RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...
Friday, March 31
PROMOSI KHAS PARKIR PERCUMA DI STESEN LRT AMPANG. @MyRapidKL
Pengguna LRT akan menikmati kemudahan parkir percuma di Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Laluan Ampang mulai 1 April 2017 selama enam bulan sempena promosi khas Ulang Tahun ke-20 LRT Laluan Ampang.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir Zohari Sulaiman berkata pengguna LRT yang meletakkan kereta mereka di Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Ampang tidak dikenakan bayaran sehingga 30 September tahun ini.
“Selain menghargai sokongan padu pengguna LRT di Stesen LRT Ampang, kami berharap usaha ini akan menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam untuk Laluan Ampang dan Sri Petaling terutamanya oleh penduduk disekitar Ampang,” kata Dato’ Ir. Zohari.
Tambah beliau, penanda atau “bunting” dipasangkan di sekitar Stesen LRT Ampang untuk memudahkan pergerakan orang ramai ke Kompleks Parkir Bertingkat tersebut.
“Di samping usaha ini, pelbagai inisiatif-inisiatif lain akan dilaksanakan dari masa ke semasa. Seperti yang kita semua sedia maklum, Rapid Rail dan Prasarana Malaysia Berhad komited dengan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan nisbah penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang tahun 2030,” tambah Dato’ Ir Zohari.
Bersama-sama dengan LRT Laluan Sri Petaling, sistem LRT Laluan Ampang mengendalikan hampir 200,000 penumpang sehari.
Dibuka pada 1 Jun 2014, Kompleks Parkir lima tingkat itu mempunyai 1,140 petak parkir dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden termasuk lif, kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) dan laluan pejalan kaki berbumbung ke stesen LRT Ampang.
Mula beroperasi sejak akhir 1997 sebagai perkhidmatan STAR LRT sebelum diambil alih oleh Prasarana pada 2002, LRT Laluan Ampang menyediakan perkhidmatan terus dari Ampang ke Sentul Timur. Ia bersambung dengan LRT Laluan Sri Petaling di stesen LRT Chan Sow Lin dan dengan rangkaian LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen Masjid Jamek disamping berintegrasi dengan Laluan Monorel di stesen Hang Tuah dan Titiwangsa.
Monday, March 20
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan Mengamuk Di Parlimen
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi amaran kepada ahli-ahli parlimen DAP supaya tidak mengutip fakta di tepi jalan tanpa membuat kajian selanjutnya tentang sesuatu isu.
Abdul Rahman ketika berbahas berkata laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report yang menjadi kiblat kepada pembangkang mampu mengelirukan rakyat dan mengeluarkan fakta yang salah.
Ia berikutan Ahli Parlimen DAP Kampar, Ko Chung Sen dalam soalan tambahannya meminta kerajaan menjelaskan mengapa kerajaan membelakangkan rakyat dalam isu pembiayaan projek Saudi Arabian Oil Co (Saudi Aramco) dimana syarikat tersebut mendapat tawaran istimewa dari Petronas dengan mendapat pegangan ekuiti 50 peratus.
“Semua Yang Berhormat boleh tanya soalan, kalau YB ini boleh baca, baca juga dalam laman web Petronas, tak adalah keluar kenyataan yang ‘low standard’, fakta semua berterabur, ini yang membimbangkan kita, kenyataan ini akan menyebabkan pelabur di luar negara rasa kita ni paria.
“Saya minta tanya soalan yang berkualiti jangan kutip cerita dari Sarawak Report dan Wall Street Journal,” kata Abdul Rahman ketika menjawab pada sesi soalan lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Dua lagi ahli parlimen DAP yang turut membangkitkan isu itu dengan soalan-soalan yang dilihat tidak masuk akal adalah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong.
Friday, March 17
Lelaki Ganggu Pelajar Dalam LRT @MyRapidKL Ditahan
Seorang lelaki yang didakwa menggangu seorang penumpang wanita di dalam tren LRT laluan Kelana Jaya pada Isnin telah diserah kepada polis.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata pihaknya berusaha mengesan lelaki itu sejak beberapa hari lepas setelah dimaklumkan mengenai insiden yang dimuat naik menerusi akaun Facebook mangsa, Nur Dini Van Haeren, 21, seorang penuntut universiti swasta.
"Susulan kejadian, kami menghubungi Nur Dini bagi mendapatkan maklumat lanjut yang kemudian diguna untuk mengesan lelaki itu menerusi rakaman kamera litar tertutup.
"Lelaki itu berjaya ditahan di Stesen LRT Taman Jaya semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis selepas mangsa membuat pengecaman.
Zohari turut mengingatkan penumpang agar sentiasa waspada dan bertenang sekiranya berdepan dengan situasi tidak menyenangkan serta segera memaklumkan kepada staf, polis bantuan atau penumpang lain bagi mendapatkan bantuan.
Menurut kenyataan itu, Nur Dini diganggu oleh lelaki berusia 37 tahun dari Lembah Subang tersebut selepas wanita berkenaan menaiki tren di Stesen LRT Kelana Jaya ke pusat bandar.
"Ketika memasuki tren, dia perasan ada seorang lelaki memandangnya dengan ekspresi miang gatal.
"Berasakan lelaki itu berniat tidak baik, Dini mengambil sikap waspada. Dia kemudian terdengar lelaki itu membisikkan kata-kata lucah kepadanya dan gangguan itu berterusan sambil pelaku membuat ekspresi tidak senonoh ke arah mangsa," kata kenyataan itu.
Rapid Rail ialah anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad yang mengendalikan perkhidmatan aliran transit ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, Ampang dan Sri Petaling serta KL Monorel.
Friday, March 10
PEMIMPIN YANG HEBAT TAK GOYAH DILANDA BADAI
Benarlah laporan satu agensi media iaitu South China Morning Post (South China), yang berpangkalan di Hong Kong yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umpama "big bank", terlalu besar untuk gagal.
South China dalam tulisan pada Ogos 2016 itu menyatakan Dato Seri Najib terus bertahan biarpun diasak dengan begitu hebat dari segenap segi oleh Mahathir.
Dato Seri Najib terus kuat bagaikan bank yang besar biarpun dilanda kritikan, tuduhan dan ujian umpama dilanda badai yang besar.
Dato Seri Najib tetap tenang di dalam hati dan di wajahnya, beliau terus mentadbir negara dengan seperti biasa dikala ujian dan badai sedang melanda.
Andaian terbaru Mahathir benar-benar meleset sama sekali. Beliau mendakwa Malaysia gagal menangani krisis diplomatik dengan Korea Utara.
Ekoran pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada Pemimpin Tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, situasi Kuala Lumpur berada dalam keadaan tegang dengan Pyongyang.
Pyongyang enggan siasatan diteruskan dan mayat mangsa diserahkan kepada mereka tetapi Malaysia bertegas mengikut proses undang-undang siasatan kes bunuh dan semua perkara perlu dipatuhi bukannya menurut kehendak negara komunis itu.
Ketegangan berlarutan sehingga Korea Utara mengenakan larangan rakyat Malaysia di sana tidak boleh meninggalkan negara itu dan Malaysia bertindak balas dengan mengenakan larangan sama kepada semua rakyat Korea Utara di Malaysia.
Hasil kebijaksanaan Najib, Malaysia dapat memastikan dua orang rakyat kita yang bertugas di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy telah berjaya dibenarkan keluar dari Pyongyang dan difahamkan telah selamat sampai di Beijing, China.
Beliau juga berjaya memastikan baki sembilan rakyat Malaysia di negara komunis itu yang bekerja untuk Kedutaan Malaysia di Korea Utara terus berada dalam keadaan selamat sementara Malaysia berunding untuk mencari penyelesaian terbaik.
Tuduhan Mahathir sekali lagi jauh tersasar. Fakta sudah terbukti, banyak krisis besar sudah berjaya diselesaikan hasil kebijaksanaan Najib. Krisis Lahad Datu ditanggani secara berkesan untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan negara.
Insiden nahas Malaysia Airlines (MAS) MH370 telah menyatukan beberapa kuasa besar dunia untuk membantu Malaysia mengesan lokasi pesawat berkenaan dan ia merupakan antara operasi mencari yang terbesar di dunia.
Nahas MH17 pula membuktikan hasil perbincangan diplomasi, Najib berjaya memastikan kumpulan pemberontak di sempadan Rusia-Ukraine membenarkan kesemua jenazah nahas rakyat Malaysia dan dua kotak hitam pesawat berkenaan boleh diserahkan kepada Malaysia.
Bagaimana Najib menyelesaikan masalah serangan di Lahad Datu, Sabah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan masalah rakyat semuanya sudah terbukti Najib kekal utuh dan kuat biarpun dilanda pelbagai ujian.
Dr Mahathir membuat tuduhan melulu hanya untuk membuatkan rakyat berpandangan negatif kepada Najib dan kerajaan supaya mereka tidak lagi mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Sekalipun, Dr Mahathir adalah bekas mentor kepada Najib ketika beliau menjadi Perdana Menteri, sedikit pun Najib tidak terkesan dengan perkara itu dan terus mentadbir negara dengan baik serta cekap.
Apa lagi cabaran dan ujian yang akan bakal mendatang? Bulan ini, rakyat Malaysia melihat sendiri bagaimana Dato Seri Najib menggunakan dengan baik diplomasi politiknya.
Dengan Raja Salman, berjaya menarik pelaburan RM31 billion ke Malaysia. Dengan Korea Utara, Dato Seri Najib berjaya membawa pulang dua daripada sebelas rakyat Malaysia yang telah ditahan.
BR1M sudah dinikmati. Kestabilan ekonomi dan keamanan negara berjaya dikekalkan. Bersatu hatilah semua rakyat, bersama kita membantu Dato Seri Najib memimpin negara menghadapi apa jua badai yang bakal melanda selepas ini.
Jangan biarkan pemimpin kita keseorangan. Ayuh berganding tangan bersama hadapi badai, taufan dan ribut yang datang sekali pun.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Shiha dan Ieda Zikir Dinobat Juara Famili Duo Musim Keempat - SHAH ALAM – Persembahan bertenaga dan memukau pasangan adik-beradik Shiha Zikir dan Ieda Zikir melayakkan mereka merangkul gelaran juara musim keempat Fami...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com