Beto Kusyairy Berdepan Cabaran Fizikal Dalam Filem Biopik Gayong
-
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Beto Kusyairy mendedahkan beliau kini
menghadapi masalah sakit tulang belakang (slip disc) yang membataskan
pergerakan teru...
Thursday, February 16
Isu Lembu, Sharizat, Umno Dan Kuasa Media Baru
Kritikan melulu yang diterima oleh Datuk Sharizat Abdul Jalil dan jawapan balasnya mengenai kemelut National Feedlot Corporation (NFC) dikhuatiri menenggelamkan pesanan yang jauh lebih penting untuk masa depan Umno.
Mesej itu disampaikan oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, iaitu Umno harus peka kepada pemikiran baru pengundi dan menguasai media baru atau menempa tragedi pada pilihanraya umum akan datang.
Apakah dia pemikiran baru yang di maksudkan? Apakah pula tuntutan baru pengundi yang berbeza sekarang dengan citarasa mereka sepuluh atau lima belas tahun yang lalu?
Dan, soalan cepumas bagaimana semua ini berhubung kait dengan NFC - sebuah projek RM250 juta kerajaan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik keluarga Sharizat semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada tahun 2007?
Jawapannya ialah, kebertanggungjawaban - pengembangan sumber maklumat menerusi alam siber menjadikan rakyat semakin lantang dalam menuntut kebertanggungjawaban dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan nasional.
Skandal NFC bukan cetusan Pembangkang sungguhpun Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memanjangkannya dengan melontar tuduhan salahguna wang secara bersiri sepanjang tiga minggu lalu.
Isu itu dibangkitkan oleh kerajaan sendiri – menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010. Justeru tidak ada pihak yang harus bingkas mencadangkan Kerajaan mahu “menutup” isu berkenaan.
Susulan pendedahan-pendedahan yang melibatkan pembelian kondominium, kereta mewah dan lain-lain dengan menggunakan wang Kerajaan, isu itu diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Namun terma “dalam siasatan” tidak cukup untuk meredakan kemarahan rakyat.
Begitu juga penjelasan ringkas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar bahawa siasatan awal mendapati tidak ada unsur pecah amanah dikesan.
Walaupun Khalid bercakap dari sudut undang-undang semata-mata, pengundi di kurun 21 tidak dapat menerima jawapan sebegitu kerana secara rasional wang Kerajaan harus dan hanya boleh digunakan untuk maksud yang ianya diberikan. Dalam kes ini untuk ternakan lembu semata-mata.
Kemampuan Kerajaan untuk menangani pemikiran baru pengundi-pengundi sebeginilah yang menjadi cabaran kepada Najib dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13.
Dan cara menanganinya bukanlah secara konfrontasi tetapi dengan memahami dan menguasai media baru untuk menjelaskan pendirian Kerajaan yang disokong dengan tindakan dan langkah-langkah tegas dalam menangani sesuatu isu.
Media baru dalam bentuk blog, facebook, twitter dan lain-lain adalah capaian terbaru generasi muda dan pertengahan umur serta menjadi sumber maklumat yang mempunyai jaringan begitu luas.
Tidak dapat dinafikan Pembangkang telah jauh mendahului Umno dan lain-lain parti Kerajaan dalam menggunakan media baru untuk mencari kelebihan politik.
Mereka berjaya menggunakan media baru untuk menangkis pengaruh media arus perdana secara berkesan dan pada masa sama, membentuk dan menyebarkan persepsi bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah rasuah dan harus digantikan dengan apa cara sekali pun.
Di Malaysia hari ini amat janggal sekali untuk sebuah keluarga tidak memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer riba, atau telefon Blackberry mahupun I-phone. Hampir setiap orang memiliki Facebook dan akaun Twitter.
Semua ini menjadi medan pertempuran untuk meraih sokongan rakyat pada PRU ke 13 dan pilihanraya-pilihanraya akan datang.
Semua bentuk media baru ini memberikan maklumat kepada pelayar siber dalam sekelip mata. Maklumat yang dibaca menerusi skrin komputer riba atau telefon bimbit membentuk akal minda mereka semasa membuang undi.
Berbalik kepada isu NFC, siapakah yang “menggoreng” Sharizat dan mahukan beliau meletak jawatan, sekali gus menolak penjelasannya bahawa beliau tidak terbabit dalam syarikat yang diuruskan oleh suami dan ahli keluarganya?
Tentunya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Sharizat, apabila tidak dijawab secara pantas dan berkesan, merebak bagaikan api menerusi Malaysiakini, Malaysian Insider dan twitter serta facebook oleh pelbagai pihak.
Semua ini mencerna gelombang atau arus yang menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu meletak jawatan.
Anehnya tidak ada gelombang sebegitu yang menuntut Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail meletak jawatan sebagai Presiden PKR kerana suaminya dibelit, malah didakwa dan dihukum atas salah laku moral.
Jawapan kepada “kejanggalan” atau dwi-standard ini terletak kepada pihak mana yang lebih pintar menguasai media baru.
Kejanggalan ini yang dikupas oleh Najib dan terpulang kepada Umno untuk memikirkan strategi membetulkan ketidakseimbangan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Doktor tersilap potong kaki pesakit - Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada pembedahan, ...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2012
(2109)
-
▼
February
(207)
- IR SHAIK HUSSEIN PERLI SAMA GUAN ENG?
- ANZALNA NASIR, LEBIH SEDAP DIPANDANG DARI ERYKAH B...
- NAMEWEE BABI DAH BUAT HAL LAGI?
- GANGSTAR UMNO BUAT HAL LAGI KE?
- JANICE LEE JANGAN LEDAKKKAN 13 MAY DI PENANG?
- ADAKAH GUAN ENG INGIN CETUSKAN 13 MAY SEKALI LAGI?
- Semua Salah UMNO, Ku Nan Mengamuk......
- OSTAZ ZIZAN PATUT DIKERAT DAN DIKUBURKAN ?
- BETTY RAHMAD DISAMUN,CERMIN KERETA DIPECAHKAN.
- AZIZAN DAN PHAHROLRAZI CUMA BERBEZA PENDAPAT TAHAP...
- NURUL IZZAH KENA TUMBUK?
- BADRUL AMIN BOLEH MASUK RAJALAWAK LEPAS NIE?
- OSTAD ZIZAN TERSEPIT,PAS PUSAT SUDAH GELABAH?
- THE STAR DIMINTA PERJELAS ISU INI?
- Kes Khalwat Badrulamin : Peluang Yang Dinanti Peja...
- SIAPA ARTIS NIE PULAK?
- BADRUL AMIN : SIAPA YANG BERSALAH BLOGGER UMNO KE?
- GUAN ENG DAH GILA,BILA MASA PULAK LYNAS ADA DI PEN...
- KENAPA PEMUDA UMNO MENGAMUK KEPADA HIMPUNAN HIJAU ...
- Lima Exco Bertindak Pulau Mesyuarat Dipengerusikan...
- VIDEO JELAS MENUNJUKKAN PROVOKASI YANG DIBUAT OLEH...
- SUSAN LOONE/MALAYSIAKINI MENIPU LAGI...
- GUAN ENG MENGAMUK DI PADANG KOTA PULAU PINANG.
- Anjing Lynas Mengamuk Di Padang Kota Penangg
- Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Unit Mewah The Ista...
- BADRUL AMIN DAN OMBAK RINDU, MAEL KECEWA LAGI???
- VIDEO EKSKLUSIF : BADRUL AMIN DAN PAS DIKACA MATA ...
- INAFIONA VS BADROL AMIN UST KEPALA LENDIR.
- MB KEDAH PATUT BUBARKAN DUN SEKARANG !!!!
- Gambar Terkini ; Penafian Badrul Amin
- Geng PKR Hilang Teloq Pasal Badrul Amin.
- Parti Ajaran Seks.(PAS) Badrul Amin Skandal.
- Ostad Zizan Tak Lantik Phahrolrazi dan Dr Ismail ...
- DRAMA LAWAK PAKATAN RAKYAT-MESTI LIHAT!!!
- PM Di Anugerahkan Tan Sri Buana Ganga Simanjakani ...
- GANDINGAN NEELOFA DENGAN SHAHRIZAL GAGAL
- OSTAD ZIZAN BERI KONTRAK JUTAAN RINGGIT KEPADA PEM...
- Skandal Pasir Selangor : Pendedahan RPK Berasas, B...
- KEDAI NASI KANDAR DIPECAHKAN OLEH SAMSENG.
- VIDEO PEMUDA UMNO REMBAT AMK DI MARKAS PKR.
- 18SX JANGAN TENGOK KALAU KURANG UMOQ,NEELOFA.....?
- AMK SELANGOR DAYUS!!! KETUA PEMUDA PULAU PINANG ME...
- MB KEDAH BUBARKAN DUN BULAN DEPAN ?
- Foto: David Teo Hadiahkan Seutas Gelang Berlian Ke...
- VIDEO ANWAR KEDUA AKAN MUNCUL KATA RAHIM TAMBY CHIK
- AL-FATIHAH Ayahanda Ketua AMK Pulau Pinang Meninggal.
- Marsha Buat MKP Telan Ayaq Liur.
- JOM PI HIMPUNAN HIJAU #FAUZIAHTIPU
- BALANCE DEPOSIT RM86.9 JUTA UNTUK PROJEK BAYAN MUT...
- ISU TANAH BAYAN MUTIARA.GUAN ENG TIPU LAGI?
- GodFather PAS Adalah Anwar Ibrahim?
- DAPhne IKING PULAK MASUK PAS?
- LIM GUAN ENG MENGAMUK DENGAN PEGAWAI MEDIA CM?
- BLOGGER DAJJAL SUDAH MUNCUL DIALAM MAYA?
- CAT TUKAR KEPADA abcd ASAL BUKAN CINA DAP.
- Yusmadi Pulak Meroyan Dengan Lim Guan Eng?
- ELLA DAH JADI MODEL XXX PULAK?
- KJ BANTAI ANWAR,JANGAN GUNA HP ISRAEL?
- Isu 1Agenda Dan Myvoice.
- MAHFUZ BEAN JADI BUDAK KECIL MINTA NENEN?
- GELAGAT KECEWA AHLI PAS!!
- Raisa Andriana 101,000 Follower , NajibRazak 449,1...
- VIDEO : IMF Minion Anwar Ibrahim ?
- Gambaq Terakhir Ana Rafali Sebagai Girlfriend
- APA DAH JADI DENGAN KMS1M !!! @1_Agenda
- EMMA PUNGKOQ HITAM PULAK DAH?
- Lisa Surihani Mandi?
- PANAS : APA KAITAN ANWAR DENGAN IMF SERTA AMOI NIE?
- VIDEO BERAPI : A.B.C.D. ASAL BUKAN CINA DAP, GUAN ...
- LISA DAN COSMOPOLITICAN?
- VIDEO MELAYU KURAP AMK BELA DAPig.
- 8 AHLI UMNO MATI KENA REMBAT PUAK AMK?
- Breaking News : Bangunan UMNO Runtuh Kerana UMNO S...
- PROTES : SORRY BEB WA SUDAH MASUK LAIN KOLAM!!
- ANWAR DAH LUPA SAPA PUNYA KEJA ISRAEL NIE?
- Guan Eng Ada Berani Debat Dengan IR Shaik Hussein.
- Pak Sheik ! Janji Pematang Pasir Belum Tunai?
- BLOGGER MILO SENGGAL KANTOI MENIPU LAGI ???
- SAPA PUNYA PROGRAM NIE!!! SABOTAJ PM KOT???
- KECOH KAT KULIM , SATU KAMPUNG MENGAMUK DEKAT ADUN...
- GUAN ENG KENA LONDEH DENGAN AMOI PENANG?
- Anwar Mula Jumpa UlarMak Nik Aziz.
- APA PULAK DEPA NIE DOK MAIN API MACAM RED INDIAN,,,,
- BLOGGER KEJAR RANKING DENGAN MELONDEH?
- VIDEO MANTOP : DALAM KETA PUN ANWAR KENA MAIN?
- GEMPAR KUALA KETIL BAH KERANA BALAK PAS?
- Permohonan Guan Eng Pindah Kes Saman RM30 juta Dib...
- GUAN ENG DAH HILANG HORMAT PADA PENGUNDINYA?
- ADAM ADLI BUAT HAL SURUH OSTAD ZIZAN LENA?
- Melayu Jangan Munafik Dan Taksub Wasiat Syaik Abdu...
- KALAU DAH DASAR PENYAMUN ??? MUSIBAT BETUL KAWAN M...
- APA YANG PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT BUAT?SALAHKAN UMN...
- MAT SABUN MULAKAN KEMPEN TERHADAP DAP LAHANAT?
- AWAT DEPA MENGAMUK DEKAT PAS KEDAH?
- BERAPI : GUAN ENG LETAK JAWATAN ESOK?
- Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa?
- GUAN ENG TAK JAWAB ISU HUDUD PAS?
- GEMPAR KETUA MENTERI MASUK HUTAN BILA TPM MAI PENANG?
- NURUL IZZAH BUAT HAL LAGI??
- BALING MENJERIT- AZEEZ RAHIM KEMBALI MEREMPIT
-
▼
February
(207)
No comments:
Post a Comment