Tuesday, May 29

DAP KAKI BULI : 7 BANTAI SEORANG?


Seorang kaunsilor Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang dilantik DAP mengkehendaki supaya tindakan undang-undang – dalam bentuk denda RM500,000 atau/dan penjara lima tahun – diambil terhadap Perkasa.

Ong Ah Teong, kaunsilor MPPP itu mahukan hukuman tersebut dikenakan ke atas Perkasa kerana membakar kemeja-T warna kuning Bersih di depan bangunan Komtar serta menyelerakkan poster-poster anti-Guan Eng di atas jalanraya di luar kediaman ketua menteri itu.

Menurut laporan Malaysiakini kelmarin bertajuk ‘Penang council to act on Perkasa’s open burning‘, Ong telah mendesak agar Perkasa disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 29 (a) Akta Kualiti Alam Sekeliling.Section 29A. Prohibition on open burning
29(1) Melainkan jika dilesen, tiada seseorang boleh melepaskan benda berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan‐buangan ke dalam perairan Malaysia dengan melanggar syarat‐syarat yang boleh diterima yang ditentukan di bawah seksyen 21.
[Notwithstanding anything to the contrary contained in this Act, no person shall allow or cause open burning on any premises.]
Kesalahan ‘open burning’ boleh membawa hukuman denda tidak lebih daripada RM500,000 atau penjara tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya. 
Ong Ah Teong, iaitu kaunsilor MPPP yang dilantik DAP, sebelum ini juga menuntut supaya tindakan dikenakan ke atas Jessie Ooi, iaitu ketua Beliawanis MCA Selangor yang berani mengkritik Dear Leader ketika sesi soal-jawab perbahasan di antara Kim Guan Eng dengan Dr Chua Soi Lek. 
Fungsi MPPP seolah-olah hanya untuk melanjutkan politik DAP. Ingat juga pada skandal sPICE di mana MPPP meluluskan belanjawan RM50 juta. 
Umno bahagian Bayan Baru pula baru-baru ini menuduh MPPP cuba menggagalkan program lawatan kerja sehari Muhyiddin Yassin di Pulau Pinang(sumber: Bernama)

DAP bermaharajalela di Subang Jaya

Seorang blogger Tony Yew pernah mendakwa, “Councilors for the Subang Jaya Municipality are now interfering wholesale with the enforcement unit”.

Pada Jun 2010, Tony memblog:
“According to the officer who sealed the premises, he was instructed to do so by [MPSJ councillor] Theresa Ratnam, and when asked why the sealing was done at 9pm, he merely said that he was instructed to do so. When pressed further, he revealed the councilor’s name, and said that it was ‘political’. He later asked the school owner to speak to either Hannah Yeoh (Subang ADUN) or Theresa Ratnam.” 
Pada Julai 2010, Theresa Ratnam telah dicalonkan oleh Hannah Yeoh untuk menjadi ahli majlis penasihat kerajaan tempatan yang baru (sumber: Komunitikini).

Akrab nampaknya Hannah dengan Theresa.

Rajiv Rishyakaran, seorang Pembantu Khas Hannah Yeoh, pun dilantik menjadi kaunsilor MPSJ.


Pembantu-pembantu Queen Bee (dari kiri) Reuben David, Rajiv Rishyakaran, Timothy Ho, Edward Yap dan Edward Ling beberapa tahun lepas. Kanan: Gambar Rajiv terkini



Edward Ling, iaitu setpol Hannah Yeoh, juga pernah menjadi kaunsilor MPSJ dari Julai 2010 – Feb 2012. Edward berkata kaunsilor-kaunsilor yang dicalonkan DAP akan diletakkan dalam pelbagai jawatankuasa majlis untuk menyemak imbang kuasa.

Sebelum itu Edward, yang merupakan rakan segereja Hannah, pernah bertugas sebagai pengurus kempen pilihanraya Hannah. Seorang lagi pembantunya, Timothy Ho (dalam gambar atas) juga Kristian di gereja Klang Presbyterian Church. Evangelis-evangelis ini memang mempunyai jaringan yang erat.
MB (Mem Besar) S’gor tidak berpuas hati

Dalam satu temuramah dengan NST (6 March 2012), Hannah Yeoh dipetik sebagai berkata:
“In Subang Jaya, assemblyman Hannah Yeoh has expressed her unhappiness at the Subang Jaya Municipal councillors list, which she said was late as well as incomplete. ‘I am happy to see the comeback of Chang Kim Loong. He is an asset in our efforts to promote responsible development for house buyers. It is sad to not have Tan Jo Hann with us. I hope the councillors’ grouses will be seriously addressed by the council president (Datuk Asmawi Kasbi) and council directors’.”

Waah. Adun ini kelihatan begitu berpengaruh di kawasannya. Sampai dia tak segan untuk mencampurtangani urusan pelantikan kaunsilor MPSJ.

Seorang lagi Pembantu Khas dengan jolokan sebagi Ken Chia.

Chia Yew Ken dilantik sekali lagi menjadi kaunsilor pada tahun ini. Namun sebelum itu dalam tahun 2008 Ken juga kaunsilor MPSJ atas kuota DAP.Nama aje NGO … macam Aliran kat Penang tu

Perhatikan bahawa bukan sahaja kuota parti tetapi kuota NGO pun DAP mahu bolot … asalkan “to have their people in the local councils”, wor.

Kata penyelaras BN Selangor Mohd Zin Mohamed:
“They promised to appoint academicians and non-governmental organisation representatives as local councillors but from what we can see, they (Pakatan allies) fought among themselves to have their people in the local councils. Upon a closer look, the local councillors are found to be members of either PKR, Pas or DAP, but they have been re-branded as NGOs. This is a breach of trust on their part.”

– Sumber: NST (29 April 2012)

Seperti yang disebutkan tadi, Chia Yew Ken (Pembantu Khas Hannah Yeoh) adalah kaunsilor MPSJ pada tahun 2008. Begitu juga Theresa Ratnam, iaitu kaunsilor MPSJ yang dicalonkan oleh Hannah untuk menjadi ahli majlis penasihat kerajaan tempatan.

Bertuahlah Hannah kerana ada ramai orang yang rapat dengannya duduk dalam MPSJ. Jadi bila berlaku apa-apa persengketaan, pasti mereka akan berpihak kepadanya.

Seorang kaunsilor MPSJ – yang ini bukan kroni Hannah – pernah mempersoalkan kenapa Hannah dibenarkan duduk di kerusi yang dikhususkan untuk kaunsilor sahaja di dewan mesyuarat.

DAPster tetap DAPster

“Councillor Keshminder Singh … questioned why Yeoh was allowed to take part in the full board meeting when the state government had previously said that elected representatives were not allowed to interfere with the running of the local governments.” 
Kata Keshminder: “The council did not receive any directive from the state government allowing state assemblymen to sit at the councillors’ table.” 
“Keshminder later told the reporters that he initially thought of walking out of the meeting but his friends advised him against doing so. ‘If Yeoh sits again at the reserved place at the next full board meeting, I will walk out,’ said Keshminder.”

Pastilah kroni-kroni Hannah yang ramai dalam MPSJ bengang dengan pendirian Keshminder itu.


Keshminder telah memaklumkan rasa tidak puas hati beliau terhadap fitnah yang d
iterima daripada 7 orang Ahli Majlis berkaitan isu tempat duduk Hannah.

Ish, ish, ish… Kaunsilor MPSJ pun boleh didakwa memfitnah lawan (‘lawan’ ialah sesiapa yang mengkritik dewa-dewi DAP turun dari kayangan).

DAPster betul perangai mereka!

Tak kiralah yang memberi komen di alam maya atau yang berjawatan kaunsilor dalam majlis-majlis tempatan di negeri-negeri Pakatan.

Nyata sekali DAP mempraktikkan kronisme. Dengan tanpa segan silu mereka meletakkan orang parti untuk memegang jawatan-jawatan strategik.

Bukan itu sahaja, malah dengan selamba mereka boleh menabur janji kosong — kononnya berpaksi kepada Ketuanan Rakyat.

Cakap manis di bibir tapi tak serupa bikin. Menjalankan “reformasi”? Tolong lah.

1 comment:

yb raz said...

cina bila dapat kuasa mula nak menindas org melayu..itupun org melayu masih x nampak..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive