BN membuat laporan polis hari ini berhubung pengedaran risalah kononnya BN akan mengagihkan sumbangan 'duit' Hari Raya sempena hari pengundian esok.
Laporan dibuat oleh Setiausaha Jentera Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut bagi BN Salleh Abdul Latif yang kononnya menandatangani risalah itu.
Risalah itu menyatakan kononnya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin telah meluluskan sumbangan duit Hari Raya itu kepada pengundi warga emas, ketua keluarga, pemuda dan wanita DUN Kuala Besut.
Timbalan Pengarah PRK DUN Kuala Besut Datuk Seri Idris Jusoh kesal dengan tindakan itu yang beliau percaya dilakukan pembangkang.
Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua dan anggota Parlimen Besut percaya tindakan itu dibuat bagi memperlihatkan BN mahu membeli undi rakyat pada hari terakhir berkempen.
Taktik kotor itu disedari Ketua Penerangan Umno yang juga Pengerusi Biro Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan ketika menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Pekan Kuala Besut pagi tadi.
1 comment:
Pas wal halalku....wal haram mu !!
Post a Comment