Apa dah jadi dengan pihak yang tak bertanggungjawab menyebarkan Video yang boleh menjatuhkan kreditbiliti pemimpin UMNO nie.Biasalah sudah tentu ada pihak yang tak berapa suka. MKP menyokong DS Zahid sebagai Naib Presiden UMNO.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilihat sebagai calon paling popular untuk mempertahankan jawatan itu menjelang 19 Oktober ini, mula diserang dengan “kempen hitam” atau dikenali sebagai “black campaign”.
Sebuah video bertajuk “Jenayah Zahid Hamidi” dimuatnaik di laman sosial Youtube yang mendakwa bekas kekasih kepada anak menteri dalam negeri itu, Amir Bazli Abdullah dicederakan oleh Ahmad Zahid.
DS Zahid menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Amir Bazli mereka-reka cerita berkenaan, sebelum memfailkan saman balas terhadap Amir Bazli.
Ahmad Zahid, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal dicabar tiga individu untuk jawatan naib presiden Umno iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad.
Dalam kajian dijalankan Merdeka Center baru-baru ini, terhadap sentimen kepada pemimpin-pemimpin di kalangan ahli Umno, Ahmad Zahid adalah salah seorang tokoh popular.
Kaji selidik dijalankan terhadap 600 penyokong parti bagi menilai pemimpin Umno seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahmad Zahid, Hishammuddin, Mohd Ali, Mohd Isa, Tun Dr Mahathir Mohamad dan lain-lain.
Dr Mahathir mendapat undian 79% daripada responden yang mengambil bahagian dalam satu kajian yang dijalankan melalui telefon bulan lalu.
Najib pula mendapat undian sebanyak 69%, Muhyiddin (54%) dan Ahmad Zahid (58%).
Kajian itu menunjukkan Ahmad Zahid lebih popular daripada Muhyiddin yang merupakan timbalan peresiden Umno.
Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian akan diadakan serentak pada 12 Oktober.
Sementara mesyuarat perwakilan dan pemilihan peringkat bahagian dan jawatan Majlis Tertinggi pula dijadual diadakan serentak pada 19 Oktober. MI
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna
-
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna Pengumuman U Mobile dianugerahkan sebagai
pembekal...
1 comment:
MKP, dalam politik segalanya mungkin. ingat, sorang lagi naib presiden pun bercita2 tinggi. dia mau ganti tan srii muhyiddin pru14. siap ada barisan naib presiden bila dia jadi timbalan PM/tim presiden.
Post a Comment