Wednesday, February 1

MENGAPA HARGA PETROL NAIK.....?

Harga petrol naik kerana harga minyak bertapis naik, walaupun harga minyak mentah turun, kata Barisan Nasional hari ini. Pasukan komunikasi strategik BN hari ini berkata pengguna menggunakan minyak bertapis, bukannya minyak mentah.

BN berkata harga minyak bertapis berbeza dengan harga minyak mentah kerana faktor penawaran dan permintaan dunia. Tambahan pula, pengguna menggunakan sistem apungan terkawal yang berdasarkan kepada harga minyak dunia.

“Adalah tidak masuk akal bagi pembangkang untuk menyalahkan kerajaan apabila harga minyak meningkat mengikut sistem apungan terkawal tetapi kemudian tidak memberikan pujian kepada kerajaan apabila harga minyak turun mengikut pasaran global,”

BN turut menjawab Ahli Parlimen PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen DAP Tony Pua yang mendakwa harga minyak mentah pada Januari jatuh dan ringgit tidak mengalami penurunan berbanding bulan sebelumnya.

“Kami ingin memaklumkan kedua-dua ahli Parlimen terbabit, pemimpin pembangkang yang lain serta jentera propaganda mereka bahawa pengguna tidak mengisi minyak mentah ke dalam kereta.
“Majoriti rakyat mengisi petrol RON95 atau diesel.”

Harga RON95 dan RON97 naik 20 sen kepada RM2.30 (naik 9.5%) dan RM2.60 (naik 8.3%), manakala diesel naik 10 sen kepada RM2.15 (4.9%) hari ini.

Kenyataan itu menjelaskan Malaysia mengamalkan sistem apungan terkawal bagi menentukan harga petrol dan diesel runcit mulai 1 Disember 2014, sebahagian daripada pelan pemansuhan subsidi, yang memberi manfaat kepada golongan berada, kepada bantuan langsung.

“Sistem apungan terkawal kita menggunakan purata harga produk akhir – bukan minyak mentah – pada bulan sebelumnya untuk menentukan harga runcit di pam untuk bulan berikutnya. Secara spesifiknya, Malaysia menggunakan sistem harga Singapore Means of Platts (MOPS) petrol dan diesel.

“Ketika harga minyak global semakin meningkat beberapa bulan kebelakangan ini akibat perjanjian untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah oleh negara pengeluar minyak – yang sememangnya menguntungkan Malaysia, harga produk akhir petroleum yang semakin meningkat disebabkan oleh beberapa faktor.”

Menurut BN, pemeriksaan pada sistem harga MOPS akan menunjukkan purata harga gasolin motor 95 tanpa plumbum untuk Januari stabil antara AS$69-AS$70 setong dan lebih tinggi daripada harga purata Disember 2016 di mana harga meningkat dengan konsisten daripada AS$62 pada permulaan bulan kepada AS$68 pada hari terakhir Disember.

BN berkata loji penapisan minyak di Asia Tenggara menikmati “harga yang tinggi dan margin keuntungan yang memuaskan kerana banyak loji serata dunia menghentikan operasi akibat kebakaran dan penyelenggaraan.”

Jelasnya, perkembangan itu mengurangkan bekalan dan menaikkan margin keuntungan dan harga produk – menyebabkan harga gasolin motor 95 naik.

BN menasihatkan Wan Azizah dan Tony supaya “memahami ekonomi dengan lebih baik berbanding mengeluarkan kenyataan tidak berasas yang tidak benar – atau lebih teruk – sengaja ingin memeszongkan dan mencetuskan kemarahan rakyat”.

“Ianya satu kitaran bulanan yang tidak akan berakhir dan pembangkang tidak pula letih memainkannya.”

BN menambah rakyat akan mencari sebab untuk merungut akibat kenaikan harga RON95 kepada RM2.30 yang lebih tinggi daripada apa yang mereka nikmati tahun lepas.

Namun sebenarnya, mereka masih menikmati harga bahan api yang terendah di Asia Tenggara, kecuali Brunei, dan tergolong dalam 15 negara yang memiliki harga bahan api termurah dalam kalangan 180 negara.

Di Asean, harga RM2.30 seliter untuk bulan Februari masih lagi rendah berbanding Indonesia (RM2.73 seliter), Thailand (RM4.10 seliter), Filipina (RM3.72 seliter) dan Singapura (RM6.56 seliter).

“RON95 Malaysia juga berharga RM2.30 seliter pada Oktober dan November 2014. Pada tahun 2008, RON92 (sebelum digantikan dengan RON95) mencecah RM2.62 seliter.”

Kenyataan itu berkata walaupun sistem apungan terkawal akan menyebabkan rakyat membayar lebih tinggi apabila harga minyak global naik, ia juga bererti “kita juga telah menikmati harga rendah untuk satu tempoh selama 2 tahun apabila harga di pam turun sehingga RM1.60 seliter”.

Tambahnya, keadaan itu tidak seperti sebelum 2004 di mana rakyat tidak mendapat manfaat daripada harga minyak global yang rendah, iaitu AS$10-AS$20 setong berbanding AS$55-AS$60 setong sekarang.

“Kerana kita pada ketika itu dicukai 58.62 sen untuk seliter petrol dan 19.64 sen untuk seliter diesel selama berdekad. Cukai ini hanya dimansuhkan pada 2004.”

4 comments:

Anonymous said...

KALAU SUBSIDI TAK DITARIK BALIK ......

Siapa sebenarnya yang dapat subsidi kerajaan paling banyak?

Orang kaya memiliki kenderaan tidak kurang daripada 4 buah. Kenderaan milik mereka pula mempunyai tangki petrol yang kapasitinya besar. Ada yang sehingga 70 - 100 liter.

Orang kampung pulak hanya memilik sebuah motosikal. Ada juga yang hanya memiliki basikal sahaja. Malah ada juga yang tidak memilik kenderaan langsung. Kapasiti tangki petrol motosikal cuma antara 4 - 6 liter sahaja.

Jika berlaku kenaikkan harga dunia makan kerajaan akan menaikkan harga minyak petrol dan disel. Jika kenaikkan 1 liter 5 sen dan disubsidi oleh kerajaan, siapa yang dapat paling banyak dan siapa yang dapat sedikit atau tak dapat langsung?

Orang kaya isi 70 liter dapat subsidi sebanyak RM3.50. Orang kampung sekali isi 4 liter dapat subsidi 20 sen. Orang kampung yang tak ada kereta atau motosikal tak dapat apa2 subsidi.

Kalau sebulan 10 kali isi full tank, orang kaya dapat subsidi RM35.00. Orang kampung dapat subsidi cuma RM2.00 sahaja.

Ada orang kampung yang pakai motosikal isi minyak penuh tangki 100 liter sebulan?

Kalau setahun, orang kaya dapat subsidi RM420.00. Orang kampung dapat RM24.00.

Bayangkan orang kaya yang ada 30 - 40 buah lori balak, berapa banyak subsidi yang mereka nikmati?

Ini baru minyak belum yang lain2 seperti tepung, gula beras, minyak masak, gas memasak dan lain2 barang keperluan harian yang disubsidi oleh kerajaan. Kerajaan terpaksa tanggung subsidi lebih daripada RM30 billion setahun.

Siapa sebenarnya yang untung dan banyak dapat subsidi ....?

Bila kerajaan tarik balik subsidi minyak, orang kampung sama ada yang ada atau tiada memiliki motosikal dapat BR1M RM1,000.00. Orang kaya tak dapat BR1M sebab mereka tak layak sebab mereka banyak duit.

Rakyat nak yang mana dapat subsidi minyak RM24.00 setahun atau BR1M RM1,000.00 setahun ....?

Isu subsidi dimainkan kerana orang2 kaya yang selama ini menikmati subsidi besar tetapi hari ini mereka sudah tidak menikmati subsidi. Wang mereka susut kerana terpaksa bayar penuh sebab sudah tiada subsidi.

Raja Jawa

Anonymous said...

Tak pe, kerajaan boleh je arahkan station minyak buka pump minyak mentah, mana tahu ada yg nak beli then tapis sendiri kat rumah guna penapis air kan? pastu isi dalam tembolok kereta masing2. tak payah guna minyak dah tapis utk isi minyak

Anonymous said...

Sedarkah saudara....

Rata2 orang kaya ada byk kereta tapi dalam satu2 masa hanya sebuah kereta saja boleh dipandu. Mustahil boleh pandu byk kereta sekali gus !!!

Kereta orang kaya contohnya mercedez penggunaan minyak rata2 hanya sekitar 6.5 liter bagi setiap 100 km.

Bila kita pergi kampung2 rata2 orang kampung pakai proton iswara atau wira. Penggunaan minyak untuk proton wira adalah sekitar 8.5 - 11.5 liter bagi setiap 100 km

Sebenarnya, orang kampung yang ter"kena" dengan kenaikan minyak. Kenderaan baru sekarang jauh lebih berteknology dan jimat minyak berbanding teknology lama. Lebih2 lagi bila high milage

Nampak sangat UMNO utk orang kaya dan utamakan orang kaya. Orang meskin dan orang kampung diperkudakan. Cuma nak undi saja.

Tak caya...Pi la kampung2..baru tahu hanya segelintir saja yg ada sebuah motosikal. Kebanyakkan dah ada kereta walaupon kereta second hand.

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive