Saturday, September 3

Breaking News - Al Fatihah Wartawan Bernama Meninggal Dunia



wartawan Bernama dan TV3 ditembak sebentar tadi waktu Mogadishu jam 5.30 petang lebih kurang.

Seorang mangsa tembakan wartawan bernama Norafaizul Bin Mohd Nor yang merupakan ketua Media dalam misi ke Somalia ini Meninggal dunia akibat terkena tembakan di dada.
Mengikut laporan tembakan dilepaskan oleh tentera African Union ketika mangsa berada didalam kenderaan ketika hendak masuk kedalam perkarangan Hotel.
Seorang lagi mangsa aji seregar terkena tembakan ditangan dan kini dilaporkan Stabil.
Gomo masih menunggu laporan lanjut dari Dato Azeez yang berada dilokasi kejadian.

Al Fatihah......... 





Sumber Papagomo.


Friday, September 2

MB Kedah ‘dihujung tanduk’…




Sejak berita Menteri Besar Kedah , Datuk Seri Azizan Abdul Razak mahu digugurkan dari jawatannya kononnya kerana masalah kesihatan tersebar, Agendadaily menerima berbagai reaksi dari orang ramai yang terkejut dengan hu ha terbaru parti PAS ini.
Antara pertanyaan utama mereka adalah, kalau nak ganti pemimpin sebab masalah kesihatan, kenapa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang selalu juga keluar masuk hospital tak kena tindakan sama.
Lebih terkejut lagi bila dilaporkan yang ketuai usaha tersebut adalah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang akan mengadap Sultan Kedah berhubung peralihan kuasa tersebut.
Azizan sebelum ini bercuti panjang selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana serangan jantung.
Walaupun timbul tekanan dari kepimpinan pusat PAS, Azizan menafikannya malah menegaskan beliau sihat untuk meneruskan tugas-tugasnya.
Azizan sebelum ini memang dikenali sebagai ‘orang yang buat hal sendiri’ dan katanya beliau tidak sealiran sangat dengan pucuk kepimpinan PAS pasca muktamar parti itu baru-baru ini.
Kepimpinan parti bimbang akan keupayaan parti untuk mempertahankan kuasa pemerintahan negeri pada pilihan raya umum akan datang.
Justeru, ia mencadangkan Azizan bercuti panjang sementara seorang pemangku Menteri Besar dilantik bagi menggantikannya.
Beberapa nama disebut-sebut untuk menggantikan Azizan. Ini termasuk tiga wakil rakyat senior iaitu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Kesemua adalah Exco kerajaan negeri.
Bagaimanapun ada laporan yang menyatakan bahawa ketiga-tiga exco tersebut menafikan ‘tahu menahu’ mengenai usaha ‘mengulingkan’ Azizan tersebut.
Ketiga-tiga mereka sepakat mengatakan bahawa Azizan akan sembuh dan meneruskan tugas seperti biasa.
Matkilau Penang kata lepas nie pasti depa nak tendang azizan dari Pejabat MB,Ini adalah cah keting dalam politik PAS kedah.

Karpal!!!!Mat Sabu kata I'm SORRY




Isu kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai peristiwa Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan negara terus mencuri perhatian ramai sekalipun sudah berlarutan beberapa hari.Ini lebih-lebih lagi bila rakan politiknya Karpal Singh yang Isnin lalu menyifatkan kenyataan itu tidak wajar,Khamis  mendesak pula Timbalan Presiden PAS itu menarik baik kenyataannya.

Pengerusi DAP itu bimbang  tindak tanduk itu memberi kesan negative terhadap pakatan pembangkang.
"Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya. Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif," kata Karpal Singh.
Namun Mat Sabu tetap tidak mahu berganjak apa lagi meminta maaf kerana membuat kenyataan yang menyakitkan hati ramai pihak .
Beliau sebaliknya terus dengan dakwaannya perkara itu hanya putar belit akhbar Utusan Malaysia dan dijadikan isu oleh pemimpin-pemimpin Umno.
Haprakahdaily memetik beliau sebaga berkata pasal apa  nak minta maaf.
Beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis yang telah pun menghubunginya untuk disoal siasat.
Karpal Singh yang mahu mat Sabu  menarik balik kenyataannya berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.
"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mat Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya," kata Karpal Singh.
Mat Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di sini pada 21 Ogos lepas didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Karpal Singh berkata Timbaan Presiden PAS itu  sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
"Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini," katanya.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyatan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan parti pakatan pembangkang.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive