika Mahathir dibenarkan untuk menyertai salah satu parti pembangkang, ia akan membawa kesan yang buruk.
Pembangkang mahu menjauhkan diri daripada Mahathir, tetapi dalam masa yang sama masih dekat kerana beliau mungkin boleh digunakan untuk menjatuhkan Umno. Ianya seperti cuba mendapat kesemua kelebihan yang ada.
Pembangkang tidak pasti sama ada Mahathir boleh membantu mereka ataupun dia akan gagal dan kemudiannya menyebabkan pembangkang gagal bersama. Jadinya, ia lebih baik jika Mahathir mempunyai partinya sendiri daripada menyertai parti pembangkang yang sedia ada. Kemudian, jika parti baru Mahathir tidak berjaya, mereka boleh mebuangnya sama seperti yang mereka lakukan ke atas PAS tidak lama dahulu.
Dan inilah apa yang Najib mahukan. Jika Mahathir dan orang-orangnya menyertai salah satu parti pembangkang, ia akan menjadi situasi yang berbeza. Itu bermakna dia telah diterima. Tetapi jika Mahathir dan orang-orangnya tidak diterima ke dalam pembangkang dan terpaksa menubuhkan parti sendiri, itu adalah situasi yang lebih baik untuk Najib dan Umno. Kronologi Semangat 46 telah membuktikan ini dan tiada siapa yang boleh melawan sejarah.
Parti baru Mahathir hanya mempunyai satu tujuan, iaitu untuk menggulingkan Najib. Persoalannya ialah: apa yang akan mereka lakukan jika dan apabila Najib digulingkan? Memandangkan tujuan Parti Pribumi Mahathir adalah untuk menggulingkan Najib, adakah parti ini akan terus wujud atau adakah ianya akan dibubarkan (seperti Semangat 46 pada tahun 2006) jika dan apabila Najib digulingkan?
Pribumi berharap ia akan dapat bertahan dengan merampas undian daripada Umno. Bagaimanapun, Lim Kit Siang tidak merasakan yang ia akan terjadi. Pribumi sebenarnya ‘memancing dalam kolam yang sama’ dengan pembangkang, bukannya dalam ‘kolam’ Barisan Nasional. Jadinya, setiap undian yang Pribumi dapat menyebabkan satu undian kurang untuk pembangkang.
Pribumi hanyalah sebuah parti politik sama seperti Semangat 46 dan PKR. Umno, bagaimanapun, adalah lebih daripada sebuah parti politik. Ianya sebuah institusi Melayu. Dan itulah yang membezakan Umno dengan mana-mana parti Melayu atau parti dengan asas sokongan daripada orang Melayu.
Sekurang-kurangnya semasa Semangat 46 dan PKR ditubuhkan, mereka berjaya menarik ramai ahli dan pemimpin Umno. Bagaimanapun, Pribumi bergantung kepada sokongan pembangkang. Akan tetapi, terdapat 7 parti pembangkang utama yang juga sedang ‘memancing dalam kolam yang sama’. Di situlah permasalahannya.
Mahathir bukanlah ancaman yang sama seperti tiga tahun yang lepas iaitu 2013. Parti Pribumi barunya memastikan yang Umno setaraf dengan musuh luaran. Apa yang lebih penting adalah hakikat bahawa Mahathir mahupun Umno tidak mempunyai sebarang isu yang boleh digunakan untuk menentang Umno.
Mahathir dan Pribumi hanya mempunyai satu isu, iaitu 1MDB. Mereka berharap isu ini akan menjatuhkan Najib dan Umno. Tetapi jika ianya boleh berbuat sedemikian, tentunya ianya sudah pun terjadi semasa pilihan raya negeri Sarawak atau pun pilihan raya kecil berkembar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Ini mengingatkan kepada strategi Mata Lebam pada tahun 1999. Strategi itu hanya elok digunakan untuk satu tahun ataupun bagi satu pilihan raya sahaja. Menjelang 2004, isu itu sudah pun basi. PKR telah pun diberi amaran tentangnya pada 2001 tetapi mereka tidak mengendahkannya. Jadi, pada 2004 mereka dihapuskan kerana mereka masih lagi bercakap tentang Mata Lebam apabila pengundi sudah bosan dengan isu itu.
Adakah Mahathir dan Pribumi akan belajar daripada perkara itu? Atau adakah mereka, bersama-sama dengan PKR dan DAP, akan terus mengetengahkan isu 1MDB yang telah basi dan kemudiannya merana dengan nasib yang sama seperti tahun 2004, pilihan raya umum yang paling teruk bagi pihak pembangkang dalam sejarah Malaysia?
Mahathir perlu sedar yang dia tidak boleh terus memperjuangkan perkara yang sama dan berharap untuk terus kekal relevan dalam tempoh yang lama. Lagu hit pun tidak akan kekal nombor satu dalam carta dalam jangka masa yang lama. Tetapi Mahathir seakan tidak akan menukar agendanya walaupun agendanya sudah lapuk.
Kebiasaannya, jika anda mahu tahu kebarangkalian hasil mana-mana pilihan raya umum, anda akan bertanya kepada ‘bookies’. Sejak 1980-an lagi, kebarangkalian yang diramalkan ‘bookies’ adalah petanda baik untuk mana-mana pilihan raya. Pilihan raya negeri Sarawak dan juga pilihan raya kecil serentak itu juga telah diramalkan dengan tepat oleh ‘bookies’. Dan ramalan ‘bookies’ ke atas Parti Pribumi Mahathir adalah tidak baik. Ia menggambarkan kemungkinan masa depannya.
Dengan kes penceraian Nika Gee bakal diperdengarkan yang melibatkan Muhyiddin, saya tidak fikir masa depan Parti Pribumi Mahathir akan cerah. Pribumi sebenarnya telah diserang sejak desas desus ia akan ditubuhkan lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Doktor tersilap potong kaki pesakit - Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada pembedahan, ...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2016
(123)
-
▼
August
(12)
- Akhirnya Mahathir Bertemu Buku Dengan Ruas..
- WALAUPUN ARTIS DAYANG ADA ALASAN NAIK LRT @MyRapid...
- TUN MAHADIR JANGAN KACAU BANGSA JOHOR.....?
- #MyLRT3 #RakyatDidahulukan Beri Menafaat Pada 70,0...
- ADAKAH MAHADIR MAMPU LEMBUTKAN TENGKUK PEMBANGKANG...
- Mukhriz Mahadir Elok Berhenti Jadi Politikus.......?
- Projek Rel #LRT3 Bandar Utama-Klang @MyRapidKl @Az...
- TUN MAHADIR SUKA LUDAH LANGIT JATUH KE MUKA SENDIR...
- PARTI MAHADIR PRIBUMI TAK ADA AHLI.....
- LRT, Monorail percuma Ahad ini sempena KL Marathon...
- TUN MAHADIR BERBOHONG.......?
- SIKAP MUHYIDDIN YASIN YANG PERLU RAKYAT TAHU.....
-
▼
August
(12)
7 comments:
Apa dah jadi! Ayam patuk padi. Itek sudu dedak campaur nasi basi. Madey buat hal lagi rakyat dah lali. Patut dia selak kain sendiri. Masih kah ada lagi 2 biji, atau anak2 dah bawa lari.
Dah muak dgn mainan politik org tua tu.Dah tahu sgt standard SOP(hehehe) yg akan dia guna utk menjatuhkan lawan.Ingat dia hebat sgt.Kuasa Allah swt lebih hebat.Mcm lah tak ada dosa langsung dlm tempoh 22 tahun.Lebih teruk dan lebih dashyat dpd yg ada skrg.
Mmg benar...tak ada guna melayan karenah dia skrg.Buang masa jer krn dia penuh dgn ego dan tak akan mengubah pendiriannya.Biarlah selagi nyawa dikandung badan...tak guna melayan manusia perasan hebat tetapi dosa lama semakin terserlah.
korang mengata madey macam2.kononnya salahguna kuasa la, kaki gaduh la, etc.tp aku yakin jasa madey sepuluh kali ganda lagi baik dan elok dari PM pujaan korang yang bakal melingkupkan parti amno sikit masa lagi..korg boleh menyalak,memaki dan hina org tua 91 tahun tu sampai terjelir lidah tp PM korg xkan dpt bertahan lagi.sampai PRU nanti kita tgk sape menang dan sape kalah.
sebok dgn sapa menang atau kalah. yg kalah nanti masih org melayu sbb org melayu sendiri yg lacurkan bangsa dan agama sendiri. yg bertepok tangan si komunis yg dia ludah dulu dan jarum2 anak buah cinpeng dan tunggu masa melayu yg kalahkan melayu. yg tolongkopkan org melayu sbb kuman dah menebal dalam hati.
tun m sepatutnya dah boleh betsama keluarga sendiri yg compangcamping gagal memimpin dlm rumahtangga sendiri. matinya dgn mengucap politiknya tuhannya.
Klu najib tak ada...ramai lagi pemimpin2 lain dlm parti yg berkaliber.
PgayR...ada?
Dapigs...ada?
Mahdey???Hanya pandai mengata..mengutuk..memfitnah org...dia bagus sangat kerrrrr???10 kali dia dikatakan hebat..10 kali juga dia buat taik....ptuiihhh
Klu mahdey bersara mcm org2 lain...tak akan timbul sebarang karenah.
Gilanya hanya nak pm ikut telunjuk dia demi kesenangan waris dan para kroni.Nak kata dia tak pernah buat silap...bnyk lagi kesilapan yg mahdey telah dan pernah lakukan....
Selagi masih bernyawa, selagi itu akan berjuang untuk tumbangkan pemimpin umno supaya kedudukan boboi botak dia menjadi PM terlaksana.
Ingat orang tua tu nk beri laluan pada muhyidin supaya jadi PM dgn mudah ke?? Kirim salam la.. lagi letak syarat ada la.. tgk apa perjanjian mamak tua tu dgn paklah sblm dia bersara dulu cukup la. Hanya boleh jadi PM untuk satu penggal je, kemudian kena beri pada najib.
Muhyidin pun bakal kene kencing dengan madey la...
Post a Comment