Saturday, January 28

HIMPUN Sokong JPPUUS,Apa masaalahnya Kepada PAS?

Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) menyokong penubuhan Jawatankuasa Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Syariah bagi mempertingkatkan penguatkuasaan enakmen berhubung penyebaran agama oleh bukan Islam kepada orang Islam.

Timbalan Pengerusi Himpun Kebangsaan Abdullah Zaik Abd Rahman berkata jawatankuasa itu penting bagi membendung gejala penyebaran agama oleh bukan Islam kepada orang Islam yang kian berleluasa dewasa ini.

"Himpun menyokong usaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum untuk melaksanakan jawatankuasa itu di setiap negeri. Setakat ini Himpun belum buat sebarang tindakan tetapi kami sangat bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu selepas menyampaikan pidatonya di Perhimpunan Sejuta Umat 'Selamatkan Akidah' di Dewan Budi Penyayang, di sini, hari ini.

Lebih 3,000 orang menghadiri perhimpunan yang memasuki siri keempat itu.

Katanya setakat ini undang-undang syariah yang sedia ada hanyalah untuk orang Islam, menangani orang Islam yang murtad tetapi bukan untuk orang yang memurtadkan orang Islam.

Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Jamil Khir dan dianggotai pengarah jabatan agama Islam negeri, wakil Kementerian Dalam Negeri, wakil Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia.

Abdullah Zaik berkata Himpun juga akan menyerahkan memorandum yang mengandungi akta murtad kepada Majlis Raja-Raja dalam usaha membendung gejala ini daripada terus berleluasa di negara ini.

"Memorandum itu telah sedia tetapi belum ada masa yang sesuai untuk menghantarnya, tetapi akan dihantar dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Sementara itu dalam sesi pidato yang diadakan bekas exco kerajaan Selangor yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata terdapat segelintir pemimpin dalam Pas yang menjadi parasit kerana menghalang ahlinya menghadiri perhimpunan ini.

"Saya boleh faham kalau DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang halang untuk hadir perhimpunan ini kerana itu parti campur-campur, tetapi saya tidak boleh faham kalau yang menghalang itu adalah anggota dari bekas parti yang saya pernah sertai. Jadi saudara fikir-fikirkanlah," katanya.

Bagaimanapun Hasan tidak mengulas kenapa Pas menentang penganjuran program perhimpunan sejuta umat itu.

Apa Motif Meloyakini Hantaq Wartawan,Sabotaj Himpun?

Apa kejadah yang meloyakini hantaq wartawan supaya dapat memutaq cerita yang Program HIMPUN tidak berjaya dilaksanakan di Pulau Pinang,Padahal yang hadir lebih dari apa yang telah dilaporkan didalam Meloyakini.Ternyata mereka telah kantoi dalam melaporkan berita palsu ini.laporan dari DR MIM menyatakan 3ribu hadir dalam program tersebut.

DAP Takutkan HIMPUN Bersebab?


DAP takutkan HIMPUN yang diadakan hari nie kerana penyertaan akan ramai dan seperti satu peperangan akan berlaku.Pengerusi HIMPUN, Dr. Yusri Mohamad dalam ucapannya menyatakan lewat kebelakangan ini timbul kebiadaban penganut agama lain dalam mencabar kemurnian agama Islam. Usaha memurtadkan umat Islam merupakan perkara yang amat dikesali kerana apabila seorang Muslim itu murtad, ia telah menggadaikan bukan sahaja dunia malah akhiratnya juga. Beliau menyeru semua pihak agar tidak mencurigai agenda HIMPUN kerana perhimpunan ini diasaskan atas kesatuan akidah dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi. Beliau juga memberi gambaran suara yang lantang dan jelaslah yang akan mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat. Justeru, amat perlu untuk umat Islam berhimpun mencipta paduan suara atas dasar kesatuan akidah supaya penganut agama lain tidak akan berani mencalar kesucian agama Islam


Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik mengingatkan pesanan Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 120 bahawa orang Nasrani dan Yahudi tidak akan redha dengan orang Islam sehingga orang Islam mengikut jejak langkah mereka. Kedudukan Islam telah dicabar dan pertembungan budaya sedang berlaku dengan sengit dalam usaha musuh-musuh Islam merobek keperibadian dan jati diri umat Islam di Malaysia. Malangnya, masih ramai yang gagal melihat situasi ini adalah sebahagian daripada perancangan rapi musuh-musuh Islam dan hanya menganggap apa yang berlaku adalah kisah-kisah terpencil yang bersifat individu. Beliau menggesa umat Islam menjaga sensitiviti keimanan dan jangan sekali-kali bacul membelakangkan sensitiviti keagamaan semata-mata untuk kepentingan politik.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive