Beto Kusyairy Berdepan Cabaran Fizikal Dalam Filem Biopik Gayong
-
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Beto Kusyairy mendedahkan beliau kini
menghadapi masalah sakit tulang belakang (slip disc) yang membataskan
pergerakan teru...
Friday, September 30
MAHADIR AKAN KUBURKAN ANWAR IBRAHIM........?
Tun Dr Mahathir Mahathir mempamerkan belang politiknya sekali lagi. Semakin hampir pilihanraya umum ke-14, semakin gesit Mahathir menyusun langkahnya mahu mengepalai pembangkang.
Setelah berjaya dalam pusingan pertama menguji tahap penerimaan parti-parti pembangkang terhadap beliau dan partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), beliau kini menyusun langkah memasuki litar politik kedua.
Kali ini Mahathir bertindak lebih berani. Beliau mengacah kesepaduan dan ketulusan parti-parti pembangkang apabila melontarkan nama presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri.
Mahathir memang maklum bahawa Pakatan Harapan – DAP, PKR dan Amanah -- sudah mengambil pendirian bahawa jika mereka menumbangkan Umno-BN, calon perdana menteri ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun dalam satu ceramah di London minggu lalu, Mahathir melontarkan nama presiden partinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bakal perdana menteri jika pembangkang menang PRU ke-14 kelak.
Sebagai seorang ahli politik veteran, Mahathir sudah pasti dapat menduga bahawa tindakannya itu pasti mengundang reaksi daripada pemimpin-pemimpin pembangkang.
Di sini jelas kelicikan Mahathir. Beliau ingin tahu berapa ramai di kalangan pimpinan pembangkang yang sudah mula menilai politik pembangkang dari luar kepompong pemikiran reformasi Anwar.
Mahathir mahu mengukur sejauh mana kemunculan beliau dan PPBM dalam senario politik negara sudah mula mengubah cara berfikir dan bertindak pembangkang.
Lebih tepat lagi Mahathir mahu menguji sejauh pengaruh dan kepemimpinannya boleh menggerhanakan karisma Anwar yang selama ini memonopoli pengaruh kepimpinan pembangkang.
Yang nyata Mahathir sudah mendengar sendiri pengumuman bekas musuh nombor satunya, Lim Kit Siang bahawa beliau sanggup menyokong pendirian dan perjuangannya.
Beliau juga dapat menyelami bahawa di kalangan pimpinan PAS masih ada yang mengambil sikap tegas dan tidak mahu langsung mendekati apatah lagi mahu bekerjasama dengan Umno.
Mahathir juga dapat membaca persepsi umum bahawa pembangkang sebelum ini terkesima dengan karisma dan bersimpati dengan nasib politik Anwar, adalah tidaklah begitu tepat.
Sejak dibebaskan pada 2004, Anwar menghadapi saingan daripada Tun Abdullah Badawi, seorang pemimpin Umno yang dianggap lemah oleh Mahathir sehingga Anwar mampu memadamkan majoriti dua pertiga Umno-BN pada PRU 2008.
Mahathir juga maklum bahawa janji Anwar mahu mengambil alih kerajaan dengan memancing beberapa ahli parlimen BN pada 16 September 2008 gagal ditunaikan dan ini mengecewakan ramai penyokong Pakatan Rakyat ketika itu.
Namun politikus veteran itu sedar bahawa ramai pemimpin Pakatan Rakyat ketika itu hanya memendamkan kekecewaan mereka kerana tiada pemimpin lain yang dapat menandingi kaliber Anwar.
Kini Anwar dalam penjara. Mahathir pula sudah mula diterima dalam barisan pembangkang. Mahathir juga menyedari bahawa PRU ke-14 mungkin berlaku dalam tempoh terdekat. Masa ini paling sesuai menggugah mitos kepimpinan Anwar.
Selain itu, Mahathir juga mungkin tidak lupa kesilapan besar Anwar mahu menjadi Menteri Besar Selangor dan menjadikan negeri itu papan anjal politik menebar pengaruh dan kekuatan politik pembangkang seluruh negara.
Langkah Kajang yang digerakkan Anwar bukan sahaja menghumbannya ke penjara buat kali kedua, ia juga melebarkan lagi rekahan politik dalam partinya sendiri.
Persoalan siapa bakal perdana dilontarkan Mahathir dalam ceramah di luar negara adalah semboyan politik untuk mengisyaratkan bahawa beliau bersedia kembali mengungguli politik Malaysia.
"Tapi pada masa ini kita belum buat keputusan, kecuali jika pembangkang menang, besar kemungkinan perdana menteri adalah Muhyiddin.
"Tetapi ia bergantung kepada parti dan ia juga bergantung kepada rakan pakatan yang lain mengenai siapa yang sepatutnya menjadi perdana menteri," katanya.
Maknanya, Mahathir langsung tidak mengambil kira untuk memberi peluang Anwar dibebaskan dan kemudian diusahakan untuk menjadi perdana menteri yang sah. Dalam perkataan lain, Mahathir tidak mahu Anwar bebas.
Beliau juga sempat menyelitkan beberapa kebarangkalian yang mungkin berlaku di antaranya ada pihak yang akan kecewa jika idea siapa bakal perdana menterinya jadi perbincangan utama.
Namun Mahathir tetap memajukan ideanya itu dengan perakuan bahawa jika Muhyiddin dipilih, partinya, PPBM sudah ada mekanisme untuk mengawal perdana menteri supaya tidak mutlak berkuasa.
"Perdana menteri masa depan tidak akan terlalu bebas kerana dalam parti baru (PPBM), kita mempunyai bukan sahaja presiden tetapi juga pengerusi," katanya.
Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PPBM berkata, pengerusi parti itu perlu berunding mengenai urusan kerajaan untuk memastikan bahawa perdana menteri tidak membuat keputusan sendiri.
"Sudah tentu beliau mempunyai kabinet. Tetapi kabinet kadang-kadang menjadi terlalu patuh kepada perdana menteri kerana beliau melantik mereka, (maka) mereka tidak akan menentang.
"Parti baru (PPBM), kami memastikan kuasa presiden akan tertakluk kepada perjanjian dengan sekumpulan AJK di dalam parti," katanya.
Yang pasti kempen melobi untuk meletakkan PPBM sebagai parti peneraju sudah bermula. Seraya itu Mahathir pun sudah memberi isyarat bahawa jika PPBM memimpin pembangkang, beliau akan terbabit langsung dalam pemerintahan Malaysia.
Tinggallah Anwar meronta-ronta dalam penjara melihat bagaimana Mahathir menyambar dan mengambil alih teraju kepimpinan Barisan Rakyat dari genggamannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Doktor tersilap potong kaki pesakit - Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada pembedahan, ...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2016
(123)
-
▼
September
(18)
- MAHADIR AKAN KUBURKAN ANWAR IBRAHIM........?
- DAP TAKUT HILANG KUASA........?
- #Formula12016 Bersama @MyRapidKL Konsert #Usher @A...
- #BarisanSampah Atau #BarisanRakyat
- TAHNIAH TUN MAHADIR PECAHKAN PEMIMPIN PKR...
- Otai DAP Akui LKS Perguna Tun M Untuk Guling BN
- TUN MAHADIR IBARAT SAMPAH YANG TIDAK BERGUNA.....
- KESIAN AHLI BUNGA PPBM DIPERALATKAN MAHADIR....
- PENGORBANAN SEORANG AYAH DEMI TUGASAN #MMMSL @Naji...
- DEPA TAK LUPA DOSA MAHADIR.......?
- Menteri Kabinet Bijak Yang Perlu Dicontohi
- JOHARI VS KADIR JASIN......
- LRT percuma 3 hari, diskaun 50% Hari Malaysia @Naj...
- JERAT MENANTI ANAK MUDA YANG INGIN MEMBELI RUMAH @...
- EKONOMI MALAYSIA MASIH STABIL @mpkotabelud
- ASAL DARI MUAR,KISAH KAPTEN TREN ARAB @razaliibrah...
- TAMBANG @MyRapidKL Diskaun 50% LRT & Monorel Diper...
- DAP TAK SIASAT SKANDAL MASUK PINTU BELAKANG....
-
▼
September
(18)
3 comments:
Sebenarnya Dr M tidak berani melonjakkan nama Anwar Ibrahim ke atas dan kehadapan sebagai calun Perdana Menteri kerana beliau ada kebimbangan sendiri. Dr M tidak dapat menyelam ke dalam hati Anwar Ibrahim akan kejujuran nya. Mereka masih lagi syak wasangka antara satu sama lain. Katakan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan disebabkan dendam nya keatas Dr M masih tebal kerana menyumbat nya ke dalam penjara, sebagai Perdana Menteri beliau ada banyak pilihan untuk mengambil tindakan balas dendam.
Ini lah yang paling di takutkan oleh Dr M sebenarnya.
Kesian Anwar. Tak habis2 di buli dan dilanyak oleh Mahathir!!! Sudah2lah tuuu.... (Melanyak selama 18 tahun... kira lama tuh!!!)
Dan madey lbh takut akan kekuatan nuar jika nuar jd pm.Madey gerenti menikus jika nuar mggunakan pengalaman madey menangkis segala musuh2nya dari luar dan dalam.Dlm umur dan fizikal madey semakin di pghujung...madey perlu org kepercayaannya utk memegang jwtn pm utk meneruskan agendanya yg terhakis sejak najib jd pm.Madey sedar nuar lbh vokal dan cekap memanipulasi isu utk menyokongnya jika berlaku perseteruan dan madey gerenti tersungkur berbanding ketika sedang menyerang najib skrg.
Hanya org yg boleh dijadikan boneka shj akan dicanang2 madey sbg pm dan org itu bukanlah anwar ibrahim.
Post a Comment