Friday, November 4

@chegubard gila Publisiti,NUPW digunakan!!!


Kerajaan, malah kebanyakan majikan sendiri mahu menyaksikan setiap pekerja mendapat perlindungan yang mencukupi. Atas kesedaran ini, dan juga berikutan gesaan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang (NUPW), kerajaan mengambil langkah meminda Akta Pekerjaan 1955, antara lain untuk menjamin pekerja kontrak turut dilindungi.


Kementerian Sumber Manusia, mengadakan pertemuan dengan lebih 900 pemimpin kesatuan dan majikan. Apabila selesai mengumpul pandangan barulah rang undang-undang pindaan terbabit dibentangkan di Dewan Rakyat pada 8 Julai tahun lalu. Namun kerajaan mengambil keputusan menariknya balik pada 12 Oktober selepas mengambil kira bantahan kesatuan. Ia dibentangkan semula di Dewan Rakyat pada 6 Oktober dan diluluskan. Rang undang-undang itu dijangka dibahaskan di Dewan Negara tidak lama lagi.


Tidak siapa boleh menafikan kerajaan bersikap terbuka mengenai pindaan terbabit. Pertemuan demi pertemuan dibuat dengan pihak kesatuan. Mengikut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, 18 pertemuan diadakan dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi membincangkannya. Namun pihak kesatuan tetap berkeras dan mahu berpiket kerana masih tidak berpuas hati dengan jaminan diberi menterinya bahawa pindaan itu tidak bermakna pekerja kontrak sumber luaran banyak diambil pada masa depan, menggantikan pekerja yang digaji terus majikan. Malah Subramaniam berkata, menteri ada kuasa di bawah Akta Kerja untuk mengawal sebarang salah guna sistem tenaga kerja kontrak.


Bagi MTUC jaminan berkenaan tidak mencukupi. Selepas berpiket di depan bangunan Parlimen awal bulan lalu, kesatuan itu mengambil keputusan untuk berpiket lagi hari ini bagi menyuarakan bantahan terhadap pindaan akta berkenaan. Kali ini piket akan diadakan di 17 lokasi di seluruh negara selepas waktu kerja. Di bawah Seksyen 40, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (IRA), piket dibenarkan jika ada pertikaian perusahaan dan boleh diadakan tanpa permit polis. Berikutan kes ini tidak membabitkan sebarang pertikaian perusahaan, piket ini memerlukan permit di bawah Akta Polis, sama seperti perhimpunan politik. 


Dalam situasi sekarang, menganjurkan piket sebagai saluran mendesak kerajaan memenuhi apa juga tuntutan kesatuan bukanlah jalan terbaik. Ia belum tentu dapat menjamin masalah itu dapat diselesaikan, sebaliknya boleh mengeruhkan hubungan baik pekerjaan, majikan dan kerajaan. Tindakan itu juga bakal memberi ruang kepada pembangkang untuk menjadikannya sebagai modal politik memburukkan kerajaan. Oleh kerana bantahan kesatuan hanya terhadap bahagian tertentu akta berkenaan, kita berpendapat meja rundingan masih menjadi jalan terbaik untuk merungkai isu ini. Golongan pekerja harus berhati-hati agar tidak terperangkap dengan permainan politik pihak berkepentingan. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive