Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna
-
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna Pengumuman U Mobile dianugerahkan sebagai
pembekal...
Saturday, September 17
KESIAN AHLI BUNGA PPBM DIPERALATKAN MAHADIR....
Anggota PPBM Diperalatkan Sebagai Batu Loncatan Capai Kepentingan Peribadi - Abdul Rahman Dahlan
Orang ramai yang ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu sedar bahawa mereka akan hanya dijadikan batu loncatan diguna untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tidak dapat dinafikan matlamat PPBM adalah untuk kepentingan peribadi dan bukan membela nasib rakyat.
"Perjuangan PPBM ini hanya untuk mengaibkan perdana menteri; memastikan beliau (Najib) turun daripada jawatan... Kalau Najib turun sebagai Presiden UMNO, adakah PPBM akan terkubur?.
"Kalau begitu Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin kena berterus terang dengan mereka yang sedang giat diminta untuk menjadi ahli.
"Saya rasa mereka kena berterus-terang bahawa perjuangan mereka hanyalah perjuangan peribadi untuk melihat Najib diturunkan, tidak kurang dan tidak lebih daripada itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan serentak sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Larut di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Muhyiddin baru-baru ini yang bersetuju untuk meletakkan agenda pembebasan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara untuk bersama dalam pakatan pembangkang.
Abdul Rahman yang juga Pengarah Strategik dan Komunikasi Barisan Nasional menarik perhatian apabila berkata mereka yang menjadi ahli PPBM akan terbiar begitu sahaja selepas matlamat jahat parti itu untuk menjatuhkan Najib tercapai.
Selain itu, Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata walaupun pelbagai taktik jahat diguna untuk menjatuhkan Najib, namun anggota UMNO di semua peringkat tidak sedikitpun terpedaya.
Sebaliknya, anggota UMNO terus mengiktiraf Najib sebagai perdana menteri yang mempunyai visi serta misi jangka panjang untuk memajukan negara.
"Kita bukan hanya ada perdana menteri yang duduk di pejabat tapi yang sering memikirkan strategi untuk majukan negara dari segi ekonomi dan politik.
"Saya rasa orang dah jemu dengan taktik yang digunakan Dr Mahathir dan Muhyiddin," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Beto Kusyairy Berdepan Cabaran Fizikal Dalam Filem Biopik Gayong - KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Beto Kusyairy mendedahkan beliau kini menghadapi masalah sakit tulang belakang (slip disc) yang membataskan pergerakan teru...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2016
(123)
-
▼
September
(18)
- MAHADIR AKAN KUBURKAN ANWAR IBRAHIM........?
- DAP TAKUT HILANG KUASA........?
- #Formula12016 Bersama @MyRapidKL Konsert #Usher @A...
- #BarisanSampah Atau #BarisanRakyat
- TAHNIAH TUN MAHADIR PECAHKAN PEMIMPIN PKR...
- Otai DAP Akui LKS Perguna Tun M Untuk Guling BN
- TUN MAHADIR IBARAT SAMPAH YANG TIDAK BERGUNA.....
- KESIAN AHLI BUNGA PPBM DIPERALATKAN MAHADIR....
- PENGORBANAN SEORANG AYAH DEMI TUGASAN #MMMSL @Naji...
- DEPA TAK LUPA DOSA MAHADIR.......?
- Menteri Kabinet Bijak Yang Perlu Dicontohi
- JOHARI VS KADIR JASIN......
- LRT percuma 3 hari, diskaun 50% Hari Malaysia @Naj...
- JERAT MENANTI ANAK MUDA YANG INGIN MEMBELI RUMAH @...
- EKONOMI MALAYSIA MASIH STABIL @mpkotabelud
- ASAL DARI MUAR,KISAH KAPTEN TREN ARAB @razaliibrah...
- TAMBANG @MyRapidKL Diskaun 50% LRT & Monorel Diper...
- DAP TAK SIASAT SKANDAL MASUK PINTU BELAKANG....
-
▼
September
(18)
8 comments:
Yg peliknya hanya dua tiga orang aje menteri yg berani bersuara..Yg lain dari MCA MIC takde telor..macam sial biawak biawak hidup dlm BN ni.
Rasanya Anon 12:15 AM lagi sial kut. Orang lain relax je.
Teruskan perjuangan TDM.
salam
ramai juga kena tipu kalau ikut jurublog..
takpelah kena tipu asalkan pemimpin bunga ni taklah dapat dermn 2.6 bilion...
kalau nak bes lagi rasanya baik tanya husni nape balik dari mekah dia buat keputusan tuk berhenti dari jawatan menteri n semua post dalam umno....
ni kawan teka je ek..nak lambung tdm kuat2 skit...ada orang kata mahafiraun, mahazalim, pendusta hadis, mencerca nabi saw ni agak glamer kat tanah suci...kita anggaplah diaorang tak tahu pasal ni sbb tu duk puji sangat tun...husni kata dia mendapat kemudahan mengerjakan umrah dengan sepantasnya...kawan teka dia dapat kemudahan n pakguard yang teman dia tu duk sebut mahathir good...ni kawan teka je...
apa agaknya dia nak buat bila dia duk dalam satu parti yang duk maki hamun, sindir n pinggirkan tun n dia pun duk subahat skali tapi dia pergi umrah n kerjakan umrah orang tu duk sebut nama tun...siapa tun dr mahathir bagi orang d tanah suci....ni kawan teka je...anggaplah kawan berlebih lebihan dalam hal ni..yelah orang kata orang yang suka kat tun ni macam mendewa2kan tun...anggaplah apa sahaja dekat kawan...tapi tak smapai mendewa2kan dia tu taklah...
gie7
Ya...teruskan perjuangan utk memewahkan anak dan kroni..tdm.
Silap tun sendiri la...
Klu dia senyap dan menikmati pencen dia dgn aman...semua tu tak akan berlaku.
Era tun jadi pm pun tak semuanya elok.Skandal kewangan dan kehakiman pun hancusss tapi ada org peduli sgt.Setelah tun kacau org lain...org pun kacau dia balik.Baik dia berehat jer...
Mat, berapa banyak dedak hang dapat? Bodoh tu sorok2 lah sikit, jgn nak tunjuk sangat!!!.
Ramai yang tengah tunggu dedak cap bunga raya. Dengarnya lagi sedap sebab made in Cina, diimport oleh DAP sebagai peraih dedak.
Post a Comment