Monday, September 5

ASAL DARI MUAR,KISAH KAPTEN TREN ARAB @razaliibrahim @AzmiAziz60 @MyRapidKL


Seorang warganegara Arab Saudi dan fasih berbahasa Malaysia, Abdullah Ahmad Abdul Aziz Muar adalah salah seorang daripada 27 Kapten Tren tempatan yang akan bersama-sama memikul tanggungjawab untuk memacu tren-tren untuk operasi haji Al Mashaaer Al Mugadassah Metro Southern Line di Tanah Suci Mekah tahun ini.

Muar pada hujung namanya bukan sekadar nama keturunan; tetapi turut mengaitkan anak muda berusia 34 tahun itu bandar Seri Maharani Muar di Johor Darul Takzim, Malaysia.

“Moyang saya, Abdul Aziz Bakar berasal dari Muar. Dia dulu tinggal di Sungai Mati, Muar tetapi berhijrah ke sini kira-kira 200 tahun lepas untuk menetap di Mekah. Kami sekarang dah jadi orang tetap Arab Saudi. Saya dilahirkan di sini. Tetapi, kami masih terus mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia. Malahan, ibu saya adalah orang Perlis.

“Saya pernah ke Muar dan amat menggemari makanan-makanan tempatan. Paling saya suka adalah Mi Bandung Muar. Tetapi, saya lebih kerap ke Perlis kerana keluarga ibu saya masih ada di sana. Ayah saya sudah lama tiada,” kata Abdullah, sambil menambah bahawa nama Muar akan terus kekal untuk keturunannya.

Menurut Abdullah, beliau fasih berbahasa Malaysia kerana selalu bertutur dalam bahasa kebangsaan itu dengan ibunya, Radiyah Haji Osman, yang kini berusia 70 dan menetap di Reazaker di Mekah.
Pernah berkhidmat dengan operasi haji Al Mashaaer Al Mugadassah untuk tiga musim pada tahun 2011, 2012 and 2013 ketika dikendalikan oleh kontraktor terdahulu, China Railway Construction Limited (CRCC), Abdullah berkata beliau terkilan kerana tidak dapat berkhidmat pada musim lepas kerana kengkangan masa dan mempunyai urusan lain.

“Saya rasa kerja ini adalah ibadah besar. Kita membantu para jemaah untuk memudahkan urusan haji mereka,” kata Abdullah, yang menerima latihan di Akademi Rel LRT Laluan Ampang bersama-sama 26 rakan senegara beliau yang lain.

Ketika kunjungan di raja Gabenor Kota Suci Mekah, Putera Mahkota Khalid Faisal Abdul Aziz Al-Saud ke MMMSL baru-baru ini untuk meninjau persiapan untuk operasi haji musim ini, Abdullah dan rakan-rakan Kapten Tren dari Arab Saudi telah diperkenalkan kepada tetamu di raja itu.

“Ia adalah saat yang paling membanggakan buat kami. Saya rasa Prasarana telah menjalankan kerja yang baik di Tanah Suci Mekah ini. Saya amat gembira untuk bekerja bersama-sama dengan Prasarana sekarang. Saya rasa lebih mudah kerana kami lebih memahami antara satu sama lain,” kata Abdullah, yang bertugas sebagai pengurus platform semasa berkhidmat dengan CRCC.

Pengurus perkhidmatan tren MMMSL, Hamdan Mat Isa, yang menjadi salah seorang pengajar para pemandu tren dari Arab Saudi, berkata kelebihan Abdullah untuk berbahasa Malaysia banyak memudahkan pembelajaran beliau semasa di Ampang.

“Bagi saya, Abdullah adalah antara pelajar yang terbaik di kalangan pelatih-pelatih Kapten Tren dalam kumpulan ini. Sebenarnya, mereka datang dalam tiga kumpulan dan Abdullah di dalam kumpulan yang terakhir seramai 10 orang.

“Saya suka dengan sikap dan komitmen beliau sepanjang tempoh latihan selama sebulan di Ampang. Malahan, semua para pelatih daripada Arab Saudi ini mempamerkan prestasi yang baik. Saya yakin perkhidmatan MMMSL akan berjalan lancar tahun ini,” tambah Hamdan.

Beroperasi selama tujuh hari tetapi diselenggarakan sepanjang tahun, MMMSL kini sedang menjalani operasi percubaan 24 jam sehari sehingga 5 September sebelum memulakan operasi sebenar pada awal pagi 9 September yang bersamaan dengan 7 Zulhijjah 1437H.

Menggunakan 15 tren 12-gerabak dengan laluan sepanjang 18.1km dan sembilan stesen, MMMSL menyediakan perkhidmatan kepada jemaah dari negara-negara Timur Tengah dan Asia Selatan dan menampung penumpang sehingga 350,000 sehari pada hari-hari puncak.

Thursday, September 1

TAMBANG @MyRapidKL Diskaun 50% LRT & Monorel Diperluas Ke BRT @NajibRazak @AzmiAziz60


Prasarana Malaysia Berhad, pemilik dan pengendali perkhidmatan pengangkutan awam utama di Lembah Klang mengumumkan tambang diskaun 50 peratus kepada pengguna LRT dan monorel yang melakukan perjalanan sebelum waktu puncak pagi akan diperluaskan kepada pengguna BRT.

Mengulas lanjut mengenai pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika majlis pelancaran projek LRT3 pada Khamis lepas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Azmi Abdul Aziz berkata tambang diskaun 50 peratus akan ditawarkan kepada semua pelanggan yang menggunakan mod pembayaran tanpa tunai antara jam 6 pagi hingga 7 pagi pada hari bekerja bermula 16 September 2016 sehingga diberitahu kelak.

“Para pengguna Touch ‘n Go, Kad MyRapid, MyRapid Smart 7, MyRapid Smart 30, warga emas, Pelajar, dan orang kelainan upaya dengan pemegang kad konsesi akan menikmati kadar diskaun dari harga semasa,” kata Azmi.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam, dan Ketua Pegawai Perkhidmatan Infrastruktur Prasarana, Ir. Ahmad Nizam Mohamed Amin.

Azmi berharap tawaran diskaun 50 peratus ini dapat menggalakkan sebahagian pengguna yang menggunakan perkhidmatan pada waktu puncak pagi antara 7 pagi dan 9 pagi untuk menukar corak perjalanan mereka dengan memulakan perjalanan dengan lebih awal agar kesesakan waktu puncak pagi di beberapa stesen dapat dikurangkan.

"Kami mempunyai keupayaan sistem yang mencukupi secara keseluruhan. Bagaimanapun, terdapat faktor muatan penumpang yang tidak seimbang semasa waktu puncak pagi.

“Adalah penting bagi kami untuk menangani cabaran ini bagi memastikan penumpang kami boleh sampai ke tempat kerja tepat pada masanya,” kata Azmi yang menjangkakan kira-kira 10,000 penumpang akan mengubah corak perjalanan mereka selaras dengan inisiatif menang-menang ini. Mengulas lanjut inisiatif berkenaan, Azmi berkata diskaun 50 peratus akan berkuatkuasa apabila pengguna menyentuh masuk kad bayaran di lorong masuk sebelum 7 pagi pada hari bekerja.

Azmi berkata 66 peratus daripada pengguna LRT dan monorel menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai di mana harga yang tambang yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding tambang bayaran tunai.

Pemegang Kad MyRapid juga boleh menikmati pelbagai faedah melalui program kesetiaan pelanggan MyRapid yang menawarkan diskaun sehingga 55 peratus di kedai-kedai dan tempat-tempat menarik yang terpilih.

DAP TAK SIASAT SKANDAL MASUK PINTU BELAKANG....


Skandal DAP ini umpama tidak ujud bagi Ketua Menteri paling malang bagi Pulau Pinang. Walaupun sudah ada bukti video namun masih lagi buat Dont NO. Katakanlah skandal ini dilakukan oleh Barisan Nasional dah pasti heboh satu malaya walaupun tidak mempunyai bukti yang sahih. Apa main pilih bulu jugak kot.... Kalau dah Ketua Menteri pun kaki songlap macam mana nak betulkan anak buah....

DAP Pulau Pinang tidak akan membuka siasatan dalaman terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang Lim Siew Khim berhubung dakwaan mengaitkan bapanya dengan amalan rasuah dalam satu kes mendapatkan rumah kos rendah oleh seorang pembeli.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata perkara ini tidak melibatkan Siew Khim, jadi tiada keperluan untuk membuka siasatan terhadapnya dan DAP tidak akan membuat sebarang siasatan dalaman yang tidak melibatkan anggota parti.

"Perkara ini menjadi isu (kerana) kebetulan orang yang terlibat ini merupakan ayah kepada seorang ADUN namun saya diberitahu ayah Siew Khim bukan seorang ahli DAP," katanya.

Semalam, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang Datuk Abd Aziz Aban telah mengesahkan SPRM telah memulakan penyiasatan terhadap urusan dikenali sebagai 'rasuah untuk rumah' bagi mendapatkan rumah mampu milik yang didakwa melibatkan bapa seorang ADUN Pulau Pinang.

Chow berkata beliau tidak menerima sebarang maklumat tentang siasatan SPRM namun bersedia bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan berhubung perkara tersebut.

Beliau juga menasihatkan semua mangsa-mangsa supaya membuat laporan polis jika ada cubaan untuk meminta wang bagi membantu mereka mendapatkan sebuah rumah kerajaan.

"Semua mangsa harus tampil untuk membuat laporan polis sekiranya perkara yang didakwa ini benar-benar berlaku supaya siasatan yang lanjut dapat dijalankan," katanya.

Isu ini terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri.

Oh berkata isi kandungan perbualan dalam video itu menunjukkan ia dirakamkan tahun lepas dan bapa ADUN berkenaan dilihat bersama-sama seorang orang tengah sedang melayan aduan daripada seseorang yang dipercayai telah membuat pembayaran namun tidak mendapat rumah itu.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive