Ramai sungguh rupanya orang dan ahli UMNO yang tak paham dengan kenyataan PM bahawa sudah tiba masanya UMNO meremajakankan parti. Rata-rata - terutama yg telah jauh daripada usia remajanya - mereka fikir inilah masanya untuk berlagak menjadi remaja kembali . Maka mereka pun dengan segera bersemangat dan mengumpul kekuatan sekali lagi untuk mempertahankan apa-apa jawatan di dalam parti.
Dalam persekitaran yg pantas berubah seiring dengan kemodenan, ilmu pengetahuan dan cara berfikir dalam dunia moden menjadi penentu kepada kredibiliti seorang pemimpin. Mereka akan berdepan dengan banyak suasana yang baru, yang kompleks dan jauh berbeza dgn zaman dahulu kala .
Dulu, masyarakat bercakap mengenai pembangunan-pembangunan skala kecil - berkisar kepada pembangunan desa atau kota dan frasarana jalanraya. Hari ini rakyat bercakap soal globalisasi, O&G malah sampai ke tahap penstrukuturan semula dasar kerjaan supaya ia kekal relevan dan berfaedah.
Apapun kita tidak menolak juga sesetengah pemimpin yang berpengalaman, mereka berupaya menangani perkara ini dengan mempunyai 'kumpulan pemikir' yang bagus terdiri dari kalangan anak-anakmuda.
Pun begitu tidak juga semua muka-muka calon pemimpin muda baru ini mempunyai 'material' yg bagus . Ada juga yg lahir dari baka . Oleh sebab dalam keluarga mereka dahulu pernah jadi pemimpin - di peringkat cawangan, bahagian , negeri atau nasional , maka sebahagian penyokong menyangka bahawa 'pemimpin-pemimpin muda ' ini juga punyai kehebatan yang sama seperti datuk/ayah/abang dan kakak mereka. Kepimpinan mesti dinilai dan diambilkira daripada tindak tanduk dan gaya pemikiran individu itu sendiri.
Kita semua sayangkan parti dan kerajaan yg telah banyak berjasa kpd umat Melayu ini. Itu tidak perlu dipersoalkan. Tapi jati diri kepada sesetengah pemimpin dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan terutama yang berbangsa Melayu itu sendiri nampaknya semakin hari semakin pudar juga .
Ini akibat apabila kita melantik individu yg salah utk menerajui atau memegang sesuatu jawatan penting . Satu perkara yang rakyat menyampah dgn sebahagian pemimpin politik ini ialah mereka memang pandai merayu dan berjanji ..kemudian selepas berkuasa , mereka pandang rakyat sebelah mata, malah adakalnya tidak dipedulikan pun rakyat yg datang mengadu di pejabat mereka kerana kononnya mereka kesuntukkan masa.
MKP Ayat Sempoi : Yang memangkah nanti adalah Ahli UMNO, So pepandailah Buat Pilihan,,,
2 comments:
Ikut nak panggil pantun ke sajak
Campuran bahasa sedikit rojak
Tuan puan semua saya nak ajak
Sokong ketua yang betul bijak
Khairy is the best that umno had
To umno he is very valuable asset
Smart and efficient like a gadget
Even opposition will raise their hat
Khairy bukanlah calang pria
Hebat sebagai menteri belia
Bidang sukan pun dia selia
Laksana amanat tugas mulia
When being challenge for debate
Most of leaders in BN are afraid
But umno is lucky and fortunate
Having the genius Oxford graduate
Khairy memang cekap berdebat
Ambiga dan Rafizi dia dah lipat
Anwar dan Husam jadi terkulat
Nasib baik dia umno yang dapat
Now Najib don’t have to worry
Having with him the gifted Khairy
Whatever task he manage to carry
There’s no doubt he’ll get the victory
Sokongan tidak berbelah bagi
Najib tak perlu nak bimbang lagi
Melantik Khairy rasanya tak rugi
Bijak dan tangkas segenap segi
Khairy involve in model of fashion
And also as a host at the television
He is man with vision and mission
What he suggest he put into action
Umno dan BN semakin pulih
Ramai penentang mula beralih
Khairy pemimpin serba boleh
Tidaklah umno tersalah pilih
Khairy is fit as well as clever
Leading the youth as if a driver
I’ll keep on supporting forever
Many more are also in favour
Khairy naik cepat kerana dilantik
Bukanlah sebab rayu dan bodek
Walau pun pernah dicemuh herdik
Dia tetap tenang bertindak cerdik
Khairy is cool and very humble
Never before he create trouble
Bright future like shining marble
He’ll sure win in PAU rumble
Khairy adalah contoh pemuda
Pandangan jauh terbuka minda
Bijak dan penuh ilmu di dada
Jadi kebanggaan ayah dan bonda
Khairy is smart also in economy
We hope that he'll help the Bumi
He treats equal friend and enemy
In umno-BN he is the best to me
Khairy dikhuatiri orang tertentu
Takut dapat dulu title nombor satu
Sorang tu anak sorang menantu
Ahli bawahan yang jadi penentu
berapa $$$ kj kasi lu bro? Ingat kj ingat rasuah kih32x! Mesti tk berani siarkn komen ni
Post a Comment