Tuesday, September 10

SIAPA YANG BAKAL MEMBELA ANAK KECIL INI...... #YES


Manusia yang hidup di bumi Allah ini tak semuanya bernasib baik dan sejahtera kehidupannya. Masih ada lagi yang kurang bernasib baik. Jika mahu menyalahkan Kerajaan akan kesengsaraan hidup itu sudah semestinya pemikiran yang kurang bijak. Ianya bukan menyelesaikan masalah akan tetapi mengusutkan lagi keadaan.

Langkah bijak oleh  Yayasan Ehsan Seputeh (YES) dapat menyelesaikan masalah ini. MKP diberitahu bahawa Yayasan Ehsan Seputeh (YES) ditubuhkan hampir satu setengah tahun yang lalu.


Yayasan Ehsan Seputih telah menjalankan beberapa program kebajikan dan pendidikan untuk semua kaum di Parlimen Seputeh & Wilayah Persekutuan KL.

Matlamat utama utk mewujudkan pusat dialisis / fisioterapi bagi membantu golongan yg berpendapatan rendah menjalankan rawatan secara percuma atau diskaun.

YES berjaya wujudkan Akademi Tahfiz di Surau Penghulu Mat mempunyai 24 orang pelajar dari seluruh Malaysia serta dikendalikan oleh 4 Mudir.Yayasan ini cuba untuk menaiktaraf menjadi Kompleks Akademi Tahfiz yg serba lengkap dan moden diberi nama Akademi Tahfiz Darul Abrar.

Objektif YES melaksanakan aktiviti-aktiviti positif bagi melahirkan masyarakat yang mampan, berilmu, bertaqwa dan mempunyai jati diri membela agama, bangsa dan negara.


Banyak aktiviti telah dijalankan oleh YES antaranya adalah Bantuan Anak Gelandangan / Bantuan Mangsa Bencana Alam / Bantuan Awal Persekolahan / Penyampaian Notebook /


Tarikh : 14 September 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Utama Desa Waterpark, Taman Danau Desa, Kuala Lumpur
Perasmi : YAB Dato' Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia.


Pada yang ingin membantu/menyumbang pada Yayasan Ehsan Seputih berikut adalah butirannya;

Bayaran Kepada : Yayasan Ehsan Seputeh
Nama Bank : Maybank Cawangan Jalan Klang Lama
No. Akaun : 5141 1444 6487


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive