Norbauer Seneca Ialah Papan Kekunci Dengan Harga Sebuah Kereta Dan Masa
Menunggu Hampir Setahun
-
Jika anda mengikuti perkembangan dunia hobi papan kekunci, anda akan
sekurang-kurangnya pernah mendengar nama Norbauer. Mereka adalah pembuat
papan kekunci...
Friday, January 27
Kajian INVOKE Buktikan Parti BN Paling Dipercayai Rakyat
Kajian Invoke ini digunakan sebagai salah satu platform untuk mengutip data khususnya sikap dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap politik. Sebuah organisasi bernama INVOKE telah diwujudkan dengan tujuan bagi menghasilkan kajian bagi menjatuhkan pemerintahan Barisan Nasional (BN).
Ia dikatakan diasas dan dipelopori oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang terkenal sebagai 'Raja Fitnah' dengan dipercayai digerak oleh 20 anak muda yang menjadi 'anak didik' kepada Rafizi sendiri.
Mereka menggemparkan Malaysia dengan satu kajian kecenderungan rakyat terhadap parti-parti politik di negara kita.
Menurut kajiselidik Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) bertarikh 19 Januari 2017 itu, seramai 41 peratus daripada 104,340 pengundi yang menjawab kajiselidik itu telah memilih parti Barisan Nasional (BN). Ia merupakan jumlah terbesar selepas hanya 24 peratus ingin memilih Pakatan Harapan yang dikuasai DAP dan 21 peratus PAS. Selebihnya memilih untuk tidak mengundi.
Turut diakui oleh 'pasukan' Rafizi tersebut ialah seramai 55 peratus bukan Melayu juga akan mengundi BN berbanding 33 peratus Pakatan Harapan dikuasai DAP dan hanya 3 peratus mahu mempercayai PAS. Manakala 9 peratus lagi cuba untuk berkecuali.
Secara keseluruhannya, kajiselidik yang dilakukan Rafizi ini lebih ke arah mahu memperlekehkan PAS. Mungkin ia ingin memaklumkan kepada umum melalui kajiselidik ini bahawa rakyat Malaysia tidak lagi mempercayai PAS.
Juga dianalisis dalam kajiselidik tersebut, sebanyak 39 peratus dari ahli PAS lebih cenderung untuk memangkah Pakatan Harapan yang dikuasai DAP manakala hanya 23 peratus mahu mengundi BN. 38 peratus pula dari ahli PAS lebih bersikap berkecuali.
Fantasi Invoke ini agak melampau apabila meletakkan PAS sebagai sebuah parti yang tidak mampu menang satu kerusi sekali pun. Pelik, takkanlah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri akan kalah di Parlimen Maran?
Selain kaji selidik Rafizi ini juga mengakui bahawa BN bakal beroleh kemenangan di 168 buah kerusi Parlimen - sekali gus mengakui prestasi BN bertambah dan berjaya membentuk 2/3 majoriti - namun di sudut pandang yang lain pula, ia sebagai kajiselidik yang sengaja mahu menakut-nakutkan PAS untuk menyertai Pakatan Harapan dikuasai DAP..
Invoke nampaknya cuba ambil alih kekosongan kajian persepsi yang dulunya sebelum PRU13 dilakukan oleh Merdeka Center dan UMCDEL. Invoke dipercayai akan buat kajian yang kelihatan memihak kepada pembangkang selepas ini bagi memberitahu rakyat populariti BN makin menurun.
Kajian kedua itu akan keluar dekat dekat masa PRU14 nanti. Itulah "agenda setting" persepsi yang cuba dibuat oleh Invoke.
Namun dalam kajian yang pertama ini, Invoke tidak boleh buat analisa yang tidak masuk akal. Invoke terpaksa bersetuju dengan ramalan Financial Times dan The Economist Intelligence Unit iaitu BN akan mengekalkan kemenangan pada PRU14.
Kajian Invoke ini hanya untuk menyakitkan hati orang PAS. Orang BN sudah dengar cerita ramalan kemenangan itu dua kali dah menerusi (Financial Times dan The Economist).
Kita tunggu kajian kedua Invoke, sudah pasti yang kedua ini ceritanya akan bertujuan sekadar mencipta persepsi semata mata.
Wednesday, January 18
#MRT KINI BERBAYAR.... BERBALOI HARGA DIBERI MURAH.... #JomNaikMRT
Setelah sebulan dirasmikan dan pihak MRT telah memberikan tambang percuma transit aliran massa (MRT) bagi fasa pertama laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) dari Sungai Buloh ke Semantan yang merangkumi 12 stesen.
Mulai semalam pengguna MRT akan dikenakan bayaran antara RM1.20 dan RM3.90, bergantung kepada jarak perjalanan di bawah struktur tambang tunai serta antara RM1.20 dan RM3.40 di bawah kaedah tanpa tunai.
Pesara kerajaan, Ahmad Abdullah, 64, berkata, biarpun tambang percuma berakhir semalam, dia akan menggunakan MRT sebagai pengangkutan pilihan utama bagi mengelak kesesakan lalu lintas dari rumahnya di Kota Damansara ke mana-mana destinasi.
Katanya, tambang yang dikenakan berpatutan dengan kemudahan disediakan seperti parkir, kedai serbaneka dan perkhidmatan bas pengantara.
“MRT membuatkan perjalanan rakyat Malaysia lebih bagus dan lancar selain menjimatkan masa serta wang, malah kita dapat merancang lebih banyak destinasi kerana pergerakannya tidak bergantung kepada keadaan trafik.
“Reka bentuknya yang terkini, lebih luas dan selesa dapat menarik minat orang ramai terutama pekerja untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja,” katanya.
Suri rumah, Rohana Ibrahim, 56, berkata, melihatkan sambutan positif terhadap tambang percuma yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 16 Disember tahun lalu, pastinya MRT akan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana ia berangkai dengan pengangkutan awam lain.
“Seiring peredaran zaman, pengangkutan moden sebegini pastinya menjadi pilihan rakyat yang lebih mementingkan masa dan tambangnya juga berpatutan.
“MRT bukan saja selesa kerana ruangnya lebih luas dan mempunyai banyak gerabak, malah susun atur juga menarik dan dipenuhi dengan informasi interaktif,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata, selaku pengendali MRT laluan SBK, pihaknya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk memenuhi jangkaan pelanggan, malah promosi tambang percuma sebulan memberi peluang kepada orang awam untuk merasai pengalaman pengangkutan awam terkini.
Katanya, mulai hari ini juga penumpang bas pengantara akan dikenakan tambang RM1 bagi setiap perjalanan dan diskaun 50 peratus diberikan kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pelajar,
Monday, January 16
TUN MAHADIR NEGARAWAN TAPI DAH DAH JADI TAK KETAHUAN
Titah baginda sekiranya perkara itu dibiarkan, ia akan mengusir pelabur-pelabur di negeri tersebut.
Dalam satu temubual eksklusif, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memetik nama Tun Dr Mahathir Mohamad kerana meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat Malaysia khususnya di Johor.
"Cukup-cukuplah. Setakat ini beta telah cuba mengawal diri daripada mengulas mengenai kontroversi membabitkan Forest City yang dibangkitkan Dr Mahathir dan penyokongnya.
"Namun Dr Mahathir sudah keterlaluan dengan memutarbelitkan isu ini. Beliau mendakwa kira-kira 700,000 rakyat China akan tinggal di JB dan taraf kewarganegaraan akan diberikan dan sebilangan besar tanah telah dijual kepada China.
"Beliau memberi gambaran bahawa Johor menyerahkan tanah kepada rakyat China malah membandingkan bagaimana kita menyerahkan Singapura kepada British," katanya dalam satu temubual di Istana Bukit Serene di sini.
Sultan Ibrahim berkata baginda tidak berniat untuk campur tangan dalam politik tetapi perlu menyatakan kebenaran kerana fakta mengenai isu tersebut telah diputar belit oleh mereka yang mempunyai niat tidak betul.
"Biar beta tanya kepada beliau - Forest City akan dibina dia atas tanah yang ditambak dan kebanyakannya ialah unit kondominium. Dalam bahasa mudah, unit tersebut adalah di udara. Ia unit strata.
"Saya ingin bertanya kepada Dr Mahathir jika pembeli warga asing ini dapat membawa balik apartmen itu ke negara mereka atau membawa seinci tanah yang telah ditambak ini.
"Mari kita lihat bilangan warga asing yang membeli hartanah di Singapura. Adakah rakyat Singapura di republik itu bimbang? Tidak, mereka tidak bimbang, tapi sebenarnya mereka mengalu-alukan ekspatriat mewah di sana.
"Di sini, kita ada Dr Mahathir yang mewujudkan rasa takut dengan menggunakan isu kaum, hanya untuk memenuhi motif politiknya. Beliau tidak bodoh, beliau hanya pentingkan diri dan bersifat oportunis," titah Sultan Ibrahim.
Lakaran artis menunjukkan bandar raya pintar, Forest City yang dibangunkan di atas empat pulau buatan.
Sultan Ibrahim mengulas mengenai beberapa kenyataan dalam blog Dr Mahathir yang mendakwa sejumlah besar tanah di Johor Baru dijual kepada warga asing tanpa sekatan dan wujud penghijrahan secara besar-besaran warga asing di bandar baharu itu.
Dr Mahathir dipetik sebagai berkata ribuan unit (kediaman) sudah siap dibina di Forest City yang dibangunkan syarikat berpangkalan di China dan telah dijual kepada rakyat China.
Forest City apabila ia siap sepenuhnya kelak akan terletak di atas empat pulau buatan manusia di Iskandar Malaysia yang dibangunkan Country Garden Pacific View.
Sultan Ibrahim berkata projek pembangunan campuran di Forest City bukan hanya untuk pelabur China tetapi sesiapa sahaja di seluruh dunia termasuk rakyat Johor.
"Projek ini akan meluaskan saiz tanah di Johor dan kedaulatannya," titah baginda.
Jelas baginda, kewujudan Forest City akan memberi impak besar termasuk pendapatan bagi kerajaan negeri dari segi cukai dan menyediakan kira-kira 200,000 peluang pekerjaan.
Sultan Ibrahim turut bertitah urusan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya kerajaan Persekutuan.
Titahnya, SP Setia, sebuah syarikat dari Malaysia terlibat dalam pembinaan apartmen di Battersea Power Station di London dan kerajaan British turut mengalu-alukan projek dan pelaburan di bandar baharu itu.
"Adakah Dr Mahathir atau anak-anaknya memiliki hartanah di luar negara?," soal Sultan Ibrahim.
Baginda bertitah, ramai pelabur datang ke Forest City turut mendapat manfaat daripada program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang dilancarkan pada tahun 2002 semasa dibawah pentadbiran Dr Mahathir.
"Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai perdana menteri, beliau telah meminta rakyat Malaysia untuk pandang ke Timur tetapi sekarang beliau mengkritik apabila pelabur Malaysia datang ke sini untuk melabur," titahnya.
Sebagai perdana menteri, Sultan Ibrahim bertitah Dr Mahathir telah memberi banyak perhatian dan keutamaan dalam membangunkan Langkawi berbanding beberapa pulau lain di negara ini.
Titah baginda, Dr Mahathir sedang bermain politik ketakutan dan kaum yang tidak mempunyai tempat di Johor kerana saya tak percaya kepada politik kaum.
Beliau menghina pelabur hartanah China yang kaya. Mereka tidak terdesak untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. Kebanyakan mereka mempunyai hartanah di negara lain, termasuk Australia dan United Kingdom.
"Mereka membeli hartanah di sini kerana mereka dapat melihat kepentingan strategik Johor.
"JB hanya beberapa minit dari Singapura dan Batam – dua negara berlainan.
"JB juga akan menjadi seperti Lembah Klang dengan hanya 90 minit perjalanan menggunakan keretapi laju sebaik sahaja Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura siap dibina," titahnya.
Sultan Ibrahim bertitah Johor Baru juga akan menjadi kota raya utama kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur, seperti New York-Los Angeles, Beijing-Shanghai dan Sydney-Melbourne.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Calon SPM positif dadah pulang berhibur dari Thailand, beri alasan tekanan hidup - Calon SPM positif dadah pulang berhibur dari Thailand, beri alasan tekanan hidup BUKIT KAYU HITAM: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini...
-
-
Zikir Hari Ahad : Amalan Harian Mendekatkan Diri kepada Allah - Zikir harian merupakan amalan yang sangat digalakkan dalam Islam. Para ulama menyusun zikir khusus mengikut hari dalam seminggu sebagai panduan rohani, ber...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com