Artis muda kelahiran program realiti Akademi Fantasi (AF), Nadia Hasnan berpendapat artis-artis muda perlu menyokong UMNO yang dilihat berperanan membantu golongan seni di negara ini.
Lebih dikenali Nadia AF, gadis genit itu berusia 23 tahun itu bertekad menjadi ahli Pergerakan Puteri UMNO seterusnya menyumbangkan tenaga membantu parti pemerintah.
Turut hadir ialah Datuk Mustapa Maarof, Hail Amir, Abon, Badul, Norlia Ramli, Aznah Hamid dan Pengerusi Karyawan, Datuk Zaienal Abidin Omar.
Kesemua mereka mengikuti program bersama-sama BN berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.
Pada majlis yang sama, Nadia yang terkenal dengan lagunya, Histeria itu dipakaikan jaket Puteri UMNO oleh Naib Ketua Pergerakan Puteri Malaysia, Zahida Zarik Khan.
Sebelum itu, Ngasriah Nasri atau lebih dikenali sebagai Anne menjadi artis wanita muda pertama memenangi jawatan Naib Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang pada pemilihan parti itu baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment