Wednesday, November 23

Penjelasan Kekeliruan yang Dibangkitkan.



Terdapat sedikit salah faham yang dibangkitkan oleh otai blogger dan berikut adalah penjelasan dari YDP 1Agenda mengenai kekeliruan tersebut.


Salam. Saya Zul Azhar Cha, Yang Di Pertua 1AGENDA. Untuk makluman semua rakan2 dan para sahabat, KMS1M adalah program NGO yg bukan diinisiatifkan oleh Kementerian. YB Dato' Mohd Sharkar dilantik Pengerusi kerana beliau adalah EXCO IT Negeri Pahang merangkap Ahli Kehormat Kelas Pertama 1AGENDA.

Program ini adalah insiatif 1AGENDA. Saya mengaku terdapat keciciran di dalam menyaraipendekkan tetamu jemputan. Kebanyakan yang dijemput (rakan2 Blogger) adalah melalui sms dan bbm.


Saya sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa Peserta dan Pendaftaran, terlibat secara langsung dengan kehadiran Peserta dan Tetamu.


Saya memohon maaf jika terdapat keciciran dan inisiatif Melancarkan MyVo1ce adalah untuk memastikan mesej dan networking jentera perlaksaan 'psiwar' pro BN digerakkan secepatnya.


Tidak terlintas untuk 'sideline'kan sesiapa dan mengakui ianya adalah kesilapan dan salah faham semata-mata.


1AGENDA mengiktiraf Semua rakan Penulis dan penggiat media sosial terutama rakan-rakan yang telah lama berjuang menulis untuk membantu mempertahankan dasar-dasar Kerajaan BN yang kita kasihi.


Kehadiran YB Menteri Penerangan adalah di atas jemputan kerana Program ini berkait dengan Kementerian berkaitan yang mengawalselia media sosial.


Saya akan membuat kenyataan akhbar untuk membetulkan kekeliruan ini.


Harap Maklum. Sekian dan Wassaalam.



MKP kata:maaf dipinta bagi pihak 1Agenda kepada semua yang terlibat,pihak penganjur telah memberikan penjelasan dan amat berharap diterima baik oleh semua pihak.Kita sebagai manusia dan insan biasa tak lari dari melakukan kesalahan.Matlamat kita kearah 1tujuan dan 1matlamat untuk memenangkan BN pada PRU 13.Penyatuan kita akan melemahkan musuh kita dari pihak pembangkang.

2 comments:

Aku Peduli Apa @ APA said...

Assalam sdra MKP.
Terbaik..

Siapalah kita untuk tidak memaafkan sesama kita.Yang lebih penting melihat kehadapan dan melupakan kesilapan yang dah berlaku,apatahlagi kalau pihak penganjur dah memohon maaf.

Salam perjuangan.

matkilaupenang said...

salam perjuangan Bro APA.
yang baik datang dari allah dan yang buruk itu datang dari kita insan yang bersifat hamba.tak salah kita memaafkan sesama kita dan sifat pemaaf itu di puji oleh allah.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive