Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memohon maaf kepada kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan rakyat negeri Johor kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan yang didakwa memburukkan negeri Johor adalah tidak ikhlas.
Ketua Menteri Pulau Pinang Berlidah seperti bewak dah minta maaf tapi dia tuduh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN) tapi kalau tak salah kenapa pula minta maaf?
Guan Eng meminta maaf kepada semua pihak bukan saja Sultan dan rakyat Johor tetapi juga kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang sentiasa berusaha menjaga keselamatan negara.
polis yang bersungguh-sungguh memastikan pengurangan kadar jenayah dalam NKRA kita yang juga membantu dia di Pulau Pinang memang rasa bukan hanya terkilan tapi dengan cara nak minta maaf kepada tuanku sahaja adalah tidak kena.
Guan Eng dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang tengahari tadi memohon maaf dan memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri lain.
Sebelum ini Guan Eng dalam satu temuramah di luar negara telah menyatakan bahawa Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding dengan Pulau Pinang.
Namun demikian, perkara tersebut telah disanggah oleh Guan Eng sehinggalah tersebar rakaman wawancara yang membuktikan perbualan tersebut memang berlaku.
Sebelum ni dia kata dia tak buat tapi sekarang ni dah ada rakaman yang tunjuk bahawa dia buat dan Tuanku telah pun bertitah sebegitu rupa jadi dia cuba nak menyelamatkan perkara yang memang dia salah dan menimbulkan kemarahan ramai rakyat Johor.
No comments:
Post a Comment