Showing posts with label Prk . Kuala besut .. Show all posts
Showing posts with label Prk . Kuala besut .. Show all posts

Thursday, July 25

Panas! Damia Izara Bogel Kalau Berani........!!!!!

Gadis tersebut, Damia Izara menerusi akaun Facebooknya membuat kenyataan seperti gambar dibawah.

damia izara ingin bogel, gambar bogel damia izara, damia izara, gambar damia izara, siapa damia izara, keputusan prk kuala besut, gambar keputusan prk dun kuala besut, barisan nasional menang prk kuala besut

Adakah perlu kenyataan seperti itu dikeluarkan? Rasanya tak perlu walaupun anda membeci kerajaan sekali pun sebab benda-benda macam ini lah yang nanti akan makan diri sendiri.

Apapun, akaun Facebook ini adalah tulin atau pun palsu masih boleh dipertikaikan.

Facebook Damia Izara

Sebagai info, parti Barisan Nasional yang diwakili oleh Tengku Zaihan hari ini telah menang di PRK DUN Kuala Besut.

Profile Facebook tersebut telah pun dipadamkan. Entah Siapa punya kerja harap pihak berkuasa memantau pekara sebegini takut nanti ada pulak yang terikut...


Wednesday, July 24

TERKINI!!! Keputusan #N01 #KualaBesut Memihak Kepada @BarisanNasional


Menurut statistik SPR setakat ini, seramai 12,919 pengundi atau 78.14 peratus sudah keluar mengundi. Jumlah keseluruhan, termasuk undi awal sebanyak 911, menjadikan seramai 13,830 orang (79.24 peratus) keluar mengundi.

Paling menarik apabila  dua PDM yang kalah pada PRU ke 13 berjaya ditawan oleh BN. Iaitu PDM Kampung Nangka dan PDM Bukit Puteri.

Keputusan tak rasmi, pengundi putih mendahului 60% disemua peti undi.

Keputusan tidak rasmi PRK N.01 Kuala Besut - PDM Pulau Perhentian yg memberikan majoriti 275 kpd BN menunjukkan peningkatan undi majoriti BN berbanding dgn PRU13 lalu. Tahniah Tengku Zaihan, semuga niat untuk bantu rakyat dipermudahkan. Majoriti 3,000 mungkin boleh dicapai In Sha Allah

Untuk makluman calon PRU13 anak jati Pulau Perhentian, Tengku Zaihan bukan anak jati Pulau Perhentian, belia anak jati Kg Nail. 

Ikut Saluran 
Saluran 1
BN - 222
PAS - 93
Undi Rosak - 3
Jumlah - 318

Saluran 2 
BN - 232
PAS - 86
Undi Rosak - 1
Jumlah - 319

Keseluruhan Undi
BN - 454
PAS - 179
Undi Rosak - 4
Jumlah - 633
Majoriti BN = 275 Itu bermakna BN menang di Kuala Besut, namun kita tunggu update seterusnya nanti.

SELAMAT MENGUNDI WARGA #KUALABESUT...... #VOTE4BN


WARGA emas Che Esah Che Kasim bersama adiknya, Che Rokiah Che Kasim menunggu di pusat pembuangan undi di SMK Kuala Besut sejak jam 7.30 pagi tadi untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.


KETUA Tempat Mengundi saluran 1 dan 2 SRK Pulau Perhentian, membawa kertas dan peralatan mengundi menaiki bot sambil diperhatikan anggota keselamatan untuk membuat persiapan di pusat mengundi menjelang Pilihanraya Kecil Dun Kuala Besut. Seramai 17,683 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab membuang undi di 9 pusat mengundi termasuk pengundi awal.


Tuesday, July 23

@BarisanNasional RASUAH PENGUNDI.....BERAPA DAPAT? #PRKKualaBesut.... @ahmadmaslan


Tempoh berkempen hanya tinggal kurang dari 2 jam dari sekarang namun begitu taktik serta lebeling pada UMNO/BN merasuah  pada pengundi pada esok hari diteruskan oleh PAS kerana terdesak. Siapa yang merasuah sebenarnya. Dedahan pemberian minyak percuma memang meyakitkan hati penyokong serta calon PAS sendiri. Untuk meredakan isu ini PAS terpaksa pulak mengalih isu mengatakan UMNO/BN pulak merasuah...


BN membuat laporan polis hari ini berhubung pengedaran risalah kononnya BN akan mengagihkan sumbangan 'duit' Hari Raya sempena hari pengundian esok.

Laporan dibuat oleh Setiausaha Jentera Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut bagi BN Salleh Abdul Latif yang kononnya menandatangani risalah itu.

Risalah itu menyatakan kononnya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin telah meluluskan sumbangan duit Hari Raya itu kepada pengundi warga emas, ketua keluarga, pemuda dan wanita DUN Kuala Besut.

Timbalan Pengarah PRK DUN Kuala Besut Datuk Seri Idris Jusoh kesal dengan tindakan itu yang beliau percaya dilakukan pembangkang.

Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua dan anggota Parlimen Besut percaya tindakan itu dibuat bagi memperlihatkan BN mahu membeli undi rakyat pada hari terakhir berkempen.

Taktik kotor itu disedari Ketua Penerangan Umno yang juga Pengerusi Biro Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan ketika menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Pekan Kuala Besut pagi tadi.


ABE KU DISIMBAH CAT KERANA SAKIT HATI #PRKKualaBesut


Ini adalah bukti bahawa PAS terdesak dengan kekalahan di kuala besut pada hari pembuangan undi esok. Provokasi sebegini biasa pada PRK namun kali ini berbeza kerana ini adalah provokasi kali kedua setelah provokasi membakar bendera tempohari tidak berjaya. Poster PAS jugak ada namun tidak terusik. Kesian Abe Ku kena simbah cat...


Pemberian minyak petrol secara percuma oleh calon Pas yang bertanding di pilihanraya kecil Dun Kuala Besut, adalah menyalahi peraturan kempen pilihanraya yang tidak membenarkan unsur-unsur rasuah dilakukan sepanjang tempoh berkenaan.

Perbuatan calon berkenaan yang dilihat seperti menyogok minyak petrol kepada golongan belia di Kuala Besut, merupakan sesuatu tindakan yang kurang sihat.


Ramai yang berpendapat, pemberian minyak petrol percuma kepada penunggang motorsikal disini tiada bezanya dengan perbuatan merasuah pengundi muda.

Walaupun Pas beralasan bahawa pemberian minyak petrol tersebut adalah ikhlas dan sekadar mahu membantu rakyat setempat, ianya tetap dianggap sebagai satu imbuhan kepada pengundi supaya memangkah calon Pas pada 24hb nanti.

Selain minyak petrol percuma, anak-anak muda yang hadir di stesyen minyak berkenaan turut dihadiahkan sehelai T Shirt berwarna hijau yang berlogo Pas. 


KALAU DAH PANDAI JAGA ANAK BUAH MESTI DISAYANGI..... @Zahid_Hamidi


Menteri Keselamatan dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Zahid Hamidi melawat Inspector Farid Husni Mamat di HUSM yang terlibat kemalangan semasa menjalankan tugas.

Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu dikejarkan ke Hospital Besut dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.

Farid, 33, cedera parah dalam satu kemalangan di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Peroi di sini kira-kira jam 4.20 pada Julai 17 yang lepas.

Motor yang ditunggang mangsa, seorang pegawai trafik yang bertugas dalam PRK di sini dan berasal dari Melaka telah bertembung dengan sebuah kereta dari arah hadapan dan ketika kejadian sedang membuat rondaan biasa bersama seorang rakan.

Menurut saksi kejadian  pemandu kereta tersebut telah memotong satu kenderaan lain di garisan berkembar sambil  menggunakan talipon. 

Pemandu kereta tersebut dikatakan terkejut apabila bertembung dengan pihak polis dan terus memecut keretanya lalu melanggar mangsa. 

Mangsa tidak sempat mengelak  dan tercampak hampir 10 meter. Motor dan mangsa telah terkena  tembok sekolah.

Mangsa telah mengalami cedera parah apabila kaki kanan mangsa telah terputus telah dikejarkan ke hospital Jertih. 

Pemandu kereta yang melanggar mangsa telah menghilangkan diri namun suspek yang mengalami kecederaan ringan itu kemudiannya berjaya ditahan polis bagi membantu siasatan.

Monday, July 22

CERAMAH ANWAR DI #TOKSABOH SEJUTA PENDUDUK #PRKKualaBesut HADIR...


Pengundi yang ada di Kuala Besut cuma 17ribu itu termasuk yang ada di Pulau Perhentian. Namun lidah rasmi pembangkang sengaja mencari publisiti murahan mengatakah ianya lebih dari itu. Ini adalah lawak yang tiada dapat diterima akal.

Entah mana punya pengikut tegar stor kunyit ini hadir. MKP beranggapan bahawa penyokong yang hadir pada ceramahnya majoritinya adalah dari luar kebanyakkanya dari Kelantan. Adakah ini bijak? Crowd Puller tidak berjaya. 

Best estimate menggunakan 'tasbih besi' dalam lingkungan 500 orang sahaja sedangkan tanah lapang lokasi ceramah boleh senang senang memuatkan 5,000 orang. PAS telah berusaha membawa masuk the best orrator tapi masih gagal menarik kehadiran penonton yang besar. Kenapa??

Kita tahu jawapannya. PAS dan pakatan pembangkang tahu mereka akan kalah. Dan rakyat sudah bosan dengan wayang kulit Anwar Ibrahim.


Beliau sendiri gagal menunaikan janji iaitu bersara dari politik jika gagal menawan Putra Jaya. 

Sunday, July 21

CORAT-CORET #PRKKualaBesut.... REHATKAN MINDA LAPANGKAN DADA.... ABE KU



Semalam Pas mula menggempur Kuala Besut dengan beberapa siri ceramah serentak ketika Barisan Nasional (BN) sebaliknya pula meningkatkan program usrah dan ziarah.

Dan malam di sekitar pekan nelayan dan pelancongan ini sudah mulai sesak dengan penonton politik yang datang dari serata ceruk mencari keseronokan - mula memberi gambaran sebenar tentang lazimnya kemeriahan suasana kempen terutama dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), apatah lagi ia dilihat amat penting bagi kedua-dua parti bersaing.

Semalam juga, dendangan yang dimainkan oleh Pas juga sudah bertukar rentak; rentak baru yang mula diletakkan asas oleh Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Husam Musa tanpa diiringi sebarang fatwa baru yang menyusahkannya sebagaimana baru-baru ini.

Beliau yang mula disorot sebagai bakal memikul jawatan presiden bagi memberi nafas baru kepada masa depan parti itu kelak, seimbas lalu bagaikan turut memperjudikan nasibnya d Kuala Besut yang menjadi kubu kuat BN.

Kemenangan dan kekalahan kontraktor dan pemilik setor kayu, Endot@Azlan Yusof yang dikatakan banyak sumbangan kepada tabung parti itu nanti mungkin turut menentukan momentum perjalanan politiknya setelah pengaruhnya di Kelantan semakin dikikis dan kelihatan makin jauh dari beranda kuasa.

Bagi Husam, PRK kali ini cukup sukar untuk dimenangi semula setelah kali terakhir menguasai dalam Pilihan Raya Umum 1999 biarpun penantian itu dipercepatkan dengan kematian penyandangnya Allayarham Dr. A. Rahman, anak nelayan Pulau Perhentian yang ternyata cukup lurus memikul tanggungjawab politik.

Kesempatan yang terbuka bagi Pas kali ini cukup luas kerana bukan sekadar menambah kerusi tetapi juga peluang untuk kembali menguasai negeri tanpa perlu menunggu lima tahun lagi, atau sekurang-kurangnya terus mengelorakan politik Terengganu.

Namun dengan sambutan bersahaja penduduk setempat terhadap kempen yang bermula pada 12 Julai lalu, ini memberi gambaran yang agak mendesak.

Lalu apakah langkah yang terbaik bagi menyakinkan pengundi Kuala Besut yang kebanyakanya nelayan agar tidak terus menjadi ikan `dukang'

yang memakan apa sahaja bersama kail yang dilontarkan oleh Barisan Nasional sebagaimana yang diingatkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Husam mengatur strategi dengan rentak memujuk mereka agar mengalihkan sokongan kepada Pas kali ini kerana kemenangan tidak akan berubah apa-apa dengan kesediaan parti itu untuk terus memberi peluang kepada Barisan Nasional (B) kekal memerintah walaupun kedudukan kerusi yang seimbang.

Dilihat seakan memain pendekatan psikologi `lunak' bagi menguasai kawasan kubu kuat UMNO itu dengan memberi gambaran bahawa parti itu tidak begitu ghairah untuk merebut kuasa kerana sekadar mahu menang.

Saturday, July 20

KAK IJAT MENGAMUK SEMASA KEMPEN #PRKKualaBesut @WanitaUMNOMsia


Sebelum ini bermacam-macam tomahan yang telah dibuat pada Ketua Wanita UMNO nie der... Tomahan tersebut mengatakan bahawa Datuk Seri Shahrizat tadak akan turun berkempen di Kuala Besut kononnya merajuk dan bermacam-macam lagi untuk menjatuhkan kredibiliti DS Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO. Video ini menjelaskan bahawa DS Shahrizat telah datang ke PRK Kuala Besut berkempen.

Setiap kali PRK untuk makluman semua pembaca Blog MKP bahawa wanita adalah tulang belakang yang menjalankan kajian sikap serta berkempen dari rumah ke rumah. Cara yang dibawa oleh DS Sharizat ini membuatkan pembangkang resah dan gelisah. Oleh kerana itu bagi pembangkang tidak senang duduk dan membuat persepsi bahawa DS Shahrizat tidak bertanggungjawab terhadap WANITA UMNO.  


MANA ADA PEMIMPIN YANG SEMPOI MACAM @ahmadmaslan


Datuk Ahmad Maslan berkempen meraih undi pada pengundi di Kuala Besut pada bulan Ramadhan bersantai membaca akhbar utusan sambil doktor Zaki dari Kulim Kedah merawat pengundi yang mengidap penyakit strok. Ini adalah pendekatan terbaik mendekati rakyat Kuala Besut. UMNO berkempen bukan secara Ekslufif tapi inklusif. Dengan cara sebegini menepati Konsep 1Malaysia rakyat didahulukan.


Ini pulak didalam rumah pakcik ahmad yang berusia 84 tahun menghidapi penyakit strok dan tidak mampu berjalan. Beliau terlantar sudah 16 tahun dan dijaga oleh anak perempuanya...


Kedua-dua calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut berpuas hati dengan proses pengundian awal pada Sabtu di Dewan Serbaguna Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini.

Calon PAS, Endot@Azlan Yusof yang tiba pada pukul 8.26 pagi ketika ditemui pemberita memuji kelancaran proses pengundian awal itu yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Proses berjalan lancar dan daripada apa yang kita perhatikan kita puas hati," katanya.

Pengundian awal itu melibatkan 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14anggota polis.

SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 95 peratus.

Calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman juga berpuashati dengan kelancaran proses undi awal itu.

Tengku Zaihan berkata beliau akan menggunakan tempoh yang masih ada sebaikmungkin untuk mendekati lebih ramai pengundi termasuk golongan muda sebelum 24Julai iaitu hari pengundian bagi 16,534 pemilih biasa.

Tengku Zaihan juga melahirkan keyakinan BN mampu meningkatkan jumlah undi didua kawasan yang dianggap kubu kuat PAS iaitu di Bukit Puteri dan Kampung Nangkamenerusi pendekatan rumah ke rumah.

PRK DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. RahmanMokhtar, 55, pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. - BERNAMA


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive