Bukan senang nak jadi Menteri ni kan?Banyak fitnah yang cuba ditabur oleh pihak pembangkang akan tetapi setiap tomahan serta fitnah harus dikekangang dengan cara yang betul dan berhemah.Kalau tidak nanti melarat pulak macam kes NFC dan sebagainya.Penjelasan perlu tepat dan berdasarkan bukti yang nyata.
Dah lah tanggungjawabnya maha berat, tapi yang paling tak tahan sekali ialah fitnah yang diterima, bukan sahaja terhadap diri sendiri, tapi turut melibatkan ahli keluarga!Menteri yang terkini kena fitnah ialah Dato’ Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Apa fitnahnya? Kononnya Dato’ Raja Nong Chik salahguna kuasa untuk beri kontrak Kementerian Belia dan Sukan kepada syarikat anaknya, Istijuara Sdn Bhd.
Sebenarnya aku bila dengar fitnah ni pun dah jadi hairan. Dato' Raja Nong Chik ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Dia bukannya pegang Kementerian Belia dan Sukan, jadi macam mana dia boleh bagi kontrak kat anak dia?
Takpalah, mari kita kaji kronologi isu ni untuk buktikan bahawa ianya langsung tidak berasas.
Istijuara Sdn Bhd dapat Surat Niat (letter of Intent) untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor dari KBS pada tahun 2006. Pada masa itu, Dato' Raja Nong Chik takda sebarang pegangan saham dalam Istijuara Sdn Bhd. Ini bermakna Istijuara Sdn Bhd dapat kontrak tu atas daya usaha mereka sendiri.
Dato’ Raja Nong Chik beli Istijuara Sdn Bhd pada tahun 2007 dan letakkan bawah nama anaknya. Pada masa itu, Dato’ Raja Nong Chik belum jadi Menteri lagi. Sebagai ahli perniagaan, takda salahnya dia nak beli saham mana-mana syarikat.

Apa penjelasan kepada fitnah ni?

Dato’ Raja Nong Chik jadi Menteri pada tahun 2009.
Pada tahun 2010, kompleks IKBN Bandar Penawar siap. Bila dah siap, baru Surat Tawaran (Letter of Award) dikeluarkan kepada Istijuara Sdn Bhd. Mengapa kena tunggu siap baru keluar Surat Tawaran? Sebabnya Kerajaan nak pastikan spesifikasi peralatan adalah up to date. Kalau dia bagi Surat Tawaran (Letter of Award) pada tahun 2006 bersekali dengan Surat Niat (Letter of Intent) maka spesifikasinya tentulah spesifikasi tahun 2006 sedangkan kompleks hanya akan siap pada tahun 2010! Bayangkanlah, kompleks serba canggih guna peralatan kuno dan out of date!
Kesimpulannya?
Istijuara Sdn Bhd dapat kontrak takda kena-mengena dengan Dato’ Raja Nong Chik sebab dia bukan pemegang saham pada masa itu.
Dato’ Raja Nong Chik beli Istijuara Sdn Bhd dan letakkan bawah nama anaknya sebelum dia jadi Menteri, dan selepas Istijuara dapat kontrak IKBN.
Tempoh di antara Surat Niat (Letter of Intent) dan Surat Tawaran (Letter of Award) adalah kerana menunggu kompleks siap bagi memastikan spesifikasi peralatan up to date. Ini adalah Standard Operating Procedure (SOP) perolehan Kerajaan.Jadi, apa yang pembangkang nak kecoh-kecoh kononnya ada salahguna kuasa? Nampak jelas semua proses mengikut prosedur dan lunas undang-undang.
Sengaja je diorang seronok tabur fitnah!!!
p/s: Kalau nak tengok dokumen-dokumen berkaitan, boleh tengok di sini.kredit kepada apa kecoh-kecoh lu punya artikel mantop dan terbaik........
No comments:
Post a Comment