Saturday, January 7

PENGKALAN SUNGAI BESI DITUTUP ADA SEBABNYA....?

Lapangan Terbang Kuala Lumpur dikenali juga sebagai 'Airport Lama' adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur bersebelahan dengan Lebuh raya Utara Selatan dan Terowong Smart.

Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang pertama di Malaysia dan pada 1 Ogos 1956 diisytiharkan bertaraf antarabangsa oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman serentak dengan pembukaan rasmi bangunan pengkalan baru pada ketika itu.

Lapangan Terbang ini mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Landasan Lapangan Terbang Sungai Besi ini berukuran 6,200 kaki panjang bersamaan 273 meter. Ia boleh digunakan dalam semua cuaca. Kapal terbang pertama yang mendarat di lapangan terbang ini ialah sebuah pesawat British, A.O.A.C. pada tahun 30-an.

Jika pada tahun 1950an dahulu, tak dapat dinafikan Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur adalah yang paling strategik beroperasi. Namun selepas 50 ke 60 tahun selepas itu, hasil daripada perkembangan pesat Kuala Lumpur, maka tapak pengkalan udara berkenaan tidak lagi mampu menampung kewajarannya beroperasi disitu.

Mana tidaknya, jika kita lihat di kawasan berhampiran, sudah muncul bangunan mencakar langit bagai 'cendawan selepas hujan'. Bukan kata tak strategik, malah agak bodoh sekiranya pihak berkuasa menjalankan operasi ketenteraan di sebuah kem yang berada di 'bawah' bangunan tinggi, khususnya premis pejabat dan perumahan.

Tidakkah kita terfikir, jika ada sebarang misi pengintipan terhadap sistem keselamatan dan pertahanan negara kita, maka cukup mudah untuk para pengintip melihat setiap aktiviti dan rahsia dalaman kem tentera kita hanya melalui jendela bangunan-bangunan tinggi di tepian kem berkenaan.

Apatah lagi kem berkenaan terlalu hampir dengan lebuh raya dan ibu negara kita yang menjadi tumpuan bukan sahaja dalam kalangan rakyat sendiri, malah para pelabur asing. Tidak terfikirkah kita betapa mudahnya kem tersebut untuk disabotaj pihak tidak bertanggungjawab? Bagi mereka yang amat suka mempolitikkan semua perkara, mungkin soal ini sukar untuk mereka perasan.

Oleh sebab itu kem tentera udara berkenaan telah dipindak ke tempat yang lebih selamat, malah jauh lebih selesa berbanding yang ada sekarang ini. Ia bukan semata-mata untuk pembangunan The Greater Kuala Lumpur sahaja, sebaliknya faktor keselamatan negara, kawalan infrastruktur pertahanan negara dan keselesaan kem serta berimpak tinggi terhadap operasi ketenteraan negara turut diambil kira dalam soal ini.

Cuma, apa yang dikesalkan adalah serangan dari DAP yang cuba mempertikai tindakan Kerajaan memindahkan kem tersebut ke sebuah lokasi yang lebih strategik dan selesa. Tuduh DAP, proses penjualan tapak lokasi itu kepada pemaju swasta untuk pembangunan komersil Bandar Malaysia adalah pada nilai bawah pasaran.

Kerajaan tampil menafikan bahawa penjualan itu sebagai program pertukaran tanah dengan kerajaan (Kementerian Pertahanan) dan pemaju swasta memperoleh keuntungan bersama sedangkan sebarang kerugian ditanggung rakyat selaku pembayar cukai. Mana mungkin sebuah projek atau perkara yang masih belum terjadi dituduh seakan telah berlaku?

Ikut logik pembangkang, jika kita membangunkan sebidang hartanah untuk manfaat masa depan, ia boleh mengundang kepada  kerugian. Walhal, persepsi ini hanyalah propaganda DAP yang mahu melibatkan rakyat bersama sama menentang pembelian tanah oleh 1MDB demi kepentingan pemilikan hartanah Melayu.

Dalam penjualan kem tentera udara itu kepada 1MDB, ia dilakukan pada harga RM1.6 bilion atau RM74.20 kaki persegi sedangkan nilai tanah di sekitar bandar raya ini, mencecah antara RM500 hingga RM1,000 kaki persegi. Jadi, adakah Kerajaan sedang berusaha 'melenyapkan' kem tentera udara berkenaan seperti didakwa pembangkang? Selain daripada mahu menjadikan kawasan itu sebagai bandaraya moden dunia, kem tentera udara tersebut terpaksa 'diubah' demi untuk memastikan ia lebih strategik.

Wednesday, January 4

DATUK BAHRI MOHD ZIN (SPRM) DAH KANTOI......


Politik Malaysia memang menarik dan unik, Untuk mencari perhatian buat ajelah kenyataan yang kurang bijak serta menyembunyikan fakta yang ada. Kononnnya nak dedahkan gejalah rasuah namun diri sendiri pulak terlodeh.

1.  Cerita peletakan jawatan Bahri Mohd Zin bukan baru. Cerita ini sudah berlaku Julai tahun lalu. Sebelum pengumuman pelantikan KP SPRM yang baru pada 29 Julai 2016 desas-desus pegawai SPRM pro Shukri dan Bahri meletak jawatan sudah didengari. Mengapa agaknya? takut pegawai dari luar? Atau legasi bakal berakhir.

2. Admin dapat sumber sahih Datuk Bahri Mohd Zin rupanya melobi untuk menjadi KP SPRM. Nampak usaha itu tidak berjaya. Admin sejak beberapa bulan lalu sudah mendedahkan bakal KP SPRM adalah Datuk Dzulkifli Ahmad seorang Peguam dari pejabat Peguam Negara yang punya kepakaran dalam pendakwaan kes.

3. Tentunya kehadiran Dzulkifli memberi nafas baru kepada SPRM yang selama ini lembap dalam bidang pendakwaan. Terkeluarnya Abu Kassim, Shukri bermakna Team A dan Team B serta puak puak dalam SPRM sudah berakhir. Yang tinggal hanyalah Datuk Bahri Mohd Zin Pengarah Operasi Khas.

4. Dzulkifli pastinya memasukkan orang yang sesuai untuk TKP Operasi dan Pencegahan. Ternyata Datuk Azam Baki mengisi peninggalan Dato' Sri Shukri itu. Pastinya juga beliau akan merombak beberapa bahagian agar berfungsi mengikut arahannya. Beliau juga mesti membuang segala duri dalam daging di SPRM.

5. Ini yang ditakuti oleh puak puak Shukri dan Bahri. Pembersihan puak-puak ini sudah dilakukan.

6. Beranikah para pegawai SPRM meletak jawatan?  Ternyata lambat atau cepat kini ia sudah dilakukan 3 Januari 2017. Betapa penakutnya Bahri Mohd Zin yang memang agen Pembangkang sejak bersama Dato Sri Shukri dulu.Wayang semakin jelas!

7. Sebelum ini pada 24 JUN 2016 Rafizi mendedahkan bersekongkol dengan SPRM dalam beberapa kes. Bukti dan tindakan beberapa pegawai kanan SPRM yang bias bukanlah baru. Banyak perkara dan tindakan SPRM pro kepada pembangkang sebelum ini. Tindakan pegawai SPRM membocorkan maklumat kepada pihak luar sehingga melibatkan penahanan polis jelas membuktikan SPRM bersekongkol dengan pembangkang.

8. Ini termasuk pengakuan Kenyataan Media Rafizi dan Akmal melalui National Oversight & Whistleblowers (NOW) pada 23 Jun jelas dan terang Rafizi mengaku betapa Pegawai Kanan SPRM sentiasa bersekongkol dengan pembangkang. antaranya;

"Saya bersama Akmal Nasir atas kapasiti National Oversight & Whistleblowers (NOW) telah dihubungi dan berjumpa secara sulit dengan seorang pegawai SPRM #berhubung tekanan yang dihadapi oleh badan tersebut pada awal tahun ini."

"Kami berdua telah dihubungi dan berjumpa dengan seorang pegawai kanan SPRM kira-kira 5 bulan yang lalu dan beliau memaklumkan bahawa kedua-dua pimpinan tertinggi SPRM telah dipaksa meletak jawatan dan jawatan mereka akan digantikan dengan ‘orang luar’ SPRM.

9. Jadi tidaklah menghairan jika Datuk  Bahri Mohd Zin yang kecewa membuat kenyataan ketika persaraan beliau. Sandiwara  Datuk Bahri Zin muncul semula. Kemana beliau selepas ini? Jadi pembangkang? sama-sama tunggu.

10. Kenyataan Bahri dalam portal Malaysiakini wajar disiasat kerana boleh dilihat memfitnah SPRM dan kerajaan. Walaubagaimanapun Kenyataan SPRM hari ini selepas menghubungi Datuk Bahri menafikan mengeluar kenyataan memburukkan SPRM dan menyatakan persaraannnya berkuatkuasa 30 Disember 2016. Jika benar Bahri tidak berkata demikian wajar Bahri menyaman portal itu demi membersihkan namanya.

sumber Captain M.

Tuesday, January 3

CHE DET DAH JADI NUJUM PAK BELALANG

Semakin terdesak kedudukan Tun Mahathir , maka semakin terdesaklah bunyi kenyataan yang dibuatnya.

Semakin hari semakin kalut.

Ada pihak tertentu berkata bahawa Mahathir menjadi begitu kerana khuathir hasil menabung sekian lama yang diletak di tempat tertentu belum dapat dibawa pulang dan juga rencana sambung kuasa melalui zuriatnya masih belum terhasil.

Ada pihak lain pula berkata Mahathir tidak ada sahabat dan kawan yang berstatus agamawan untuk menasihatinya.

Ada juga yang berkata bukan tiada yang mahu menasihatinya, tetapi lebih kepada dia tidak akan dengar nasihat sesiapa pun selain dirinya sendiri.

Dari dulu lagi Mahathir akan buat kenyataan ikut sedap hati, dan apabila dia membuat kenyataan yang sangat “damaging” maka berpusu pusu dan kalam kabutlah kita ahli UMNO terpaksa menjawap kepada musuh dan rakyat.

Namun, kini keadaan agak lega dan sedikit aman untuk ahli UMNO, biarlah kenyataan melalut Tun Mahathir menjadi beban kepada ahli parti Pribumi dan pembangkang untuk menjawabnya.

Biar mereka pula kelihatan bodoh dan kalut untuk membela kenyataan Imam Besar mereka.

Dalam isu terbaru berkenaan Haji oleh jemaah tajaan 1MDB , Mahathir kelihatan keliru dan celaru.

1MDB menggunakan duitnya sendiri, di mana pula salah dan dosanya?

Setahu kita Mahathir sering tuduh Najib curi wang 1MDB, maka jika wang curi tentunya tidak mabrur bahkan tidak boleh diguna untuk mengerjakan haji, tetapi jemaah haji tajaan 1MDB ini menggunakan wang 1MDB, di mana pula salahnya.

1MDB telah menghantar jemaah melalui kerja CSR semenjak 2011 lagi, Mahathir hanya buat fatwa pada tahun lalu. Maka jemaah semua tahun kah yang tidak mabrur? Atau tahun selepas Sheikh Mahathir Al Kroni bergaduh dengan Najib sahaja yang tidak mabrur?

Inilah dia nilai nilai sebenar yang ada pada diri Mahathir , geram dan dendamnya “knows no boundaries”.

Mahathir mahu hantar kekeliruan kepada jemaah kerana mahu mereka tidak menyukai DS Najib.

Jika Mahathir tidak buat tindakan sebegitu, pasti Najib akan menjadi popular dan makin sukar untuk di tumbang kan.

Mahathir lah yang mengakibatkan ramai orang UMNO solatnya tidak khusyuk kerana selama dia menjadi Presiden , UMNO sering mendapat dana dari tokey judi dan arak.

Mahathir sering memberi mereka projek dan kerja lalu  mereka memulangkan sedikit wang sebagai dana kepada UMNO,

Tradisi UMNO telan wang hasil haram dari kroni Mahathir dipecahkan oleh DS Najib.

Ketika DS Najib mendapat sumber dana dari orang Islam yang halal, ramai juga orang Melayu Islam yang bebal otaknya turut ikut rentak Tun Mahathir dengan memperlekahkan dan memperli akan sumber itu.

Sedangkan ia bukan lagi dari sumber tradisi zaman Mahathir iaitu dari ihsan tokey judi kroninya.

Mahathir marah Najib tidak datang merangkak meminta dana pilihanraya darinya.

Ini kerana Najib tahu, selain wang itu sumber tokey judi , kerajaan juga kena balas budi dengan memberi projek dan kerja sebagai ganti balas.

Institusi Presiden UMNO tidak lagi menjadi hamba kepada Tun Mahathir dan kroninya. Syabas DS Najib.

Maka kehidupan harus diteruskan.

Jangan peduli sangat  dengan ahli politik zaman dinosor yang masih ada benda tersekat sana sini yang akibatkan dia tidak boleh henti berpolitik walau pun usia di hujung senja.

Fatwanya berkenaan BRIM itu rasuah dan haji 1MDB tidak mabrur usah dilayan, dia sendiri berkedudukan dalam bala dan mala petaka, sudah lanjut umur tapi masih tidak tenteram , kerana bala dari Allah.

Di usia begitu orang sibuk ke masjid dan surau serta khuathir amalan sendiri cukup atau tidak cukup, dia masih sibuk menafsir amalan orang lain, yakni mahu ambil tugas Tuhan.

Pada yang ragu amalan haji 1mdb mereka mabrur atau tidak bolehlah cari Mahathir Al Kroni.

Dia sahaja agaknya yang telah dibuka kashaf oleh Allah untuk dapat melihat haji siapa mabrur atau tidak, sama juga dengan tafsiran dia sendiri sama ada kerajaan harus luluskan lesen judi kepada kroninya atau pun tidak.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive