Bob Lokman dengan angkuh menyatakan beliau rela ditangkap.Sungguh angkuh dan riak adakah ini yang diajar oleh pok nik.sejahil MKP pun sikap riak dan angkuh itu adalah sifat syaitan yang harus dijauhi.Dok banyak sangat dengaq fatwa merapu nik aziz nie rasanya sampai yang jahil dan mungkar telah dilupakan.Inilah sifat riak dan munafik yang ditonjolkan oleh PAS dalam mendidik pemimpin mereka.Lain dimulut lain pulak niat dihati.
PETALING JAYA: Bekas Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman sedia dirinya ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada bila-bila masa kerana berpendapat dirinya berada di pihak yang benar ketika memberi ceramah agama di sebuah masjid bulan lalu.
Jais pada Selasa mengumumkan bahawa waran tangkap ke atas Bob Lokman telahpun dikeluarkan Jumaat lalu kerana gagal hadir memberi keterangan sepertimana yang diarahkan berhubung ceramahnya tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu.
“Jika mereka hendak tangkap saya, silakan kerana saya akur dengan keputusan mereka yang menganggap saya bersalah.
“Sedangkan saya hanya memberi dakwah tentang apa yang saya fikirkan dan menjelaskan (kepada pendengar ceramah) mengapa saya perlu dekatkan diri dengan cara hidup seperti hari ini yang lebih menjurus kepada akidah dan tauhid,” katanya ketika dihubungimStar Online, Rabu.
Lantaran itu, dia menolak dakwaan yang mengatakan dia menyampaikan dakwah di masjid untuk mempengaruhi perkembangan politik semasa.
“Saya tidak mencampurkan urusan politik di dalam masjid kerana saya hanya menyampaikan dakwah.
“Ini bersandarkan kepercayaan saya bahawa orang Islam tahu perkara yang nyata dan benar dalam masjid. Selagi tidak bualkan tentang perkara yang buruk, saya berada di pihak yang benar.
“Saya lakukan ini berlandaskan agama dan kebenaran,” katanya yang kini bekerja sebagai pendakwah dan berniaga barangan ibadat.
Bob kini sedang disiasat di bawah seksyen di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, iaitu menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
1 comment:
bob oh bob
Post a Comment