Wednesday, October 9

APA LAGI YANG @KhairyKJ NAK............?


Dari apa yang semua tahu bahawa Khairy Jamaluddin telah diberikan amanat oleh pucuk pimpinan sebagai Menteri Belia Dan Sukan. Sudah tentu menjadi menteri tugasan serta amanat itu amatlah berat. Untuk Melaksanakan misi serta visi Pemuda UMNO selepas ini perlulah bakal Naib Ketua Pemuda UMNO mengalas tugas seperti yang diinginkan oleh Ketua Pemuda didalam keadaan politik Malaysia kini amat mencabar.
"Saya nak seorang yang boleh melengkapi saya, dia memahami visi saya dan boleh mengalas tanggungjawab bersama. Saya walaupun sudah jadi menteri tidak akan kurangkan aktiviti Pemuda saya. Saya memerlukan seorang Naib yang boleh berkongsi tanggungjawab dengan saya. 
tapi kita perlukan juga kumpulan pendesak, bukan saya kata kita tak perlu kumpulan pendesak, saya kata kita perlu jadi lebih sekadar kumpulan pendesak. 
Mungkin hari ini sebagai menteri susah saya hendak panjat pagar kedutaan, mungkin kita perlukan naib yang saya boleh call dan kata "pagi ni you pergi panjat kejap pagar kedutaan itu..." dan kemudian yang boleh juga laksanakan kanival kerjaya kita. Kena ada orang yang boleh buat dua-dua itu." Khairy Jamaluddin

Tapi bagi MKP siapakah yang layak dan pernah mengalas tugas-tugas tersebut. Korang cari sendiri!!! Takkan nak pilih yang hadir atau muncul serta aktif bila hanya musim pemilihan. Takkan seorang yang syalo mylo nak panjat pagar der.......nampak pelik dan janggal. Tapi kalau nak bersuara atau berceramah pun jarang sekali.

Bagi MKP Ketua Pemuda UMNO dah bagi Hint Kecil pada semua namun tak bolehlah terang-terang. Dari mula lagi dah nampak apa yang Ketua Pemuda UMNO ini mahu. anak muda zaman sekarang ratanya adalah aktif dilaman sosial. Pendekatan yang perlu dan wajib untuk mendekati anak muda. Kalau dah media sosial pun kurang pengikut macam mana nak dekati anak muda. Kalau setakat Program sesiapa saja boleh buat der....

Perancangan penggal kedua yang telah digariskan oleh Ketua Pemuda UMNO adalah untuk melahirkan pemimpin muda … Maknanya, perancangan fasa kedua ini adalah peremajaan UMNO. Dalam penggal kedua ini, kita fokus kepada pengkaderan pemimpin. Siapa yang pernah menjalankan tugas serta pengkaderan pemimpin. Renungkan kembali sejenak.

Jika korang nak tahu setiap bulan pada mesyuarat para EXCO Pemuda UMNO yang pertama disebut adalah penambahan ahli baru UMNO. Macam mana nak menambah ahli UMNO? Kenalah yang mendengar suara rakyat serta yang peka dengan isu yang dibangkitkan. Jangan selalu menjadi "Pak Turut". Barulah berjaya memujuk orang muda diatas pagar menyertai UMNO.

MKP akan sambung kisah ini selepas pulih sepenuhnya........................!!!

2 comments:

Anonymous said...

dah sudah sudah la tu bertekak, yg tu kata ni, yg ni kata mcm tu pulak.
Ibarat Kera nak dapat bunga. kenapa jd tahap mcm ni..? dah mcm pembangkang, bertekak dgn pembangkang. jgn lupa kita dibawah satu rumpun.

Anonymous said...

kita orang yang nak kan KJ

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive