Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna
-
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna Pengumuman U Mobile dianugerahkan sebagai
pembekal...
Monday, September 19
TUN MAHADIR IBARAT SAMPAH YANG TIDAK BERGUNA.....
Ketika Nazri Aziz membuat komen menyatakan Mahathir hanya membuang masa YDP Agong untuk bertemu dengan baginda, ramai pula yang menempelak Nazri tanda tidak menyukai kenyataan yang dibuat oleh Nazri Aziz itu.
Mereka melihat kononnya ia datang dari ego seorang Menteri UMNO.
Namun dari kesemua mereka amat sedikit pula yang mengambil intipati apa yang diucapkan oleh Nazri Aziz itu perkara yang benar ataupun tidak.
Kerana sudah berpihak dan benci kepada Nazri dan menyanjung Tun Mahathir membuta tuli, maka tiada ruang untuk berfikir lagi.
Sebenarnya , apa yang dinyatakan oleh Menteri UMNO itu banyak kebenarannya.
Negara kita tidak mengamalkan sesuatu “demand” atau “kehendak” seperti yang dimahukan oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir melalui pengumpulan tandatangan.
Perdana Menteri Malaysia naik melalui sistem undi dan parti mana yang banyak jumlah kerusinya.
Bahkan parti yang jumlah kerusinya sedikit pun, pemimpinnya boleh jadi Perdana Menteri jika komponen yang lain sanggup bersatu dalam penjumlahan kerusi.
Maka parti yang banyak kerusi sudah tentulah mahukan wakil dari parti mereka yang memimpin, walaupun memberi sokongan kepada parti yang jumlah kerusinya sedikit itu "legally right", namun amat jarang bahkan belum pernah berlaku lagi di Malaysia.
Ketika Barisan Nasional menang PRU13, pihak pembangkang telah bermain persepsi bahawa mereka telah menang "popular vote” dan BN katanya telah tewas.
Tetapi mereka lupa, sistem pemilihan berdasarkan kerusi dan bukan "popular vote".
Parti parti berlawan untuk mendapat penjumlahan kerusi, dan bukan "popular vote".
Jika Raja Petra menyatakan bahawa Mahathir terduduk diam ketika ditanya oleh Yang Dipertuan Agong, maka hal itu ada kebenarannya.
Masakan tidak, Mahathir mendakwa ada 1.4 juta tandatangan deklarasi tetapi apakah perkara itu sahih kerana sudah ada pihak mendedahkan pangkalan data palsu yang digunakan.
Yang Dipertuan Agong juga hanya berjumpa Mahathir di Istana Anak Bukit dan bukannya di Istana Negara. 19 Mei 2016, Mahathir mendakwa Agong dikenakan tahanan rumah oleh kerajaan.
Mahathir dakwa pada masa itu, beliau gagal menyerahkan tandatangan 1.4 juta itu kepada Yang Dipertuan Agong. Terbukti dakwaan itu tidak benar bila Yang Dipertuan Agong hadir pada satu program lain pada masa itu.
Kali ini, barangkali Mahathir terdiam kerana membuat tuduhan liar tersebut terhadap Yang Dipertuan Agong. Terdiam bermakna Mahathir sendiri tahu dia silap. Tetapi di hadapan penyokongnya, Mahathir tidak pernah mengaku silap.
Berbalik kepada kisah diatas , amat malang bagi mereka yang menyokong Tun Mahathir secara membabi buta, mereka terlupa tindakan Tun Mahathir itu sebenarnya satu tindakan bodoh dan sia sia.
Tun Mahathir lebih tahu dan masak berkenaan sistem negara dan apa yang cuba dilakukan oleh Tun Mahathir berkenaan serahan 1.4 uta lebih tandatangan kepada YDP Agong hanyalah mahu mendapat “political mileage” , atas sebab mahu menunjukankan bahawa isu yang dia bawa amat lah berat dan serius.
Ia semata mata kerana mahu Datuk Seri Najib dilucutkan jawatan Perdana Menteri.
Kenapa tindakan Tun Mahathir diangap sia sia dan buang masa?
Jawapan nya sangat mudah.
Jika Tun Mahathir berjaya dengan apa yang dia kehendaki hanya dengan membawa 1.4 juta lebih tandatangan, apakah UMNO tidak boleh membawa 1.4 juta tandatangan dan mengadap Tuanku mahukan Tun Mahathir di penjarakan kerana sabotaj?
Atau kerana korupsi dan penipuan ketika menjadi Perdana Menteri?
Tindakan Mahathir jika dilayan oleh Baginda Tuanku, maka ia akan “set Precedent” kepada tindakan lain.
Jika tandatangan boleh turunkan Perdana Menteri, esok Perdana Menteri yang Tun Mahathir naikkan, akan diturunkan dengan cara sama, iaitu seseorang hanya perlu mengumpulkan tandatangan sahaja untuk mengadap Duli Tuanku.
Apa alasan Tuanku menolak jika , telah pernah menerima isu yang sama?
Itu sebab dikatakan sia sia dan buang masa Tuanku YDP Agong oleh Nazri Aziz.
Sambil itu tanpa disedari, Tun Mahathir telah menghina rakyat, mereka dibodohkan untuk berkempen dan berkerja untuk menangkan parti, lalu turun mengundi, tetapi orang seperti Tun Mahathir hanya perlu membawa petition tandatangan sahaja untuk memperbodohkan semua rakyat yang turun mengundi kerana undi mereka batal kerana tandatangan yang dibawa oleh Mahathir.
Mahathir juga menghina parti Pribumi nya sendiri kerana sedang sibuk mencari ahli dan mengedar borang keahlian sedangkan Perdana Menteri boleh diturunkan hanya dengan tandatangan.
Bubar sahajalah parti Pribumi itu.
Pada keseluruhan hal ini terlalu jelas isu 1MDB yang selama ini dijaja oleh Tun M , hanyalah satu temberang besar sahaja, apabila kedaaan terdesak Tun Mahathir melihatkan ia bukan kerana 1MDB tetapi kerana hal hal lain.
Amat benar seperti kata seseorang, semakin Najib berjaya “drag” isu Mahathir dengannya selama lama mungkin, maka semakin akan terdedah bahawa Mahathir ada agenda lain dan 1MDB itu hanya satu “skim Ponzi” ciptaan Mahathir untuk pikat dan umpan rakyat sahaja.
Dan nyata sekali Mahathir sendiri sudah lari dari skrip ciptaan sendiri, yang tidak boleh pun cuba dibolehkan nya, semua yang dulu diludah kini dijilatnya kembali tanpa rasa malu dan segan.
Mahathir disinis dan diperli tanpa sedar oleh YDP Agong, mengizinkan Tun Mahathir mengadap juga satu tempelak kepada Mahathir, bahawa bohong Mahathir kepada rakyat bahawa baginda berada dalam “house arrest” telah dijawap, tanpa disedari.
Sungguh sedih, orang setaraf Mahathir tidak dipedulikan oleh YDP Agong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Beto Kusyairy Berdepan Cabaran Fizikal Dalam Filem Biopik Gayong - KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Beto Kusyairy mendedahkan beliau kini menghadapi masalah sakit tulang belakang (slip disc) yang membataskan pergerakan teru...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2016
(123)
-
▼
September
(18)
- MAHADIR AKAN KUBURKAN ANWAR IBRAHIM........?
- DAP TAKUT HILANG KUASA........?
- #Formula12016 Bersama @MyRapidKL Konsert #Usher @A...
- #BarisanSampah Atau #BarisanRakyat
- TAHNIAH TUN MAHADIR PECAHKAN PEMIMPIN PKR...
- Otai DAP Akui LKS Perguna Tun M Untuk Guling BN
- TUN MAHADIR IBARAT SAMPAH YANG TIDAK BERGUNA.....
- KESIAN AHLI BUNGA PPBM DIPERALATKAN MAHADIR....
- PENGORBANAN SEORANG AYAH DEMI TUGASAN #MMMSL @Naji...
- DEPA TAK LUPA DOSA MAHADIR.......?
- Menteri Kabinet Bijak Yang Perlu Dicontohi
- JOHARI VS KADIR JASIN......
- LRT percuma 3 hari, diskaun 50% Hari Malaysia @Naj...
- JERAT MENANTI ANAK MUDA YANG INGIN MEMBELI RUMAH @...
- EKONOMI MALAYSIA MASIH STABIL @mpkotabelud
- ASAL DARI MUAR,KISAH KAPTEN TREN ARAB @razaliibrah...
- TAMBANG @MyRapidKL Diskaun 50% LRT & Monorel Diper...
- DAP TAK SIASAT SKANDAL MASUK PINTU BELAKANG....
-
▼
September
(18)
13 comments:
YOU ARE TOO MUCH....
Susah payah berkempen..mengundi senang2 jer org tua tu nak ubah sana sini.
Malaysia nie tak ada undang2 lagi ker????
Atau ada org melantik dirinya sebagai maharaja????
Manusia paling sengal ler ko..Tun Mahatdir kau kutuk akan menyebabkan UMNO hilang undi lagi teruk...aku dan keluarga aku confirm akan pilih bersatu disebabkan aku nak Rakyat Malaysia seperti aku hidup dalam keadaan yang bermasa hadapan..bukan mempertahankan manusia yang perasuah...pemakan dedak..kalau kau org Islam..aku doakan kau terbuka hati melihat kebenaran..kalau kau bukan Islam..aku doakan kau sedar diri kau siapa..
Apa yang sia2? Peristiwa2 seperti ini akan tercatat dalam sejarah bila BN tumbang next PRU..
selepas pengisthiran merdeka, penuh istiadat Melayu dan Islam. Laungan azan berkumandang... maka Allah SWT lebih Mengetahui dan Maha Berkuasa... Jadi sendiri mau paham la...
Anon 6.42,
Islam tidak menghalalkah rasuah dan penipuan. InshaAllah Tuhan akan menunjukkan kebenaran.
Yg sampah tu kau. Org tua yg kau anggap sampah tu amat berjasa pada rakyat. 22 tahun pentadbirannya, ada rakyat mengeluh kalau dibandingkan skrg? Sedarlah dah lihat disekeliling kamu kehidupan rakyat sekarang. Najib undur skrg, BN masih ada peluang di PRU14. Kekalnya Najib, hancur segalanya. Dan Najib tidak akan turun hingga ada jaminan dia tidak akan didakwa di masa depan. Kamu hanya penjilat dedak yg hanya tahu jilat tanpa henti. Tapi disudut hati kamu, pasti terdetik satu perasaan bersalah.
YDP boleh jumpa Mahathir, tapi lepas tu buat dek jelah sebab cara kumpul tt itu tak demokratik dan tak ada dalam prosedur dan undang2 negara. Dahlah tu, sebahagian besar ttnya palsu. Dan yg pastinya YDP tiada house arrest. Ha ha ha....
Kutip tandatangan tak salahpun untuk buat penyapu sampah dalam pentadbiran negara hari ini.
Elehhh...bersih sgt ker mahdey tu?????
Dia ingat malaysia nie negeri kerala kot.Sukati jer dia nak buat.
Dulu buang hakim.Tukar kuasa peguam negara.Yang dia komplen bidang kuasa peguam negara...kenapa??Mgkin dia dh lupa agaknya.Ptuiihhh....
Melayu Melayu, bila kah nak bangun dari tidur kamu.
Amat memalukan dengan perberian BR1M orang Melayu telah menghalalkan yang haram.
Wahai orang Melayu tidur lah kamu selama mungkin sehingga kamu menjadi layu.
Kasihan tun m begitu banyak jasanya sekarang dihina semaunya
susah payah dia nk jadikan najib pm dah berkuasa jadi lanun
jika dia benar mesti dibersama tun tapi dia dah terpesong .
hati2 bila nk tolong org 1000 pengajaran
tun tak akan berjuang di usia 91 jika tiada kecurangan dia amat tahu dari kita, Allah menangkanlah BERSATU terjawap semua persaolan
kita bolih marah tapi jgnlah maki tun , nasib kita belum tahu
Post a Comment